Isnin, 22 Julai 2013

Memancing di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.....

Bagi kaki pancing seperti hubby, Ramadhan tidak membataskan beliau daripada meneruskan hobinya tu. Hubby pula, sejak menemui port barunya untuk memancing terus melekat di situ saja. Tak jemu2 disitu kerana dia jarang pulang tanpa hasil.

Contohnya.....

Ikan Gelama

Musim gelama, hubby dapat gelama. Kadang2, dapat siakap, kerapu dan ada juga sekali, rezekinya dapat bawa balik cencaru walaupun sekadar memancing di tepi pantai.

Gelama yang di atas tu agak besar juga...kecuali 2 ekor yang kecil tu. Tengoklah mata2 ikan tu semua. Cantik bersinar dan putih kan....

Kalau dapat fresh macam nie, terus siang dan goreng kunyit jer pun, sedap. Tapi ada juga yang buat masak kari atau ada juga sekadar goreng bercili. Kalau yang kecil2 tu, mak kita suka goreng celup tepung... Makan panas2, ratah macam tu jer sambil hirup secawan kopi o... Pasti memuaskan...

Bagaimana puasa anda hari nie?

Kita tersangatlahhhhh mengantuknya pagi nie. Entah kenapa entah. Dari bangun memasak untuk sahur tadi...segar jer, tapi bila nak gerak ke KL dari PD, bukan main tak menahan lagi mengantuknya. Aduhai..... Kena buat lompat kijanglah jawabnya lepas nie...



29 ulasan:

  1. Hehe, kenapa lompat kijang akak? Nak kasi segar bugar eh mata tu? hehehe

    BalasPadam
  2. Mereka yg biasa dapat makan ikan fresh ni Ziela kalau beli ikan dipasar dia pasti rasa kurang sedap..

    Kalau kakak ikan gelama suka masak singgang sedap:)

    BalasPadam
  3. syoknyer masak ikan fresh ekkk
    but nak tunggu berjam tue yang tak sanggup....ngeeee...lelaki n memancing memang BFF gituew hukhuk

    BalasPadam
  4. jarang dapat rasa ikan fresh dari sungai/laut...selalu dari pasaraya jer...

    salam ramadhan

    BalasPadam
  5. mesti sedap ikan ni bila masak sebab masih segar bugar...kalau beli kat pasar tu dah keras kejung ikannya tuu...

    BalasPadam
  6. wahh untung la memancing di bln puase.. boleh wat menu berbuka.. =)

    BalasPadam
  7. ai pulak dapat ikan fresh dari FIL.. hehehe.. pak mertua rajin memancing :)
    kalau en. suami pulak suka mancing udang.

    BalasPadam
  8. saya suka telur ikan gelama.. bila time musim dia banyak lah dapat goreng.. lemak2 gitu..

    BalasPadam
  9. Ujian dibulan puasa ialah mengantuk, terutama yang bekerja. Mcm Che Mid ni, boleh le tidur disiang hari.. bos kt umah sendiri kan..

    Eh, boleh je jemput Che Mid.. calling-calling le.. Insyaallah, Che Mid pun teringin sangat jumpa Ziela..

    BalasPadam
  10. Lompat kijang... biar betul kak.. Apa kata akak sapu je minyak angin cap kapak.. Sure segar-bugar mata tu.. hehehe

    BalasPadam
  11. salam ziela ..
    iwak kotok dan iwak lele makan tak?
    hu..hu...
    apapun rajin huby gi mancing dalam bulan puasa ni ye ..

    BalasPadam
  12. Azham : Harap2nya segarlah kalau lompat kijang. Nak lompat gajah, confirm x wujud.

    BalasPadam
  13. Kakzakie : Iyer kan kak...dah lama tak makan gelama singgang. Saya kalau singgang, asyik laa guna ikan kembong atau kerisi jer.

    BalasPadam
  14. Lady Ayu : Akak selalu ngelat Ayu. Cari tempat redup, lepak sambil baca novel. Janji kita ada temankan dia kat situ.

    BalasPadam
  15. mama maman : Iyerlah kan...tahap tak berdaya rasanya.

    BalasPadam
  16. Bunda : Sekali sekala, kak. Salam Ramadhan kembali.

    BalasPadam
  17. ainnoraini : Tak sempat kena air batu, dah digoreng. Memang sedap manislah rasanya kak... hehehehe

    BalasPadam
  18. Pizli : Minat memancing jugak kan...?

    BalasPadam
  19. Deqla Manjew : Dia buat ratah2 jer dik...

    BalasPadam
  20. aizamia : Hubby akak pula tak suka pancing udang. Tak thrill katanya. (ker...dia tak expert..hehhehehe)

    BalasPadam
  21. Rai : Akak jaranggg dapat telur dia Rai. Seddap kan..berebut2 kalau ada tu.

    BalasPadam
  22. TA : La ye ker? Akak panggil gelama jer tu... Kabare wak..?

    BalasPadam
  23. che Mid : Wah....nikmatnyaaa tidur siang. Macam mak saya. Malam, segar jer kalau nak korek pahala kan... Nanti ada masa, saya akan cuba contact untuk bincang yer Che Mid.

    BalasPadam
  24. Nur-nba : Cap kapak tu akak tak berapa gemar lah Nur. Tapi minyak buah pala, akak suka. Cumanya, dah habis sapu dah... semacam juga ngantuknya.

    BalasPadam
  25. aby : Iwak kotok tu opo yo kang? Iwak lele tu yo enak lah kan...

    Oh...bila duduk bujang, kerja habis awal, dia singgahlah port memancing dia kejap. Apa jer nak di buatnya kan.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com