Selasa, 23 Julai 2013

Pengemis Yang Berjaya : Tegar dari Indonesia

Assalamualaikum.....

Kita di perkenalkan Tegar ini oleh Adam beberapa hari yang lalu. Tegar ialah seorang kanak2 lelaki yang berumur 12 tahun, di Indonesia. Oh, dia seorang Muslim.

Dia tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Anak sulung daripada 4 adik beradik. Pada umurnya 7 tahun, dia terpaksa berhenti sekolah kerana kesempitan hidup. Dan dia meneruskan hidup dengan menjadi seorang pengemis jalanan, sama sperti ibunya. Bapa tirinya pula bekerja sebagai buruh kasar.

Namun, bakat seni yang diwarisi daripada ibunya mengalir dalam darahnya. Dia mencipta lagu sebagai pesembahan sewaktu mengemis dan akhirnya menarik minta salah seorang aktivitis seni di Indonesia.

Ini Tegar, semasa masih menjadi pengemis. Umur 10 tahun masa nie.


Tegar mula bertapak dalam dunia seni.
 Tegar kemudiannya di lorongkan oleh lelaki seni itu untuk menyertai pertandingan nyanyian di Indonesia. Beliau akhirnya menerima tawaran untuk menjadi artis rakaman. In fact, lagunya yang meletup2 dan digilai oleh ramai rakyat Indonesia, tak kira apa lapisan sekali pun ialah lagu yang menceritakan tentang perjalanan hidupnya yang berkembang daripada seorang pengemis sehinggalah menjadi artis rakaman.



Tegar sekarang sangat bersyukur kerana kehidupannya dan keluarganya telah menjadi jauh lebih baik daripada dulu. Dia juga telah mampu menyambung pelajarannya.

Memang hati rasa tertarik menonton persembahan Tegar di laman You Tube. Tapi, dalam masa yang sama, terdetik rasa kasihan, kagum dan bersyukur apabila mengenangkan perjalanan hidup yang dilaluinya.

Dulu, dia kurus jer, sekarang dah senang, dah chubby sikit mukanya. Itu saja dah cukup menjadi bukti perubahan hidupnya.

Dan kita sering mengingatkan Adam, jangan pernah lupa bersyukur dengan apa yang dia ada, dengan apa yang kami ada. Bayangkanlah pada usia Adam, begitu ramai lagi kanak2 dalam dunia yang kekurangan dari segala segi.

Tegar,

Semoga kamu berjaya dunia dan akhirat, ya.

Amiin, Ya Allah.

22 ulasan:

  1. 'Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu ditendang sekarang ku di sayang ' . Hehehe...

    BalasPadam
  2. Mudah2an sinar hidupnya itu akan membawa perubahan yang baik baginya dan keluarganya...

    BalasPadam
  3. Kira dia bernasib baik bila ada peluang seperti ini. Ada yg berkebolehan tapi tak jumpa yg 'tahu' akhirnya terpendam...

    BalasPadam
  4. Amin insyaallah! Betul, satu benda yg sesuai untuk ajar anak-anak tentang menghargai kesenangan hidup...

    BalasPadam
  5. ooo inilah dia penyanyinya...saya baru dengar bila usop bukak lagu ni pagi tadi...smoga beliau terus sukses.

    BalasPadam
  6. alahai..tersentuh hati dayah..

    bila baca kisah begini,makin syukur dengan apa yg kita ada..

    BalasPadam
  7. sebenarnya apa yang setiap manusia perlukan adalah peluang.. apabila dapat peluang yang sewajarnya, mereka akan dapat ubah kehidupan. tapi tak ramai yg dapat peluang, nampak peluang..dan ramai yang dah dapat peluang, tapi tak guna dengan sebaiknya. rugi..

    BalasPadam
  8. bbrapa kali jejak negara seberang hati akak sayu bila lihat kanak2 sekecil 3 thn mengemis dijalanan...brtapa bruntungnya kita brbnding mrk.....

    BalasPadam
  9. Eda Johari : Oooo...minat juga yer...

    BalasPadam
  10. Kakzakie : Betul kak.... Tapi, entah apalah lagi dugaannya nanti. Perjalanan dia masih jauh lagi.

    BalasPadam
  11. Azham : Yang bagusnya, sebelum di taklimatkan, dia dah insaf dulu sendiri...hahahahha

    BalasPadam
  12. RamRamCute : Adam punya influencelah nie wak...

    BalasPadam
  13. Hidayah : alhamdulillah....kita bersyukur dengan apa yang ada...

    BalasPadam
  14. Rai : Kadang2 orang cari peluang sebab dah terdesak. Tapi ada yang jumpa peluang, buat tak hirau sebab konon dan terlalu selesa.

    BalasPadam
  15. NzA : Sedih kalau difikirkan secara mendalam kan kak...

    BalasPadam
  16. Femes tegar ni sekarang. sedih tengok dia ni. Semoga berjaya dunia akhirat.

    BalasPadam
  17. Moga dia terus kuat dalam mengharungi kehidupan seharian.. insyaAllah.

    BalasPadam
  18. Moga dia terus kuat dalam mengharungi kehidupan seharian.. insyaAllah.

    BalasPadam
  19. Aziela , saya dh dengar suara dia.sedap.lagu dia pun catchy.mudah2an Allah permudahkan segala urusan kehidupan nya..amin.

    BalasPadam
  20. Itulah janji Allah..
    Kehidupan kita ni boleh berubah 360 darjah dalam sekelip mata...jadi senang/atau susah..
    Tapi kisah Tegar ni ..menunjukkan bahawa kita sebagai hamba perlu ikhtiar..usaha...dia gigih usaha nyanyi jalanan..dan Allah anugerahkan rezekiNya..

    Saya nak cuba dengar lah lagunya...:)

    BalasPadam
  21. aah Tegar skrg dh berjaya..ada budak2 Msia gi jumpa Tegar kt Indonesia tu siap buat FC Tegar utk org2 Msia

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com