Khamis, 7 Mac 2013

Selamat Ulang Tahun ke 80 Tentera Darat : Perang Meletus di Laut Port Dickson

Assalamualaikum.....


Setelah berhari2 berlangsung, baru kita sempat nak update.

Ahad yang baru lepas nie, kita dan hubby berpeluang bawa Adam dan Asyrol ke acara Sambutan Ulang Tahun ke-80 Tentera Darat Malaysia. Sayangnya kami tak dapat turut serta dalam perarakan yang berlangsung pada hari Sabtu tu kerana kereta kita pula breakdown. So, Sabtu adalah hari sibuk yang dipenuhi dengan agenda kereta dan workshop di Melaka.

Kalau ikutkan keupayaan, macam tak mampu nak drive balik ke Port Dickson pada hari Sabtu tu sebab dah terlalu penat dan dalam tempoh 24 jam, kita dan hubby hanya dapat tidur 2 jam sahaja. Tapi hubby gigihkan juga untuk pulang ke PD demi untuk memenuhi permintaan Adam nak menonton pertunjukan pada hari Ahad tu. Kami tiba di PD pada jam 2.00 pagi.

Ahad pagi, kami bergerak dari rumah jam 8.00 pagi dan 5 minit kemudian kami tiba dengan kekusutan fikiran sebab tak dapat cari tempat nak parking kereta. Aduhaii..penuhhhhh sangat2 Pantai Saujana tu. Pantai Saujana ni, bagi penduduk PD, kami panggil Batu 4 jer. Alaahai, yang ada pasar malam tepi pantai dekat sebelah Petronas. Itulah lokasinya.

Maka pada hari Ahad, 3hb Mac 2013 acaranya ialah Pertunjukan Khas Komando dan Pasukan 10 Briged Para. Ada berbagai2 lagi acara yang menarik. Kalau ada yang berkelapangan, bolehlah jenguk blog BERTIWI untuk jadual dan penerangan lanjut.




Pantai sangat penuhhh dengan orang ramai. Tentera sahaja dah hampir separuh rasanya, orang awam lagilah penuh. Tapi mostly adalah keluarga tentera dan anggota komando yang tamat latihan tu rasanya. Tapi kami dapatlah juga menempel di bawah khemah. Dapatlah duduk selesa atas kerusi, ada meja segala. Syukur.

Kita dengan hubby tak larat nak menyempit2 dengan pengunjung lain sebab kami sendiri memang tak cukup rehat. Jadi, kami biarkan Adam dan Asyrul yang menjelajah sendiri. Cuma kami pesan agar mereka berhati-hati. Kita beri handphone, minta Adam snap gambar. Tapi Adam memang tak suka snap2, so dapat ini jer lah...

Acara pertama ialah pertunjukan bagaimana anggota komando menyelamatkan tebusan di atas kapal laut. Maka beberapa meter dari pantai, ada kapal lanun, ada bot2 komando dan anggota2 komando yang tegas, pantas dan perkasa menyelamatkan tebusan. Sebaik sahaja tebusan selamat dipindahkan ke bot tentera, maka kapal lanun itu diletupkan.

Yes, MELETOPPP!

Memang guna bom real. Tak ada tipu2 punya. Tak lama kemudian, ada 2-3 helikopter datang untuk membawa pulang tebusan2 bersama tentera. Untuk keselamatan segera, helikopter hanya menurunkan sehelai tali dan tebusan serta tentetra ini bergayut pada tali itu untuk segera beredar dari kawasan bahaya.

Letupan tu memang betul2 menggegarkan bumi pantai. Kami semua tutup telinga sebab sangat kuat bunyinya. Tapi feeling memang best lah. Betul2 seronok rasanya.

Ada peperangan lagi lepas tu. Petang nie kita updatekan yer. Nak sekalikan dalam satu entry nie, panjang sangat pula rasanya. Acara seterusnya nie, kami manage untuk snap gambar yang lebih sedikit.





































8 ulasan:

  1. teringin nak tenogk... memang sukaler kalau der tentera bagaini..

    BalasPadam
  2. sekali sekala kalau menonton acara begini seronok jugak kan..especially anak2 biar dorang tengok sendiri...

    BalasPadam
  3. saya terlepas!!!!!!

    mmg dah lama plan nak ke event sebegini..bawa anak anak

    BalasPadam
  4. pekabar sis aziela?
    Lawatan di awal pg jumaat yg tenang di sini

    BalasPadam
  5. Cho Zila : Itu yang kami gagahkan juga pergi tu kak...

    BalasPadam
  6. RamRamCute : Iyerlah awak. Seronok betul budak2 semua.

    BalasPadam
  7. Daddy Ziyyad : Aduhai, sayangnya. Sebab event macam nie memang bukan setiap tahun. Khas untuk sambutan ke 80 nie jer.

    BalasPadam
  8. Tirana Aduka : Jumaat baru datang sini yer? Nak merajuk!

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com