Assalamualaikum.....
Esok dah mula cuti panjang kan, sempena sambutan Tahun Baru Cina. Paling2 tidak pun, sehingga Selasa minggu depan. Ada pula sesetengah sekolah yang cutinya sehingga hujung minggu hadapan.
So, apa plan anda? Bagi yang ingin bercuti atau pulang ke kampung menggunakan lebuhraya, bersedialah dengan mental dan fizikal. Pengalaman kita bercuti ke Langkawi tahun lepas, bertolak dari Melaka jam 8.00 malam, kami hanya berjaya tiba ke Kuala Perlis pada jam 8.00 pagi esoknya. Lebuhraya sesak teruk. Setiap hentian melimpah keluar dengan kereta 1 km sebelum dan selepas jalan masuk dan keluarnya. Jadi, bersedialah dengan air minuman, makanan, minyak kereta yang mencukupi dan paling penting, rehat yang cukup untuk driver dan co-driver.
Oleh kerana tahun lepas masa sambutan CNY kami sekeluarga ke Langkawi, dan tahun sebelumnya pula kami berada di Kuantan, maka tahun nie kami wajib menyertai sambutan.
Kita tak pernah berkisah secara terus terang tentang hubby yang mix Chinese. Mungkin dalam entry2 kita yang lepas, kita hanya selit2kan sahaja. Sempena Perayaan Tahun Baru Cina nie, eloklah kita buka sedikit lagi tentang keluarga kami.
MIL kita berketurunan Cina, maka oleh itu pakcik makcik kebanyakannya memang Cina. Family yang besar sebab atok dan nenek saudara semua masih rapat dengan kami. Oleh itu, bila tibanya CNY, 2 hari itu memang penuh dan padat jadual dengan menziarahi mereka semua. Sama macam Hari Raya Puasa juga.
Hubby's atok dah lama meninggal. Cuma kita sempat berjumpa dan kenal dengan nenek hubby. Selepas bertunang dengan hubby, mereka dah bawa kita untuk introducekan dengan nenek tu. Last kita jumpa beliau, kita sedang sarat mengandungkan Adam. Adam adalah cicit pertama beliau. Satu2nya cicit yang beliau tunggu kelahirannya. Sayangnya, 3 minggu selepas kita melahirkan Adam, beliau pun menghembuskan nafas yang terakhir. Oleh kerana kita masih dalam pantang, memang tak sempat bawa Adam jumpa beliau. Tapi, masa Mommy dan Ba ziarah dia di hospital, dalam keadaan yang tenat, dia masih sempat tanya lagi :
"Bini Paul dah beranak belum? Aku nak tengok cicit aku. Aku dapat cicit lelaki yer?"
Walaupun kita taklah rapat sangat dengan beliau, tapi mungkin beberapa kali pertemuan itu, beliau sayang kita sebagai menantu keluarga seadanya. Bila Mommy cerita dia tanya macam tu, sebak sangat rasanya. Of course kita tak dapat hadir pengkebumian dia...masih dalam pantang. Hubby jer yang pergi masa tu.
Sayangnya.... sebab tak sekeping pun gambar beliau ada dalam simpanan kita. Maklumlah, masih segan2 lagi. Oh, nenek hubby biasanya memang campur cakap Melayu dan Hokkien di rumah. Pakaian rutin dia pula ialah kebaya pendek dan kain batik. Begitu juga dengan atok2 dan nenek2 saudara yang lain. Semuanya berbahasa Melayu dengan lancar.
Keluarga Mommy, boleh kata open juga. Setiap keluarga, pasti ada yang anaknya masuk Islam, ada juga yang kahwin dengan India, ada yang bawa balik isteri dari Kemboja dan berbagai2 lagi. Yang penting, semuanya saling memahami dan menghormati. Pertukaran agama tidak memutuskan kasih sayang anak dan ibu serta adik beradik.
Oleh itu juga, bila tibanya masa keluarga berkumpul masa Tahun Baru Cina, pasti setiap rumah ada makanan daripada katering Melayu/Islam. Maklumlah, ramai ahli keluarga yang dah memeluk Islam. Bahkan ada juga makcik hubby yang anaknya dah dapat doctorate dari Mesir dan Jordan. Pendek kata, ramai yang kuat dalam jaluran Islam sendiri. Tapi, kami semua tetap berkumpul bersama kerana kami semuanya sekeluarga.
Adam masa kecik2 agak susah nak terima yang dia dari keturunan Cina. Dia asyik tanya kenapa dia kena panggil Cina tu atok dan nenek.....hahahhaha. Tapi, bila dah besar, dah bersekolah, dia dah pandai value diri dan keluarganya. Now, dia yang seronok everytime nak CNY.
Masa kecil2 dulu, Adam nie memang orang lain semua ingatkan dia anak Cina. Tapi dia tak putih pun. Dia cuma cerah sikiit jer. Cuma 'sauk wajah' dia memang macam Cina orang kata. Naik lif, kat playground, kat supermarket, semua orang cakap Cina dengan dia. Kanak2 yang main dekat playground pun cakap Cina dengan dia. Tapi dia terkebil2 jer lah. Tapi, bila dah besar nie, semakin gelap kulitnya, semakin Melayu jadinya. Tapi kalau suruh dia pakai kopiah, memang nampak sebijik macam Mualaf jugaklah..hehehheehhe. Hubby pun sama. Hinggakan ada sekali tu kami berhenti membeli ubi kayu dari orang Asli di tepi jalan, orang Asli tu boleh tanya hubby : Lu Cina ka..? Hahahhaha. Dah terang2 bini dia kat sebelah nie pakai tudung segala. Apa, ingat kita nie maid Indon ker?
Mommy pun sebenarnya x berapa pandai Hokkien sebab dari kecik banyak cakap Melayu jer. Sikit2 jer boleh, tu sebab anak cucu pun karam di lautan kalau suruh berbahasa Hokkien atau lain2 dialek Cina. Cuma pakcik makcik yang kahwin dengan Cina jer yang dah expert speaking. Anak2 of course ke sekolah Cina. tapi bila dengan kami, Bahasa Melayu masing2 lebih fasih dari sesetengah Melayu yang tak hafal lagu Negaraku.
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kerana kita dikurniakan keluarga yang berbagai latar belakang. Tak pernah terlintas seumur hidup kita yang dahulu bahawa jodoh kita dengan Chinese mix. Paling2 tinggi jangkauan pemikiran pun, mak kata dulu kawen dengan orang Jawa jer lah..hahaahhaha. Senang mak kata sebab satu bangsa.
But, as usual, love is blind. Jodoh yang Allah tetapkan tu lah yang terbaik. Alhamdulillah.
Ok, bila menulis entry nie, rindunyaaa dengan Hubby. Malam nie, kami bertemu kembali selepas seminggu terpisah. Insya Allah. Semoga dipermudahkan.
.
salam sis aziela..
BalasPadamwah pandai bertutur bahasa hookien yer....seronok tu....
we pu ce tau......hehehhehehe
pastinya seronok dapat berkumpul bersama keluarga......tak kerring gusi dengarkan cerita yang telah lama terpendamkan sis.....
jeles tau ...TA x dapat berkumpul kerana bertugas...hehehhehehehe...
p/s terima kasih bakyu sudi mampir dan tinggalkan komen di entry entry TA.....love sis aziela ketat-ketat....
happy blogging sis
Bestnya baca n3 Aziela ni, memang menarik, perkahwinan campur yang bahagia dan terjalin ukhwah.
BalasPadamseronoknye baca cite sis ni.. mesti meriah bile kumpul ramai2 tu.. dlm keluarga besar saya ni pun, sorg makcik saya kawin dgn nigeria pun dah rasa seronok.. apatah lg yg pelbagai kaum.. hehe..
BalasPadamhappy new year! :)
Rugi juga kalau tak boleh bertutur dan memahami bahasa asal keturunan, kan? :)
BalasPadamgong xi fa cai kak..
BalasPadamseronokkan kawin mix nie...mcm2 budaya yg boleh kita pelajari..
BalasPadamakak pn lahir dr keluarga mix...abah akak kelahiran Arab Saudi + Pattani dan mama akak kelahiran pakistan + melayu..sbb tu bila kemana2 org slalu brtanya ttg keturunan akak sbb muka akak dh xmcm org melayu sejati..slalu depa ingatkan akak minah arab + pakistan....akak lak kawin dgn Jawa....anak2 dh jadi mcm rojak..mcm2 darah mengalir didlmnya....
@TiranaAduka TA, wo pu chi tao tu Mandarin rasanya..hehehehehe. Kita tak pandai langsung. Boleh satu verb jer, Nang bou ti nang, Kui bou ti kui. Hahahahaha.
BalasPadamThank u singgah yo kang.
@ummiross Alhamdulillah kak sebab saya bertuah dapat merasa suasana ini.
BalasPadam@Pearl Kaz Mula2 dulu macam jakun sikitlah akak. Tapi now terasa seronok.
BalasPadam@Kakcik Nur Iyerlah Kakcik. Sayang juga. Tapi anak saya tak sanggup nak attend mandarin class dah. Jadual dia terlalu padat.
BalasPadamInsyaaallah...semoga dipermudahkan.....meremang bulu roma saya masa baca entry ni...bukan apa, rasa bangga plak bila baca kaum keluarga akak sangat menghormati satu sama lain hehehe.....tabiklah!
BalasPadamAkak berkongsi saja...
Padamanda ditag : http://izzam4eva.blogspot.com/2013/02/the-longest-giveaway-ever-by-ain.html
BalasPadam@NzA Saya dah agak dah sebab paras akak memang tak macam Melayu. Cantiknya lain dari Melayu. Anak kita memang dah rojak kan kak...
BalasPadamselamat bercuti kak
BalasPadamTq yer
PadamLa baru tahu ur husband mix Chinese
BalasPadamOk what kawen mix ni
Byk budaya anak pun kawaii2 ngeeee
Sama jer Ayu.. take care baby yer
Padambestnyer ade keluarga lain2 bangsa ni..leh smabut perayaan..hehe..meriah lagi tu
BalasPadamSaya seperti membaca sebuah kisah dalam novel yg pernah saya baca. Sebuah kisah yang pelbagai pahit manis kehidupan, kemudian berakhir dengan indah sekali.
BalasPadamKagum saya.
Kisah kehidupan biasa jer kak... Alhamdulillah
Padamkawen dgn sama bangsa x senestinyer xde masa-elah mak kanns.., uhhHu
BalasPadamSaya pun ada keluarga Cina.
BalasPadamMak mertua saya confirmed anak cina.
Tetapi dibela oleh orang melayu.
65 tahun terpisah.
Tahun 2011 mereka berjumpa kembali.
Ceritanya ada dalam siri Jejak kasih diblog saya.
http://zouldahanblog.blogspot.com/2011/02/aku-dan-jejak-kasih.html
hehe best family mix...byk new thing kte bleh tau...tp yg pnting respect each other..jgn suka mengumpat...best family mix, bleh clbrate byk pryaan..
BalasPadam