Ok, mari kita sambung.
Acara seterusnya ialah anggota komando menyelamatkan tebusan yang dikurung di dalam bangunan. Kebetulan, bangunan yang didirikan secara 'mock' berada si hadapan posisi kami lepak tu. So, dapatlah lihat dengan jelas sikit.
Di atas ini adalah 'pentas persembahan' komando. Di sekelilingnya dah di pagar dengan kawad duri untuk mengelakkan dari orang awam termasuk ke kawasan itu. Bahaya sebab ada bom di tanam dalam pasir2 tu.
Ini pula adalah bangunan 'hotel' yang di jadikan prop persembahan. Maka komando bergerak senyap dan pantas dalam menyelamatkan tebusan walaupun tentera pengganas berkawal ketat dan menyerang dari dalam 'hotel'.
Antara kubu buatan yang menempatkan anggota tentera kita. Tak nampak macam ada orang pun dalam tu. Tapi bila riffle mula melepaskan tembakan, baru kami tahu ada tentera kat dalam tu. Siap ada percikan api dari muncung senapang tau. FIRE!
Helikopter tiba untuk membawa tebusan keluar dari zon bahaya tersebut. Kami semua dihujani dengan pasir pantai yang berterbangan dek kerana kipas helikopter yang hampir dengan kami. Kita dengan hubby berselubung dengan kain alas meja, hehehehehe. Bunyinya? Masya Allah... Betul2 terasa seperti di dalam peperangan.
Helikopeter lalu di atas kepala kami untuk membawa tebusan ke tempat yang selamat. Feeling betul2 rasa macam berada dalam situasi sebenar.
Tak lama kemudian, mereka betul2 memulakan pertempuran yang hebat. Tembakan dilepaskan tidak berhenti2. Baru first time kita dapat dengar bunyi tembakan daripada senapang2 M16, rifle segala jenis. Secara tiba2, datang tembakan dari arah belakang kami. Kira2 2 meter dari tempat duduk kami. Rupa2nya ada sniper dah standby atas pokok di belakang kami untuk menyerang pengganas. Betul2 peluru melayang2 di atas kepala kami. Ngeriiii!
Kemudian, bom meletup merata2 di kawasan pantai. Percikan pasir terhambur ke segenap arah dek kerana letupan-letupan bom tersebut.
Akhir sekali, bangunan hotel itu musnah di bom oleh tentera. Tinggal rangka seperti gambar di atas. Dalam gambar di atas, tentera sedang mengumpulkan tawanan yang dijumpai.
Tak lama kemudian, kami dengar bunyi ambulan bersahut-sahutan. Rupanya2 ada kanak2 yang terkena serpihan. Bukan serpihan bomlah agaknya, tapi mungkin dari papan yang berkecai tu. MUNGKIN...!
Salah bapanya juga. Khabarnya bapanya dukung anak dia terlalu hampir dengan 'pentas persembahan' sehingga melangkaui jauh dari tali penghadang. Degil kan! Konon nak tengok dengan jelas dari jarak dekat, sampai sanggup melanggar arahan keselamatan. Tapi dengarnya hanya setakat cedera ringan. Jadi pengajaran untuk semua kan. Syukurlah nyawa tak melayang.
Selesai pertunjukan itu, kami semua memandang antara satu sama lain sambil ketawa dan tersengih dan tangan menepuk2 dada dek kerana berdebar2 yang amat. Syukurlah itu adalah lakonan. Kalaulah perang yang betul, emosi memang tergolek bawah kaki agaknya.
Barulah tahu betapa kuatnya tentera. Bukan sahaja fizikal, tapi emosi, mental. Semuanya harus berfungsi dengan kuat serentak di medan perang. Bertambah kekaguman kita dengan tentera Malaysia.
wow....... seperti ituka keadaanya ^_^ .
BalasPadambest nyer kalo dpt tgk sendiri nie...
BalasPadamBaru melihat pertunjukan macam itu masing-masing dah berdebar takut, bayangkan Ziela tentera kita di Lahad Datu...
BalasPadamseronoknya kalau ada di sana juga, rasa nak merasai jugak pengalaman tu. ^^
BalasPadamAssalam
BalasPadamLakonan pun menakutkan. Perang kecil di Sabah sekarang ni pun menakutkan. Kalau kita berperang besar dengan mana-mana negara, entah macam manalah perasaan + kehidupan kita. Semoga dijauhkan oleh Allah!
Miz Tia : Menarik kan..?
BalasPadamMrs Eady : Terasa bertuah juga, Izwa.
BalasPadamKakzakie : Itulah yang bermain di fikiran kak...
BalasPadamIzudean : Seronok dikkkk
BalasPadamTemuk : Terima kasih sudi bertandang ke sini Pak Temuk. Memang itulah yang difikirkan. Moga kita semua selamat dilindungi Allah.
BalasPadamFuh.. real punya story... terbayang lahad datu!
BalasPadamsalam sis aziela
BalasPadamMenarik..erm.. Paman ta pun comandr..hehehe
Cerita Aziela teliti betul.
BalasPadamboleh ingat semua sekali.
Hebat2.
Boleh jadi wartawan ni...
bestnye..
BalasPadamche mid : Masa meletop tu memang terbayang Lahad Datu, kak.
BalasPadamTirana Aduka : Wah, pasti hebat orangnya kan TA...
BalasPadamzouldahan : Doc kata teliti, hubby saya kata meleret. Hehehehehehe. Tapi wartawan tak boleh tulis macam nie Doc. Consider meleret. Tapi kalau tak cerita detail, saya tak puas hati sebab nak pembaca dapat gambaran yang tepat.
BalasPadamnea lopah : Berdebar2.
BalasPadamMy God....takutnya kalau kita betul2 dlm situasi peperangan kan?
BalasPadam