Sabtu, 11 Jun 2011

Review Filem : KL Gangster

Assalamualaikum.....

Well...dah pergi tengok citer nie dengan hubby. Lately nie, hubby kita dah makin sporting la. Dia plak yang gila2 ajak we all anak beranak tengok wayang. Kalau dulu, bila nak tengok wayang, mesti tunggu time dia keje or outstation, and pergi dengan Adam jer. Sebab dia kata membazir...heheh. Now, dia dah enjoy. Suka..suka... Adam lagiii suka.

Owhh...anyway, cerita nie x tengok dengan Adam. We all honeymon berdua jer tgk movie nie. Tapi awal2 cerita kita sangat letih dan penat, so ada laa terlelap seketika. Hehehe..dahsyat kan...

Pada kita, kalau sesiapa yang sukakan action pack, mungkin akan sukakan cerita nie. Storyline, kita tak berapa puas hati. Tak seimbang langsungggg!. Memangla cerita nie pasal gengster, tapi ada juga diselitkan pasal family. Cuma penceritaan tentang family nie, tidak dikembangkan sepenuhnya. Mana bapak dia. Kenapa dengan adik dia? Berjaya tak dia protect mak dan adik perempan dia.

Fighting scene, Ady Putra and Aaron punya scene memang cun. Tapi tu la... Aaron nie belum mahir lagi fighting skill sangat kot, sebab compare dengan Ady Putra, cara dia attack, cara dia defend, nampak kemas. Tapi Aaron punya angle body untuk setiap gerakan fighting tu ada longgar di sini dan disana. Faham ke? Contohnya : Masa Aaron sedang menahan serangan dari Ady Putra, bahu dia slouch, macam defending the body yang macam ketakutan dipukul. Walhal, dia adalah hero. Maybe penangan drama Nora Elena tu la kot Seth kan.. Ehh silap...Aaron, bukan Seth.

Diorang dalam nie cakap laju sangat la. Lepas tu banyak sangat perkataan yang kasar. Yer la..tau la nak real macam gengster, tapi agak sedikit keterlaluan. Lepas tu banyak dialek cina. Memang gengster cakap ikut dialek cina ke?

Zizan punya lakonan, kita memang suka sejak dulu. Dalam movie nie, Zizan berpeluang explore variasi aspek. Time dia buat lawak, time dia berlagak 'besar', time dia ketakutan, time dia sedih dan time dia dihujung nyawa...

All in all, fighting scene dia bagus. Okeh..tu jer...

4 thoughts..:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

awe kalu g wayang tgk cerita omputih je kak..heheh....cerita melayu yang pernah awe tgk kat wayang

momok..hehe

Nora Shahaira berkata...

memag takkan tengok..rimaa tgok citer macam ni..

Aziela berkata...

Hawa & Nora : Akak terpaksa tengok 2nd time sebab bawak Adam..baru betul2 boleh faham apa yang diorang cakap.... complicated sungguh.

Lulu caldina berkata...

tak tgk lagi cite ni kak

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink