Kereta Hubby Dah Discharged.

27 comments
Assalamualaikum.....

Ingat tak lebih kurang sebulan lebih yang lepas kita dok bercerita tentang kereta hubby yang breakdown di SINI dan kerosakan yang teruk di SANA?

Alhamdulillah, kereta dah keluar workshop minggu lepas. Dan kita dah dapat kereta kita semula.

Seronok sangat rasanya bila bersatu semula dengan kereta kesayangan kita selepas sekian lama memandu kereta manual adik ipar. Terima kasih banyak2 kepada keluarga mertua yang membantu meminjamkan kereta tersebut. Sangat membantu untuk kita berulang alik ke tempat kerja. Namun, walaubagaimana sekalipun, biarpun kereta kita buruk, lama dan bobrok di sana sini, namun kasih sayang kami (kita dan kereta kita) sangat bernilai (especially sebab kereta tu automatic). Kegembiraan  dan kebebasan kerana memandu kereta sendiri memang lain rasanya.

So, nak tengok apa barang yang rosak pada kereta hubby?


Sebenarnya dalam gambar nie, ada 2 jenis barang. Separuh yang atas tu namanya ialah 'intake manifold' dan bahagian bawah ialah 'engine head'. Hubby bawa abangnya datang tengok kerosakan dan Alhamdulillah selepas berbincang dengan mechanic kami tak perlu ganti 2 barang di atas. Sebaliknya hanya buat beberapa pembaikpulih untuk kerosakan2 yang berlaku. Maka kosnya adalah lebih kurang 30% sahaja daripada menggantikan spare parts tersebut.

Kebocoran pada intake adalah minimal maka abang ipar kita minta workshop alter sedikit. Head pula hantar pergi skimming kerana hanya berbeza beberapa dimicron sahaja saiz tak ratanya. Macam mana nak cerita yer.. Alah, kalau dah tengok di workshop, senang sikit nak explain.

Anyway, dah selesai semuanya.


Alhamdulillah.



P/S : Maaf sebab belum ada masa membalas komen2 anda semua. Insya Allah akan kita balas nanti ya...



27 thoughts..

makchaq berkata...

Makchaq memang tak faham langsung pasai enjin2 ni.. Tapi makchaq paling sayang kereta makchaq yang dah 10 tahun pakai tu.. kami macam ada chemistry...

azieazah berkata...

Sebab itu disebut orang, kereta bukan lagi barang mewah, malah suatu keperluan. Tanpanya, memang patah kaki.

Dr K berkata...

Betul tu..biar pun dah veteran, kita pasti sayang dgn kereta kita yg dah lama & biasa kita gunakan kan...:)

Huhu..parts yg rosak tu saya pun tak tau apabendanya...:P

GREENJADE berkata...

barang sendiri jugak yg selesa diguna ye tak...wahh dpt le meronda2 Malaya kembali dgn kesayangan yg dh discharge tu hehehe

Intan Akma berkata...

kak zila crita pasal kereta dh macam engineer dah..kikiki

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

Terror kaka citer bab keta ni sugoiiii
Betui la even keta kiter x baru but ituew la yg puas nak drive khen
Keta sendiri....alhamdulliah dah ok(^∇^)

Kakzakie Purvit berkata...

Jganlah cerita bab kereta punya parts pada kakak nie Ziela. Kakak cuma pandai memandu dan isi petrol aje... lain-lain habuk pun tarak..

RamRamCute berkata...

salutelah dekat awak..bukan semua wanita tahu parts2 yang ada pada sesebuah kenderaan...tanya ajelah saya dan ceritalah apa benda pun psl kereta pada saya..HARAM memang sah menganga je..isi angin kereta pun tak tau..bawak dan lenjan aje reti..hehehehe

ummiross berkata...

Alhamdulillah. Memang sayang kereta sendiri kan,walau dah lama tapi tetap ada nostalgianya kan Aziela.

Unknown berkata...

haha..festaim dengar ada nama tu kat enjin keta.. tere la akak pasal enjin ya..

Unknown berkata...

hahaha...mmg xtau la part2 enjin ni..tau bwk & naik je..hahaha

Mrs Velentine berkata...

enjin head mmg mahal kan//

zoul dahan™ berkata...

Kalau satu set tu nak kena tukar,
Boleh demam tu...

Respect kat awak.
Boleh faham apa masalah kereta.
Kalau saya,
Tanya berapa kos sahaja.
Yg lain2 buat2 faham...

Aziela berkata...

makchaq : Chemistry dengan kereta tu yang pentingnya kan Makchaq.

Aziela berkata...

azieazah : terutama sekali di Malaysia kan kak Azie.

Aziela berkata...

DaddyZiyad : Keserasian sangat penting kan doc. Parts tu, saya baru belajar yang atas tu. Yang bawah, say dah kenal few years dah. hehehehe

Aziela berkata...

GreenJade : Err, yang discharged tu orang lain punya. Hiihihi. Tapi ronda2 lepas nie dengan yg lain pula, insya Allah.

Aziela berkata...

Intan Akma : Sebab berada di kalangan engineer. Akak pasang telinga jer...hehehehehe

Aziela berkata...

Lady Ayu : Hahahahaha...sebab kena belajar juga Ayu.

Aziela berkata...

Ka Zakie : Tak perlah, cik abang ada kan. Saya nie, lone ranger weekdays, tu yg kena tahu juga tu.

Aziela berkata...

Rahmah : Sebab cik abang awak dengan rela hati uruskan semua..hahahahhaa. cik abang saya, keluarkan duit jer..hihihihi

Aziela berkata...

ummiross : Banyak sungguh nostalgianya kak...

Aziela berkata...

Rai : Yang kat atas tu, akak pun baru belajar...hahahahaha

Aziela berkata...

Mira : Kena tau juga sikit2.

Aziela berkata...

MV : Ha, akak tau MV mesti faham sebab cik abang awak terror kan.

Aziela berkata...

zouldahan : Dapat quotation untuk secondhand jer pun saya dah pitam, apa tah lagi yang original set, doc. Saya pulak, paksa pomen tu cerita barang tu untuk apa, apa nama nyer dan mcm mana rupanya. Selebihnya, saya tanya kawan2 yang sama jenis kereta yang lain.

Unknown berkata...

hehe....alhamdulillah...risau gak bila kenderaan rosak ni hehe...habis rabak poket, tambah pula pelajar macam saya hehehe :)