Selasa, 3 Mei 2011

Sambal Cili Api Nenek dan Sambal Tempoyak Pucuk Ubi


Ok, ini adalah hidangan makan tengahari Sabtu minggu lepas punya lepas. Punyala lama buat tukun dalam folder. Hubby tiba di Melaka dalam jam 1.00 tgh hari, ngam2 sempat siapkan hidangan nie. Kitapun sampai Melaka dalam pukul 11 pagi juga. Terus capai periuk tanak nasi dan goreng ikan. Sementara ikan bergoreng, cepat2 siapkan bahan untuk Sambal Cili Api Nenek pula. Hidangan yang simple dan mudah. Dd dgn Baya dah expert dah masak cenggini kan....

Ops, lupa pula. Untuk mereka2 yang tak biasa, meh kita kenalkan. Mengikut putara jam dari atas dalam mangkuk putih yang secopot tu ialah Sambal Tempoyak N.Sembilan. Patutnya ada tambah daun labu, pucuk ubi, petai dan beberapa jenis daun lagi, tapi ini versi ada pucuk ubi dengan petai jer. Belasah jer la, janji sodap. Sebelah dia, of coursela nasi. Bawah tu pula yang hitam legam setompok tu ialah Sambal Cili Api Nenek dan seterusnya ialah ikan kembung goreng. Kalau nasi dengan ikan goreng tu tak tau buat, memang payahla nak cakap yer.

Ehh, kita ada pengakuan la. Ikan tu import dari peti ais mak kat PD (mak yg bagi taw) and sambal tempoyak tu pun import dari PD dan dihasilkan oleh mak juga..hehehehhehe. Kita hanya masak nasi, goreng ikan dan buat sambal jer. Nak letak resipi ke? Adoiii..resipi sambal tempoyak tu x yah letaklah yer..bukan penghasilan kita. Sambal tu, bolehla..tp itu pun dh ada resipi kat sini dulu. Version yang nie, boleh la juga.

Sambal Cili Api Nenek
Bahan2:
20 biji cili padi
20 ekor ikan bilis (dibersihkan, cuci dan toskan)
7-8 biji bwg merah (kita guna satu biji bwg besar)
5 ulas bwg putih
1/2 inci belacan

Cara2:
1. Tumbukkan belacan dulu sampai hancur.
2. Masukkan cili padi dan tumbuk hingga pecah2. Jangan halus sangat dan jangan kasar sangat.
3. Masukkan ikan bilis pula. Tumbuk jangan sampai lumat. Agak2 dah penyet lebih sikit kurang, cukuplah.
4. Masukkan bwg putih dan bwag merah satu persatu dan tumbuk pecah.
5. Panaskan minyak yang mencukupi.
6. Tumiskan semua bhn2 di atas dengan api sederhana. Tak perlu sentiasa dikacau. Kacau sekali sekala sehingga dia bertukar sperti warna di atas. Tapi jangan sampai garing dan hangus yer.
7. Hidangkan. Boleh disimpan sehingga beberapa hari tanpa basi walaupun tidak dimasukkan dalam peti ais.
(Ini kita dulu masa study selalu bwk dan simpan kat bilik untuk stok seminggu.)

Hidangan simple, tapi disebabkan agak kurang memasak kebelakangan nie disebabkan asyik sibuk kehulu kehilir, maka kami anak beranak makan dengan sangat berselera dan puas hati.

Kalau masak sendiri kat rumah, menu apa sekalipun pasti menyelerakan. Setuju?

10 thoughts..:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

dan2 terasa lapo la plak....dah la tnghari tadi tak mkn lg ni...

DD berkata...

cisssssssssssssssssss... meleleh air liur akuuuuuuuuuuuuuu.

bohong lah... mana pulak stok untuk seminggu. 2 hari pun habis dah.

baya berkata...

aku dah la tgh lapaq...buka2 tajuk sambal nenek huihhhh trus air liur laju woooo...
kang nak cari ikan bilis la balik kang

Rahmah Ram Ram berkata...

sedapnya..lapar la pulak saya nengok tempoyak ni..huhuh makan nasi panas degnan ikan kembung goreng huish!! sedap...

Aziela berkata...

Ladyzul : Mmg time tghari tgh lapar kan..kalau dapat menu mcm nie, confirm nasi bertambah2...

Aziela berkata...

Dd : erk..2 hari ekk? hahahah. Tu kalau botol nescafe kecik tu..kalau dalam botol besar, lama sikit thn..esp time bulan puasa kan...hahahah

Aziela berkata...

baya : Haa...cari baya...jgn x cari..sat lagi berdegung degang la hang menumbuk..hahahaha

Aziela berkata...

Rahmah : uisshh..mmg sedap betul wakkk....

b a m b a m ' s berkata...

sambal tempoyak cili api tuh feberettt!!! lamanya x mkn..blk kg jek baru leh mkn..huhuhu

Aziela berkata...

CB: buat sendiri jer...senang, cepat dan sodapp...hehehhehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink