Jumaat, 8 Februari 2013

Kenangan Sekolah : Kepala di Tepuk!

Assalamualaikum.....


Sementelah bercerita kenangan kampus semalam, kita tiba2 teringat waktu sekolah2 dulu.

Masa tu di tingkatan 3. Kita duduk di meja hadapan sekali dan di tepi sekali. Tepi tingkap dan dinding.

Biasanya, prep malam akan selesai jam 10.00 malam. Dan asrama kami cikai sikit waktu tu. Menu supper biasanya biskut kering cream crackers 5 keping sorang, atau kek seorang satu slice. So, kami selalu menghabiskan duit dengan membeli nasi lemak atau mee bungkus2 dari makcik kantin. Makcik kantin parking van depan asrama, buka  bonet dan start business bungkus2 makanan tu. Tapi, diorang datang lewat sikit, dalam 10.30 malam. Masa tu nasi lemak atau mee sebungkus harganya RM0.50.

So, kita dengan kawan2 selalulah jadik customer malam makcik kantin sebab selalunya lepas prep mesti lapor sangat. Tambah lagi nak stay up untuk persediaan SRP (SRP okeh...bukan PMR!).

So, bila bunyi jer loceng habis prep pukul 10.00 malam, biasanya kami akan lepak2 dulu dalam kelas. Masa nielah biasanya kami ambil kesempatan untuk lelapkan mata sekadar untuk hilang penat di atas meja dalam kelas.

Kebetulan, tepi tingkap kelas kami tu adalah korridor laluan untuk abang2 form 5 pulang ke asrama. Uish, masa tahun nielah badge form 5 lelaki yang paling lasak, paling ganas dan paling berani dalam sejarah sekolah. Macam2 kes ada. Tapi memang mereka semua jadi VVIP negara sekarang nie dalam pada ganas dan lasak tu.

Kita tak tahulah macam mana mereka boleh tahu nama kita, sebab biasanya yang glemer ada 3-4 orang jer gadis2 cantik dalam kelas kami tu. Kita kan comoot. Tapi, diorang nie, setiap kali balik ke asrama, akan 'kejutkan' kita.

"Woii Aziela, bangun! Bangun! Nak tidur dalam kelas ke?"

" Aziela, pergi siapkan air dengan biskut. Kejap lagi abang datang."

"Aziela, nak abang teman ke?"

"Aziela, jangan tidoooorrrr!"

Ha, macam2 lagi pesanan.   Sambil2 tu diorang gelak ramai2. Tapi kita tak menjawab pun. Sehinggalah suatu hari, salah seorang dari mereka, berhenti tepi tingkap kita, hulurkan tangan dan tepuk kepala kita dengan sebuah buku latihan di tangan.

Memang marahh betul kita masa tu. Lepas kena tepuk tu, diorang chow sambil gelak ramai2. Kita sampai nangis2 dalam kelas. Kawan2 semua berkerumun pujuk kita sambil sumpah seranah abang2 tu.  Bengong jer kita kan?

Entah macam mana, sampai berita kepada abang2 tu yang kita sampai menangis kena tepuk kepala dengan buku. Walhal, langsung tak sakit pun. Dia layangkan jer buku tu. Tapi abang yang tepuk kepala kita tu, dengan gentlemannya datang jumpa kita personally dan mohon maaf. Dia hanya bergurau sebab dia betul2 anggap kita dan a few friends macam adik dia sendiri.

 Mulanya rasa marah dan malu sebab macam dihina, macam dibuat bahan lawak pun ada. Tapi lama kelamaan, bila kenal mereka dalam kelab2 dan persatuan2, baru tahu mereka nie memang suka bergurau. Time serius, memang serius betul. Time dalam kesedihan dan kesusahan, mereka bertukar jadi abang dalam erti kata sebenar. Takder langsung terpesong jadi adik angkat ke, makwe angkat ke.

Instead of rasa marah dan malu, sikit2 mula rasa bangga sebab ada payung besar! Hahahahaha. In fact gadis2 yang comel dan tak comot macam kita and a few friends pula rasa jealous sebab 'payung' sekolah lebih rapat dengan kami. Of coz tak rapat sangat, tapi sekolah kita dulu, kalau ada yang ingat nama kami dan boleh tegur sepatah dua sekali seminggu, dah di kira rapat sangat dah tu. Apatah lagi sampai kena tepuk dengan buku kan.

Sayangnya, kita betul2 tak ingat nama2 mereka semua, apatah lagi contact details. Yang ada hanyalah kenangan.

.

11 ulasan:

  1. salam...lama tak jenguk sini. Teringat jugak zaman nasi lemak 50sen. Sy pernah duduk asrama sekejap. Tapi kejap jer homesickness yang amat dahsyat. hahahaha

    BalasPadam
  2. Seronok bila kenang zaman sekolah Ziela. Tapi dulu betullah macam kuranglah yg bercouple utk bercinta macam budak sekarang. Rasa malu-malu dan ingin ada pakwe memang ada tapi tak berani nak luah. So biasa habis sekolah lupa terus - gitulah biasanya.

    BalasPadam
  3. mahalnya kenangan itu... tapi kalau SK pun menangis jugaklah rasanya, mahu meraung hentak2 kaki kat situ bkn pasal sakit tetapi kerana rasa malu dipersendakan jer rasanya. Silap2 SK pergi pencak2 depan dia, hehe..

    Aziela ni lahir tahun berapa sebenarnya ya??

    BalasPadam
  4. Makchaq sekolah semua pompuan.. tak de la budak2 lelaki yang nakal2.. tapi masalahnya budak perempuan semua baik2 belaka.. jadi makchaq yang nakal sikit ni jadi macam nakal sangat, sampai selalu kena panggil.. padahal nakal sikit je..

    BalasPadam
  5. @nea lopah Memang ada yang homesick teruk sampai jatuh sakit.

    BalasPadam
  6. @Kakzakie Iyerlah kan kak. Budak zaman sekarang advance sungguh, kan?

    BalasPadam
  7. @Seri Kandi Tanah Jauhar Ha, Kak Sari faham perasaan saya. Hahahahhaa. Err, saya muda setahun jer dari akak. Hihihihi

    BalasPadam
  8. ala sayangnya...saya baru nak tanya pasal VVIP negara tu hehe....

    amboi, popular akak kat sekolah dulu hehehe!

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com