Jumaat, 6 Mei 2011

Menu Dinner Sempoi


Assalamualaikum.....

Waa...pagi2 buta lagi kita dah tayang makanan ekk. Bekfes apa semua org pg nie? Kita bekfes roti jer. Psst...En Ben kita tu pun dah pandai bwk bekal plak hari nie... Bagussss.... Kalau ramai lagi yang bawa bekal ke sekolah atau ke tempat kerja, mungkin kita boleh selamatkan bumi dari ditimbuni oleh kotak2 polisterin. Errr...kita pun baru nak berjinak2 dan belajar2. Ok la tu kan...at least sudah bermula.

Aiseh..melalut. Ha..ini dinner sempoi lagi last Friday. Singgah PD untuk pick-up Adam, mcm biasa, mak bekalkan lauk. Lauk mak tapaukan tu, ikan pari asam pedas. Favourite Adam. Sampai di Melaka, kita dah rasa letih sebenarnya. Maklumlah, Friday tu bnyk sungguh kerja dan urusan. Lepas tu drive balik PD dgn menempuh trafik yang sangat hebat di hiway PLUS tu, pick-up Adam dan straight drive ke Melaka pula. By the time sampai di Melaka, rasa macam dah lembik sgt dah.

Utk kawankan dengan asam pedas tu, kita tumbuklah sambal belacan sikit, pair up kan dengan ulam timun jer. Lepas tu, kita buat la telur dadar mayonis untuk Adam sekali. Adam makan dengan berselera. Surprisingly, dia boleh pulak pegi cedok lagi sambal belacan yang berapi tu.

Lepas makan, rehat kejap sementara tunggu kain dicuci oleh mesin. Pukul 3.30 pagi bangun, kejutkan Adam dan we all gerak ke Melaka Sentral untuk tunggu hubby. Walaupun bas dijangka tiba pukul 5.00 pagi, tp manalah tau kalau bas terawal pula. Biar kita tunggu awal sikit..jangan dia pula menunggu nnt. Dah la hubby penat travel jauh kan... kesian dia.

Memang bas tiba pukul 5.00 pagi pun. Sementara menunggu tu, kita lepaklah kedai mamak sebelah Mydin 24jam tu dengan Adam. Siap boleh makan roti canai sardin lagi. Tapi sekeping share 2 org la. Maklumla kan, pagi2 buta tu tak boleh nak makan bnyk. Perut tgh tidur.

Hubby tiba ngam2 pukul 5.00 pagi. Terus headed back to Alor Gajah. Kejap lagi ada breakfast appointment. Kenalah bersiap segera....

Next weekend journey, dlm entry kejap lagi yer...

2 thoughts..:

Rahmah Ram Ram berkata...

awak buat saya lapar...tiba-tiba teringin nak beli tempoyak dekat pasar tani hari sabtu ni...

Aziela berkata...

Rahmah : Beli wakk...jgn x beli...hahahahhaha

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink