Rentetan daripada entry ke Tasik Chini minggu lepas, kita nak ceritalah tentang 'pemburuan' lauk ikan patin kita dengan hubby. Setelah 3 atau 4 kali cuba menjejak, akhirnya pada beberapa minggu yang lepas, kami berjaya juga terjah. Ingat tak tentang pemandangan kebakaran dari bangunan EPF? Sehari selepas itu, kami pulang ke Kuantan dan cuba menyinggah di situ. Tanpa apa-apa pengharapan yang besar oleh kerana waktu sudah agak lewat, hampir jam 3 petang... kami tetap tidak putus asa mencuba nasib.
Alhamdulillah...berjaya sampai dan memang pelanggan sedang ramai dan kami juga amat bernasib baik kerana lauk yang tinggal memang cukup2 untuk kami saja. Orang yang kemudian, memang tak merasa ikan patin dan udang galah. Oh yer, kedainya adalah di Felda Chini 3 kalau x silap. Ini kedainya...
Masa gambar di atas nie di ambil, kita dgn hubby dah selesai makan dahh...hehehehhe. Masa baru sampai tu...memang penuuuuhhh. Itupun kami terpaksa menunggu dalam setengah jam sebab nasi dah habis.. Kena tunggu nasi masak dulu..heheheh.
Inilah dia lauk ikan patin buah yang dikejar oleh ramai orang tu.
Hanya kepala nie jer yang tinggal. Tapi isinya memang cukup pejal dan manis. Terasa sungguh kesegarannya. Terus terang, masakannya biasa2 saja. Tak ada yang outstanding. Tapi dek kerana ikan yang sukar di temui dan amat segar... maka gaya pemasakan tu tenggelam dan dilupakan.
Dan ini pula udang galah yang memang susah nak jumpa pada zaman sekarang nie.
Dapat 3 ekor. Sama seperti patin, gaya masakan biasa saja. Seperti masak berlada, tapi sangat cair. Mungkin tukang masak nak highlightkan rasa udang yang sangat manis dan segar tu. Kalau kat kg kita, biasanya mak masak lemak cili padi pekat2, atau pun buat rendang Negeri Sembilan. Memang tak bangun2 kalau makan. Tapi yang ini pun kami suami isteri x bangun2 juga, hehehe
Selain daripada ini, kami ada juga ambil lauk sampingan yang lain. Lagipun tak ada apa yang nak dikejarkan. Jadi, kami makan sambil berbual dengan penduduk setempat. Tentang pembangunan Felda, tentang buruh asing, tentang masyarakat Melayu yang tak sedar di untung dan memilih kerja dan sebagainya. Sementelah pelanggan sudah berkurangan, pemilik kedai turut sama bersembang. Peramah dan mesra sungguh masyarakat di situ.
Kami tinggalkan kedai dengan azam, next time nak datang awal supaya dapat lebih menikmati keenakannya...
1 thoughts..:
kongsi lah gambar tu.ct tak kisah.
Catat Ulasan