Rabu, 1 Jun 2011

Homemade Baked Pasta

Assalamualaikum.....

Apa khabar semua? Cuti2 sekolah nie, penuhlah rumah dengan kanak-kanak riang yer tak? Bila kanak-kanak riang ramai, maka apa saja keluaran dapur kita tu, mesti laku kan. Masa tulah kita jadi The Best Cook ever dan masa tu lah kita dapat permintaan yang tinggi kan.

Er, rumah kita tak banyak kanak-kanak riang. Ada sorang saiz kecik, sorang lagi saiz besar. Hehehehe. Projek hari kedua masa weekend bebaru nie. Memang saja nak habiskan quality time bersama family di home sweet home.. Eh. mcm nama rumah Kak Umi Kuantan pula.


Hehehhe...inilah hasilnya. Hasil pertama kita membaking pasta dalam oven gas Zanussi kita. Setelah hampir 10 tahun memiliki Zanussi, inilah kali pertama berjaya menggunakannya di bawah kawalan. Kesian kan?

Ok..kita guna pasta bow tie. Kebetulan memang ada jer tertonggok sikit dalam peti ais tu. Tak tau nak buat apa, kita pun terpikir la benda nie. Kalau nak guna makaroni ker, fettucini ke, pennes ke..apa jenis sekalipun la..ok jer rasanya. Cuba2 jer, sebab tak pernah buat. Itupun hasil menggodek resepi  Makaroni Bakar Bertuna Cendawan dari Tiffin Biru. Cik Mat, kita minta izin share resepi yer.  Tapi tak sama seratus peratus sebab kita godak sana sini sikit. Maaflah, kita lupa nak bawak balik resipi. Main ingat-ingat sendiri jer nie.

Homemade Baked Pasta

Bahan-bahan:

200 gram bow tie pasta (rebus seperti arahan dan toskan)
1 peket mozarella cheese
4 biji telur yang dipukul sedikit
serbuk oregano
serbuk parsley kering

Bahan sos:
1 tin tuna (kita guna tuna in chilies)
4 batang sosej --- hiris ikut kesesuaian
6 biji tomato ceri --- wedges atau belah 2 je
setengah labu bawang besar didadu
6 ulas bawang putih dihancurkan
2 sudu besar serbuk cili
1 kiub pati ayam
sedikit lada hitam
3 sudu besar air

Cara-cara :

Cara buat sos
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi dan keemasan.
2. Masukkan tuna dan sosej. Gaul rata.
3. Masukkan sedikit air, serbuk cili, kiub pati ayam, lada hitam dan tomato ceri. Gaul sebati dan biarkan kuah pekat.
4. Taburkan sedikit serbuk oregano serta serbuk parsley dan perasakan dengan garam.
5. Setelah cukup pekat dan sebati, tutupkan api.

Cara membakar :
1. Susunkan pasta yang telah direbus di dalam loyang atau bekas yang bersesuaian. Agak-agak la yer. Kalau loyang kecil, jadi tebal. Loyang besar, jadi nipis pula. Cubala sesuaikan dengan bahan-bahan.
2. Alaskan bekas dengan aluminium foil.
3. Panaskan oven ke suhu 180 darjah celcius.
4. Pasta yang telah direbus tadi bolehlah diletakkan di bahagian bawah.
5. Curahkan pula sos diatasnya.
6. Curahkan telur yang dipukul tadi ke permukaan lapisan.
7. Taburkan dengan cheese mozarella sehingga menutupi permukaan seperti ini.

8. Bakar di dalam oven dengan masa 25 hingga 35 minit.

Dah siap.

Ermm..tak sama kan dengan sifu buat. Sifu Mat Gebu buat lagi detail. Tapi okla kot dengan bahan-bahan sumber yang ada dan kepakaran yang tiada. Adam bukan main suka lagi. Hubby pula kata OK lahhh..hehehhe. Kita x puas hati, tanya lagi. Sama x dengan restoran punya. Laju jer dia angguk. Hehehe...melepasi piawaian. Maklumla..hubby kita memang cerewet sikit.

Apa-apa pun, nak buat macam-macam mana pun ok. Bak kata Cik Mat, kita yang buat dia.

Selamat mencuba.

10 thoughts..:

kak ina kl berkata...

salam ziarah..wah macam sedap ajer..tak pernah buat camni lagi

Rahmah Ram Ram berkata...

Awak..semakin rajin memasak sekarang...tahniah...mesti sedap ni...hehehehhe

Suhami Ahmad berkata...

wah.....nampak menyelerakan ni kak

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

kak aziela ada fb tak?

Aziela berkata...

kak ina kl : Terima kasih Kak Ina sebab sudi singgah blog saya. Tak sangka sifu blog masak mcm akak sudi singgah... Saya punya nie simple jer, tak mcm Cik Mat adik akak tu..hehehhe.

Aziela berkata...

Rahmah : Cik Mah, weekend tu saya ada meroyan nak memasak sikit...hehehhehe. Harap2 maintain la...hahahah

Aziela berkata...

Suhami : Gambor tak cantik pun nampak menyelerakan ko tok? Heheh...akak takdo senapang baru mcm org sinun tu...nak nembak pun ala kadar yoo..hihihi.
Psst : Tok...cantik2 la gambar atok skang nie. Dh makin pro nampak eii...

Aziela berkata...

Hawa : fb? Errr..pernah ada..skang dah takder...heheheheh

Nora Shahaira berkata...

wah akak...makin sakit hati masuk sini...dapat tgok tak dapat rasa...nak cuba... wah, belum tiba masa lagi...nanti..nanti..

Aziela berkata...

Nora : ayoyoyo....mcm mana nak buat tu...hehehehe

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink