Sabtu, 7 Mei 2011

Sunday Journey : Lanchang

Dengan berat hati kami meninggalkan Marriot pagi tu, perjalanan diteruskan ke Lanchang. Memang dah pernah sampai dah ke Lanchang sebelum nie, tapi lalu jer la... Oleh itu, tak adalah nak risau sesat dan sebagainya. Sampai di rumah pengantin, pengantin lelakinya belum sampai. Yg sebenarnya, majlis di rumah pihak perempuan dan kawan hubby pula yg si lelaki. Bila kami call, dia kata 10 minit lagi sampai. Ha, menunggula kami tgh2 panas tu, konon nak sekali join rombongan pihak lelaki.

Bila pengantin sampai, meriah la kompang bertalu...hehehhe. Baju warna kelabu, tapi soft dan cantik.



Pengantin lelaki nie org Taiping. Tp kami x pergilah ke Taiping sbb jauh. Takut kena bermalam, x pegi kerja plak nnt. Tapi both of them kerja di Melaka. Lelaki nie, satu dept dgn hubby. Kalau kami buat majlis kat Alor Gajah, bukan main rajin lagi 2-2 org nie menolong.

Sebaik cuci tgn lepas makan tu, nampak la pulak boss hubby Japanese dtg bawak anak bini. Alahai, org Jepun kan. Dia main belasah la dtg pakai seluar pendek. Yg isterinya pun pakai seluar 3 suku panjang tu dan pakai t-shirt jer. Tapi yang buat kami respect tu, dia sudi dtg walaupun jauh juga perjalanan dari Melaka tu. Dah la org luar...maka mereka berjalan betul2 berpandukan pada GPS. Sayangnya, mereka tak makan. Betul2 dtg untuk sapa pengantin dan hulur sumbangan. Maklumla, diorang nie x tau makan pakai tgn. Cari sudu, x nampak pula. Tanya kendarat, semua main kata tak tau. Last2, Jepun tu chow jer. Segan juga kami.
Pengantin manalaa nak tau. Ibu bapa pengantin pun sibuk. Ralat sikit dgn kendaratnya jer la...mcm tak acuh melayan tetamu luar.

Anyway, makanan sedap. Rendang kerbau tauu...memang sedapp....

Lepas nie nak pergi mana pula? Ha..tungguuuu....

4 thoughts..:

nur berkata...

rendang kobau?.. sedapnyerr!!!

ralat juga bila baca sal bos tu.. sian dia.. tak merasa rendang kobau ye..

xplorer berkata...

rugi sebab tak dapat nak menunjukkan org luar tentang budaya kita.kekadang pernah jugak pegi kenduri yg tuan rumah mcm tak layan jer , asyik dok berborak ngan satu group saja

Aziela berkata...

nur : memang sedap... ralat kan....heheehhehe

Aziela berkata...

xplorer : x tau dimana silapnya...budi bahasa dah semakin pudar...

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink