Manjakan Anak? Anak Yang Manja?

13 comments
Assalamualaikum.....

Seriously, kita tak rasa kita manjakan anak. Dia bukannya seperti anak2 orang lain yang mungkin minta apa saja terus dapat. Atau dia juga bukan sentiasa dalam pelukan kita dan hubby, atau atok dan neneknya.

Kami sangat berhati2 untuk tidak memanjakan dia, sebab dia anak tunggal, cucu sulung yang pastinya menerima lambakan perhatian daripada seluruh ahli keluarga.

Tapi, at certain reasons yang kita masih belum dapat bongkar, kenapa dia menjadi seorang anak yang manja?

Adam... Adam.

Pening nak uruskan. Kalau nak ambil dia bawa ke Melaka atau Kuantan every weekend macam biasa, kita kesian pada hubby. At least biasanya kami boleh hantar Adam Ahad malam. Tapi tahun nie tak boleh sebab Ahad petang Adam ada tuition. Tak boleh tukar hari lain. So, Kuantan memang dia tak boleh ikut langsung. Melaka, sekali sekala bolehlah kot. Nampaknya tahun nie memang kena berkorbanlah kami semua.

Oh, mesti ramai yang kata kenapa tak guna solution lain. Tolongggglah. Setiap orang berada dalam situasi yang berbeza. Kita tak akan ceritakan secara detail tentang situasi kami di blog ini. So far, inilah yang terbaik.

Tapi, oleh kerana inilah, dia dah mula bermuram durja sejak Sabtu lepas. Dia manja kan?  Hinggakan kami terpaksa bawa dia bercuti sekejap untuk mengembalikan semangatnya. Kami yang manjakan ekk?



Adam,

This year, mama dan papa akan visit Adam twice a month only, ok? Adam kena attend tuition every Sunday kat PD, so mama dan papa tak nak ganggu pelajaran Adam. All of us need to be strong, ok. Insya Allah, ada hikmahnya.




13 thoughts..

Dr K berkata...

Mungkin juga jadi manja sebab dia tunggal...walaupun kita tak manjakan dia, tapi faktor anak tunggal tu..mungkin...

wakgelas berkata...

anak kecik wak pon manja jugak dgn wakk.. ehhhEE

Cho Zila berkata...

akakpun rasa cam biasajer.. tapi suami akak cakap akakni manjakan anak... bukanlah manja sampai kita tundukkan dia.. manjakan anakni memang dituntutpun kan.. nabi Muhammad s.a.w. pun manjakan anakkan..

Kakzakie Purvit berkata...

Melaslah karo Adam Ziela. Tapi angger kuwe seng paling apik terus ke wahe..

Unknown berkata...

kak.. kalau tak manjakan dia siapa kita nak manjakan.. hehe.. lg pun asal jgn dimanjakan sampai dia buat apa pun kita tak tegur tu lain la kan..

Unknown berkata...

sukses selalu untuk blogny ya aamiin ^_^

Aziela berkata...

Daddy Ziyad : Saya pun rasa macam tu. Tapi, apakan daya...

Aziela berkata...

Wak Gelas : Yang kecik, memanglah manja sampai ke besar, kan Wak?

Aziela berkata...

Cho Zila : Serba salah kita jadinya, kan kak.

Aziela berkata...

Kakzakie : Memang melaslah mbakyu...

Aziela berkata...

Rai : Itu yang paling akak takut tu. Takut jadi spoil brat.

Aziela berkata...

zaairul : Amiin. Makasih ya.

Unknown berkata...

hehe...ala kesiannya Adam hehe....tak pe akak dgn hubby mencari rezeki halal untuk menyediakan yang terbaik buat Adam hehe....tak lama nanti dia faham la tu hhehehehe