Sesi Terapi : Adam Floats!

15 comments
Assalamualaikum.....

Maaflah, kita skip satu hari. Bukan apa, semalam kan ke WW... So, meh sambung trip Adam.

Selepas breakfast di Larkin, kami terus ke hotel. Bilik surely lepas pukul 2.00 baru siap kan. Tapi kami saja lah datang awal. Penat lah nak rayau2 lagi sebab malam tu masing2 tidur dalam kereta. Yang nyenyak tidur, Adam jer.

Tiba di hotel, dalam pukul 10.30 pagi. Sah bilik belum siap. So, kita inform counter yang kami akan lepak di swimming pool. Kalau dah siap bilik, panggil. Diorang agree jer.

So, kami carilah port. Bestnya sebab pagi lagi...orang tak ramai lagi. Ada 2 family Cina jer kat situ. Dapat pula kerusi yang tepi pool tu kan. Apa lagi, kita dengan hubby terus landing... Kita baca buku cerita kejap, lepas tu baru tidur. Hubby awal2 lagi dah hanyut.

Yang make use of the pool, of course la Adam.

Bukan main lagi dia seronok

Adam terus masuk pool. Dia memang suka berenang. Lagilah seronok sebab pool kosong. Dia belasah tak tukar baju pun. Dah tak plan kan. Swimming shorts dia memang tak bawak la... Lagipun dia dah segan nak pakai yang pendek2 tu. Tak tutup aurat, katanya. Bagusss anak mama. Syukurlah baju yang dia pakai tu ala2 jersey. So, ringan la untuk di bawa berenang.

Adam berenang dari hujung ke hujung. Semua hujung la dia cross. Kolam kanak2 langsung dia tak pandang dah. Kolam ni macam biasa, ada bahagian yang 3 kaki, dan ada bahagian yang lebih 5 kaki kedalamannya.


He floats and relaxs

Bila penat berenang, dia apungkan diri. Floats, tenangkan segala otot, sendi, minda dan bernafas dengan tenang. Sejak umur dia 4 tahun, dia dah boleh baring floats macam ni. Kita yang ajar dia. Bangga kan..hahahahhaha.. Tapi dia cepat faham. Ada swimming talent kata orang. Wah, orang tinggal tepi laut, mesti ada natural instinct kan...preettttt. Perasan betul mama Adam ni..hehehehe.

Anyway, kalau anda pandai baring dan float macam ni, mesti bersetuju dengan kita. Bila float dan baring atas air, perasaan damai, tenang dan rehat itu memang sangat berharga. Telinga di dalam air, kita hanya dengar getaran arus air. Bunyi2an di atas permukaan bumi semuanya sayup2. Kita dengan diri kita sahaja. Mata memandang ke awan, menikmati keindahan awan dan memuji kekuasaan dan kebesaran Allah. Betapa kerdilnya kita di atas bumi berbanding dengan cakerawala. Pernafasan yang terkawal dengan tenang, otot dan sendi yang lemah gemalai dialun oleh air dengan lembut. Kita letakkan kepercayaan kepada air. Biarkan air tu yang buai kita dengan rentaknya. Bawa kita ke mana sahaja dalam kedamaian itu. Precious!


Ha, tapi kalau kat laut, jangan ikutkan sangat. Sedar2 jer dah hanyut ke Indon kang..hehehehehe....


Bersedia untuk kembali ke alam nyata....

Bila dan bersedia kembali semula ke realiti, perlahan2 turunkan kaki sambil tangan mula mengayuh untuk seimbangkan badan dan kembali berenang.

Adam berenang tanpa henti. Sehingga jam melepasi pukul 1.00, baru dia berhenti dan naik duduk dengan kami. Sepanjang dia berenang, kita tidur sekejap2 untuk perhatikan dia. Kita beri peluang hubby rehat betul2. Pukul 1.15, kami dah boleh masuk bilik. Syukur...sebab dah tengah hari, tepi kolam dah panas berdenting dah....

Masuk bilik, mandi sekali lagi, solat dan terus Zzzzzz.....

Tapi tidur sekejap jer...

Lepas tu kami keluar lagi.....


.

15 thoughts..

Anum berkata...

assalamualaikum
singgah pagi:)

Izwa Kamaruddin berkata...

nampak ketenangan disitu..

Acik Erna berkata...

pandai Adam berenang..kalau mak yang ajar mesti mak pun pandai.acik tak mandi kolam atau pun pantai Aziela..malu lak raso e..dari mudo sampai tuo memang malu nak basah2 mandi macam tu..acik mandi dalam bilik air yo

Cho Zila berkata...

amboi Adam.. memang dah ok sangattu... maknyer tak terjun sekaliker...

sudipVSsenduk berkata...

kalau akak tiru gaya adam, confirm tenggelam tak timbul-timbul

Kakzakie Purvit berkata...

Puaslah Adam konker pool sendirian. Kat situ biasa memang jarang org mandi. Tapi kalau petang Ahad ada group buat senamrobik dlm pool itu tau Ziela. Tapi mungkin dah tak ada sekarang tak tahulah..

aizamia3 berkata...

seronok tengok dia rileks macam tu..
mesti dia enjoy kat sana kan kak. ;)

t.a.t.a berkata...

Kak, saya ingat float as is float ice cream or minuman. Ye la your blog kan tak lari dari food and beverages.


Hehe.

Ujie Othman berkata...

saya pernah buat floats gitu..mmg tenang sgt, sambil pejam mata. Tapi tak pandai lama2 pun.. hehee

Unknown berkata...

Best Adam layan diri..

Rozita Ceritaita berkata...

wah..kagumnya.. macamana nak float mcm tu kak?..yg duduk dekat laut ni pun tak pandai berenang.. hehe..

ellynadyra berkata...

itu aje pun yang boleh dibuat kalau bilik tak siap
amboi adam, puas mandi!

gadisBunga™ berkata...

saya berani float kalau pakai life jacket sahaja. aci tak? heheh!!!

#spesis penakut air tegar!

Lee berkata...

Hi Aziela, Glad to see your boy loves swimming. And swims well. I too love to swim in a hotel pool when nobody around. And often will go down to pool early so have pool all to myself.
Nice to note you all having fun....
Have a great weekend,
Lee.

Unknown berkata...

best terapi mcm ni..saya tak pandai sangat berenang.. takat 2-3-4 kuak tu boleh la.. tapi duk ajar jugak anak2 supaya pandai berenang.. hehe..