Selasa, 31 Mei 2011

Homemade Kebab

Assalamualaikum.....

Dah lunch ker? Makan apa tadi? Tak kisahlah kan. Janji kenyang dan halal. Alhamdulillah. Anyway, weekend bebaru nie, kita cuba2la buat kebab sendiri kat rumah. Sekadar untuk breakfast kami sekeluarga. Selalunya hubby suka ajak breakfast kat luar, tapi dia selalu siap lambat. Sampai perut dah berkeroncong, muka anak dia dah masam mencuka baru dia nak bersiap. So, kita punya alternatif ialah buat sarapan sendiri. Selalunya bukan malas buat, tapi bila kita start kelentang kelentung keletek kat dapur, hubby mesti marah. Dia kata tak payah susah2 masak..nanti makan luar jer. Weekend nie nak jalan2 dengan family. Maklumlaa..jumpa seminggu sekali. Tapi this time kita abaikan amarah dia. Maka terhasil lah begini :

Nampak plain ke? Memang x letak sos atau mayonis sebab isi rumah kita tu ada mcm2 selera. Solutionsnya, kita hidang kebab nie dengan deretan botol sos. Ada sos cili, sos lada hitam, sos masam manis, sos BBQ, mayonis, salad dressing dan mustard. Ha..senang..pilih jer nak yang mana.

Meh tengok resipi.

Homemade Kebab

Bahan-bahan :
2 keping roti pita
1/2 labu bwg besar *
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
5-6 ulas bwg putih*
* = ditumbuk atau dihancurkan
1/2 labu bwg besar : dadu
1 kiub pati ayam >
2 batang sosej ayam >  di hancurkan (boleh juga blend dalam food processor atau food chopper)
2 keping burger ayam >
Beberapa keping daun salad
Sedikit lada sulah dan garam

Cara-cara:
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan daging-daging yang dihancurkan
3. Masak hingga sedikit garing dan perasakan dengan lada sulah dan garam.
4. Angkat dan gaulkan dengan sedikit mayonis.
5. Panaskan roti dalam kuali non stick.
6. Potong roti kepada 2 . Hati-hati sebab senang koyak. (Kita gunting jer..)
7. Masukkan campuran isi tadi dan hidang dengan sos kegemaran.


Portion memang besar. Boleh makan dengan gembira bersama keluarga dan kenyang sampai ke petang.


Selamat mencuba yer...

12 thoughts..:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

awe suka kebab telor, tuna ngan sardin..heheh...roti kebab ni sedap awe suka

Rahmah Ram Ram berkata...

wahhh...sedapnya awak berjaya membuat kebab...TAHNIAH. Mesti sedap ni.

putERi-kAtEk berkata...

kalau letak mayonis best kan....pastu tambah tomato...ermmmm sedapnyeeee

Aziela berkata...

Hawa : sedap dan kenyang kan hawa kan..hehehehehe

Aziela berkata...

Rahmah : Ni gara2 bercerita dengan Kematun last week la nie...terus teringin...hihihihi.

Aziela berkata...

putERi-kAtEk : memang letak mayonis...tomato jer tak letak sbb si bujang tu x suka.. hehehehe

Nora Shahaira berkata...

terbaeeekkk la kak...ini telah menambahkan senarai resipi sarapan untuk nora buat...tp leceh...hubby cerewet. dia kata dia la paling senang makan...walhal paling ceewet wooo...
meh la tempah baju ngan nora...leh tolong nora..huhu..kalo susah2 pos sekali dgn contoh baju akak...(hah...mcm tu sekali)

Rai berkata...

sopan je roti tu posing..hehehe..

ainnoraini berkata...

salam ziarah ..
ade resepi..boleh la try buat mcm ni..anak2 kak ain mesti suke makan makanan mcm ni...

Aziela berkata...

Nora : ejas2 nnt ok lah tu...heheheh. Akk tunggu Nora balik Subang la...nnt gita geder2 ekk...

Aziela berkata...

Rai : Sopan ekk Rai...hehehhe.. akak rasa mcm x semenggah jer...hahaha

Aziela berkata...

ainnoraini : Budak2 suka agaknya tu..sbb anak bujang kita pun suka kak ain. Lgpun species bhn daging berger dgn sosej nie...diorang selera jer kan..

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink