Sunday Journey : Elephant Conservation Center

10 comments
Cakkkk..!!!! Hehehehhe...

Meh sambung perjalanan.

Lepas keluar dr rumah pengantin, hubby ajak tgk gajah. Dah alang2 sampai kan. Lagipun x der la rushing nak ke mana2. Cuma nak pulang ke Melaka jer. Berpandukan signboard, kami pun sampai la ke tempat yg dituju. Mak datukkkkkkkk punya la ramainya oranggggg... Sampai dekat 1 km la agaknya keluar dari pusat tu orang parking ditepi2 jalan. Masa tu dah petang, dalam pukul 3.00 petang. Sanggup betul mereka. Tapi kami tak. Hubby try juga drive masuk ke dalam. Kalau x jumpa parking kat dalam, we all nak chow jer. Alhamdulillah, ada rezeki. Ada parking kosong betul2 beberapa langkah dari pintu masuk.

Disebabkan terlalu ramai org, x boleh naik gajah sebab kuota dah penuh. Jadi, pada sesiapa yg nak melawat gajah  Boleh melawat dan bagi makan jer. Cuaca pun sgt panas dan kami pun letih sgt. Tambahan lagi kita pakai baju kurung. Alamak..panas2 nie, pakai baju kurung, nak redah masuk hutan ke? So, kita ckp dgn hubby, kita x nak masuk hutan tgk gajah dulu sbb panas sgt. Ingat nk rehat dulu.

Sekali terperasan ada bilik pameran dan informasi pasal gajah, so kami tour bilik tu dulu. Lepas tu tgk kat sebelahnya ada bilik berhawa dingin. Wahh..air cond la..bagusss. Bilik tayangan video pasal gajah rupanya. Ini sudah bagus. Next tayangan dalam sejam lagi. Kami pun masuk, duduk atas kerusi empuk dan hawa sejuk dan terus hanyut dalam mimpi ...hehehehe. Tapi x la lena sbb ada ramai kanak2 ribena dgn ibu bapa dan nenek atuk mereka. Punyala gamat. Namun tetap bersyukur sbb dapat rehat.

Cukup sejam kemudiannya, kami disajikan dengan tayangan video tentang Jabatan Perhilitan menyelamatkan gajah liar. Macam mana diorang pujuk gajah tu dengan gajah jinak dan transportkan ke tempat baru. Memang suspen. Menggadai nyawa pegawai2 nie semua. Tabik sungguh pada mereka nie.


Selepas tayangan, hari pun dah teduh sikit. Kami pun bergerak masuk ke hutan. Masa tu ramai yang dah nak pulang. Orang keluar, kami masuk..hehehhehe. Dapat laa tgk gajah. Tapi x se-excited masa tgk gajah di Ayuthaya, Thailand 3 thn lepas. Sekurang2nya Malaysia dah memulakan langkah pertama. Syukur.

Gajah nie, nama dia Cherry. Masih kanak2 ribena gajah lagi nie :


Nampak tak tu? Cherry tgh sedap makan btg pisang. O yer...batang pisang ialah makanan ruji gajah yer, mengikut kata En Penjaga Gajah, seekor gajah dewasa memerlukan 3 pokok pisang untuk dimakan setiap hari. Dan pusat nie ada lebih kurang 24 ekor gajah buat masa ini. Tiap2 hari pusat nie kena cari batang pisang berlori2 kan...

Oh yer, selain daripada aktiviti menunggang gajah, dulu pelawat boleh mandi bersama gajah. Tapi kebelakangan ni, aktiviti tersebut telah di batalkan. Ada keluar dari berita mengatakan seorang pelawat patah jari kakinya kerana di hempap gajah.

Namun, mengikut petugas di situ, fakta tu banyak kepincangannya. Pelawat mendakwa jari kakinya patah sebanyak 3 batang kerana di himpit gajah. Dan perkara ini hanya di adukan 3 hari selepas kedatangan pelawat itu ke sini. Kalaulah betul kerana gajah, mengapa bukan pada hari kejadian sendiri? Ramai yg bertugas pada hari kejadian, tapi tiada apa2 insiden berlaku. Malah kesemua langkah2 keselamatan di patuhi dengan ketat. Dan satu lagi, kalau betul di hempap gajah, kenapa 3 batang jari saja? Kalau gajah hempap, paling tidak pun sebatang kaki mesti patah, kalau tak, mesti org tu mati kan? Ini 3 btg jari jer. Hmm..ada fishy sket kat sini kan..

Terpulanglah pada interpretasi individu sekalian. Yang pasti, kami bangga kerana Malaysia ada pusat pemuliharaan gajah seperti ini. Cuma ralat sebab tak banyak tarikan untuk disajikan pada pelancong2 luar. Mungkin boleh di pertingkatkan lagi di masa hadapan.



Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

10 thoughts..

Unknown berkata...

alala..comelnya tengok cherry tu makan.. hehe.. cute sgt! ^_^

Lulu Caldina berkata...

terima kasih kak, diatas sokongan tidak berbelah bagi...

xplorer berkata...

kuala gandah ni kena improve lagi tempat dia baru leh tarik pelancong lagi , kurang aktiviti kat tempat tu

Aziela berkata...

Hajar : Mmg comel kan...tu yg kemaruk amik gambar dia jer tu...gajah lain kurang comel...hahahha

Aziela berkata...

Lulu : always lulu...always.. dun worry dear...

Aziela berkata...

xplorer : pelancong ramai dtg, but I doubt they'll come again.. Hubby's ex-boss ( 'that' Japanese ) said there's nothing to see and they were frustrated. Segan kan...

gadisBunga™ berkata...

betul la kata sepah. gajah makan sayur je, tapi gemuk jugak. hihi~

*saya belum sampai lagi kuala gandah. nak pegi jugak lah!

Aziela berkata...

GB : GM pandai ambil gambar...pergi la..mesti bnyk gambar catik kat sana... Psst : Nnt amik gambar Cherry yer..hehehhe

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ berkata...

sedang panas di siniiii, tolong kipassssss! ;)


Memang bikin PANAS la blogger HINGUSAN neyh!!

Nora Shahaira berkata...

last tgok gajah di zoo negara..tp xla dpt dekat..lagipun da lama tak bersiar-siar begitu.kata hubby, tgu anak besar,hmm..bila da besar dtg lg yg kecik..haha
p/s..bkn sindir,nora tersilap tu..rupanya tntg blog blog yang berbngg dgn cr dia memaki hamun orang