Makan di Temerloh : Patin Tempoyak Go' Bang Maju

20 comments
Assalamualaikum.....

Ada satu ketika tu, kita dengan hubby nak cuba balik Kuantan ikut laluan yang kami tak pernah cuba. Iaitu, dari Melaka/P.Dickson, ikut laluan Temerloh. Nak cuba tengok mileage dan bajet masa. Maka, dari Bahau, kami masuk ke area Felda Bera dan sebagainya sehinggalah tiba di Temerloh.

Kebetulan, waktu tiba di Temerloh dah masuk maghrib. Selepas maghrib, perut dah lapar kan.... Kami tak berapa mahir sangat dengan Temerloh sebab belum pernah ronda habis. Selalunya sekadar persinggahan dalam laluan jer.

Dalam pada tercari2 tu, kami nampak kedai ni. Lokasinya di sebelah stesyen Esso di bawah jambatan laluan utama. Ada persimpangan traffic light yang agak besar di situ. Nak lokasi lebih tepat, anda boleh google yer, sebab ada ramai blogger lain pun pernah buat entry kedai ni juga.




Dari jauh dah boleh nampak dia punya banner macam ni. Guna kamera handphone di malam hari dari dalam kereta yangs edang bergerak, memang hasil ala lebih kurang jer lah.....


Dalam kedainya, ada banyak kerusi meja. Kedainya memang luas dan besar. Konsep terbuka. Nampak tak di kaunter tu tulis apa? Kita salin semula di sini :

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

ANDA ORDER BARU KAMI MASAK

PEDAS DAN PANAS

Ha, menarik kan? Kami tak terfikirlah pula nak makan patin tempoyak di malam2 hari, tapi dah nampak signboard ni, kenalah kami cuba kan....


Kami order sorang semangkuk. Hubby tak berapa lapar sangat, so dia minta seketul patin bahagian badan. Patin ni, ada 3 bahagian yang kita boleh minta. Bahagian kepala, badan atau ekor. Hubby nak ratah sahaja isi ikan ni. Dia takut tak sedap sebab dia dah set patin tempoyak yang sedap hanyalah di Akob Patin House, Kuantan saja.


Kita pula, tak kisah. Belasah jer. And yes, kita tengah lapar. So, order set ikan patin. Maknanya, ada nasi dan ulam timun. Kita macam biasalah, minta kepala sebab nak sedut2.

Memang dihidangkan kepada kami panas2 berasap. Pedas berasap. Pedas yang sedap untuk orang yang suka pedas. Kalau tak makan pedas, makan isi ikan jer lah yer. Pun sedap tau....

Kuahnya tak pekat sangat. Maka tempoyaknya pun light sajalah. Tapi, believe me...rasa pedas, masam, manis, lemak dia semuanya outstanding! Ha, ini baru kata outstanding. macam mana yer. Perasan tak selalu dalam food review, kita selalu kata rasa yang seimbang tapi hasilnya best. Tapi yang ini, dalam semangkuk hidangan tu anda boleh rasa perbezaan yang ketara untuk setiap elemen rasa yang unik. Boleh rasa pedasnya yang sedap, boleh rasa masamnya yang complement tastebud kita, boleh rasa lemak hidangan yang tak memuakkan. Dan surprisingly, ikan patin itu sendiri menyerap semua rasa tu dalam isi ikan ni. Kedai nie guna ikan patin sangkar yang biasa. Bukan patin liar, bukan patin buah. Tapi kualiti patin sangkar yang biasa ini pun dah lebih daripada cukup untuk anda menikmati patin tempoyak yang sangat memuaskan hati.



Dapur memasaknya open space. Pelanggan boleh intai tokeynya memasak. Ini antara tokey2nya yer. Tokey yang utama tak ada, ini adik tokey. Kedainya dah bertapak lamaaaaa dah rupanya. Pengasasnya adalah ibu bapa tokey ni, dan diwarisi oleh anak2nya pula. Tanya lah apa pun, dia jawab dengan ramah mesra. Dan paling best, jawapannya jujur. Bukan patin buah, dia terus terang cakap ini patin sangkar biasa. Kita suka. Cara dia memasak secara terbuka pun dah menunjukkan yang mereka berniaga dengan jujur kan....
Tak hairanlah kedainya bertahan teguh walaupun dah berpuluh tahun berniaga.

Harga??

Jangan risauuuu. Kalau kita semua gerun dengan harga patin yang ratus2 seekor seperti yang diberitakan di media, kat sini jangan risauuuu. Sepotong patin tu harganya hanyalah RM10.00. Kalau ambil set dengan nasi tu, satu set baru RM12.00 sahaja. Jauhhhh nak cecah ratus2 melainkan anda order berpuluh2 mangkuklah kan...

Oh, untuk orang Temerloh sendiri, mereka suka datang sini untuk char kuay tiaw yang sedap. Patin tu mereka masak sendiri di rumah, tapi CKT kat sini katanya memang sedap. Kami belum berkesempatan nak rasa lagi. Lain kali maybe...insha Allah...


Ada yang suka patin tempoyak tak...?


.


20 thoughts..

Anum berkata...

yezaaaaa my hometown

lieyalatif berkata...

fuh kak..dugaaan minda dan jiwa betul kak...dahle lieya puase arini..tup2 ade plak patin...psstt kalo akak nak tau lieya mmg hantu ikan patin tau...lagi2 tang kepala..sedap woo menyeduttttt.... lieya ade opismate org pahang, kalo die balik pahang mmg lieya kirim 2-3 ekor patin dgn die....

tu la, lieya pun tertanye2 harga tadi...lagi2 tgk akak order kepala...sbb tang kepala laa selalunye mahal gile...rupenye harga sgt2 munasabah....

Zam berkata...

adik zam masa ke pahang utk membantu mangsa banjir dlu, pernh bawa balik hidangan ikan patin ni.. 10rgt juga rasanya.. rasanya kak... fullamak... gulai ikan patin paling sedap yg pernah zam makan... sampai tinggal kuah pun, zam minta ibu zam tolong simpankan.. sedap bangat!

Sukma berkata...

kat tempat opis saya ada kedai ikan patin temerloh....belum pernah try lagi.....

Unknown berkata...

ala kakk...lamanya kami tak pergi temerloh..sepanjang kami ulang alik temerloh beberapa kali 2-3 tahun lepas, cuma sekali saya dapat makan ikan patin tempoyak ni.. tapi yg tu biasa2 je la.. suami saya tak makan ikan..jadi tak seronok nak teruja sorang2 tau.. haha

sekarang tetiba saya lapar nak makan ikan patin tempoyak.. acane??!

tapi kalau kata ckt nya sedap mungkin saya boleh risik ngan shujin.. dia suka ckt..hihi

Izwa Kamaruddin berkata...

tak suka tak mkn tempoyak

Rozita Ceritaita berkata...

sukaaaaa sangat2... terliurnya tengok... harga pun ok tu kak.... aduhai.. bila nak ke temerloh ni...huhu

sitirohaida berkata...

memang membuka selera betul tengok ikan patin nie..

aizamia3 berkata...

saya tak makan ikan patin sebab body patin tu lembut + tak makan durian.. hehehe.. ;)

Cinta Zakirah berkata...

Nampak macam sedap. kita tak gemar ikan patin..tp tgk gambar ni rasa macam teringin nak try...

aby berkata...

salam aziela ..
bila cakap psl temerloh mcm tempat aby jer .. dah selalu sangat ke sana ..
pernah makan kt situ tp makan char koew teow jer ..
klu patin, lebih suka makan yg kt gerai panjang tepi sungei pahang tu ..
cuma malam gerai tu tk buka ..

Intan Saffyna berkata...

hi..singgah follow sini ;)

pizli.mw berkata...

Saya suka dan pada saya patin sangkar pun dah cukup sedap.

ellynadyra berkata...

aduhaiiii favourite ni kak oiiiiii
nak2 bahagian isi tuh
waduh kak melelehhhhhh

t.a.t.a berkata...

So kak, once dah makan, was it changed your hubby's point of view pasal patin tu?


Saya makan durian. Saya makan masak lemak. Tapi saya tak makan tempoyak yak yak yak.

Cik Puan Kocik berkata...

patin tempoyak ni memang peberet saya kak...nak2 kalau makan tang kepala ikan patin tu....sedaplah sangat

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

dah sploh kali telan ailio nih, hahaha

Unknown berkata...

terliur betul baca entry kat sini ehehe.....lapar!

Tanpa Nama berkata...

Emmm..... terliurnye.....

Papa-NtiQ berkata...

Cakap pasal Gobang Maju Ikan Patin, gulai dia memang berselera dan sapa2 yang tak pernah makan ikan patin pasti menagih. Saya selalu singgah cawangan kuantan sebab anak belajar kat sana. Wajib!
Saya baru jer upload gambar2 masa gi sana dlm www.blogmakanbest.blogspot.com jadi kalu senang2 tu jenguk la yer blog saya sebab dalam tu ckp pasal makan, makan dan makan jer 100%. Kalu minat bolih follow yer TQ TQ