Isnin, 19 Ogos 2013

Kota Bharu : Chim Chum Food Village

Assalamualaikum.....

So, minggu nie bermula lah pula episod penceritaan tentang journey ke Pantai Timur sempena birthday Adam yang lepas. Malam tu juga, lepas hubby habis kerja, kami terus gerak ke Kelantan. Ha, memang kami terus meredah jalan raya. Tapi, macam biasalah...tidur tengah jalan. Tak ingatlah tidur kat mana. Rasanya tidur di Besut. Hahahahaha.

Esoknya, hubby drive ke Rantau Panjang. Konon nak menyeberang ke Munduk, tapi sayangnya keadaan agak merbahaya. So, tentera Malaysia tak benarkan kita menyeberang. Last2, kami shopping sikit di Pengkalan Kubor, beli jersey untuk Adam dan seluar untuk dia main bola. Sehingga petang kami di situ. Lepas tu baru gerak ke Kota Bharu.

Cari2 hotel, Renaissance pula dah penuh. Yang lain2 macam tak berapa nak berkenan. Hotel bajet kesukaan kami, Hotel Harmoni pun penuh. Last2, round Tesco KB, ada hotel bajet di lot kedai betul2 di sebelah Tesco. One Station Hotel namanya.  Wah, cantik. Seronok kami. Murah pula tu. Janji dapat tidur dan mandi dengan selesa jer.

Lepas Maghrib, kami terus keluar untuk bawa Adam ke Food Village di Jalan Pengkalan Chepa. Adam tak pernah makan chim chum. Itulah kami bawa dia. Syukurlah masa kami tiba masih banyak meja kosong.

Buffet chim chum nie memang berbaloi. Rasanya dan kaedahnya memang menyelerakan. Sebab tu lah kami bawa Adam.

Bakar di tengah2, kelilingnya air rebusan. Yang tak bestnya, tak leh letak banyak2 untuk bakar sebab dia melurut jatuh. Aduhh... Kita suka yang bakar2 lagi daripada rebus.

Tengoklah kami ambil macam2. Hubby dan Adam yang excited ambik. Kita hanya ambil daging yang diperap dengan rempah jer. Sedappp. Selain tu, kita makan laksa siamnya...aduhai..sedap sungguh.


Nampak tak Adam dengan muka happy? Ha, senang jer nak bagi dia happy. Apa saja food sedap, dimakan dengan chopstick...sengih lebar lah dia. 

Sos merah tu, memang sedap. Kick betul. Sangat padan dengan bahan grill dan rebus tu. Menyelerakan.

Antara desert yang ada. Yang hijau tu air koktail rasanya. Yang kuning cair tu bubur macam isi agar2. Sedappppp sangat. Lemak2 manis sikit rasanya. Nasib baik dah kenyang. Setiap mangkuk tu kami kongsi bertiga. 


All in all, food Village nie adalah tempat wajib untuk dinner kalau kami ke Kota Bharu, In Sha Allah...

Berbaloi tauuu


.

36 ulasan:

  1. teringin nsk rasa chim chum ni:)

    BalasPadam
  2. akak pun tak pernah cuba cim cum ni, nampak seronok betul Adam tu ya..

    BalasPadam
  3. harus kene cuba klu petgi KB mkn kat sini...
    Baca citer ni pun dh rasa kesedapanya tuu...

    BalasPadam
  4. tu dia buatkan terkenang2jer .. makanan yang lain dari yang lain.. jauhler pulak nak pergi...

    BalasPadam
  5. Bila dah tahu sedap memang akan dituju setiap kali tiba di tempat yg sama Ziela..

    BalasPadam
  6. macam kombinasi grill dengan stimbot nampaknya.. first time dengar..

    BalasPadam
  7. amboii sampai tak ingat kat mana tempat tidur? hahaha...punya la syok berjalan ya!

    lainkali nak pi cari la chim chum tu, pertama kali dengar...tapi tengok gambar bergetar pulak selera...

    BalasPadam
  8. kt KB makanan nya memang sedap2 ..
    masa cuti bulan june lps,
    kami sampai juga ke Besut dan Rantau Panjang .. sume anak2 suka makanan Kelantan

    BalasPadam
  9. wow!! nampak sedapnyeeee....takpenah tau pun mknn nie..lain dari yg lain kan....dugaan betul lieya yg puase ni tgk hah ekekekkeek

    BalasPadam
  10. suka tgk muka adam seronok..akak org kelate pn xpernah smpai restaurant nie.....huhuhu...

    BalasPadam
  11. hotel kat tesco tu saya pernah duduk, sangat selesa dan bersih hehehehhehe
    chim chum tak pernah lak try, kena cari la kalau ke sana kan

    BalasPadam
  12. kak Aziela..share lagi tempat makan best kat kota bahru ye..nak terjah bulan sept ni..TQ :)

    BalasPadam
  13. Gigih saya baca dan hafal tempat2 yg Aziela rekomen.
    Hujung tahun ni cadang nak ke Kelantan.
    InsyaAllah sampai jika tiada aral.

    BalasPadam
  14. boleh geng dengan dak kakak ni.. kalau nak dibandingkan dengan dak Adik.. dak Kakak memang kuat makan.. hehehe.. ;)

    BalasPadam
  15. wah yang ni lagilah saya tak pernah rasa dan tak pernah tahu kewujudannya hehehe...... Adam sangat seronok dapat jalan2 kan sempena hari lahir dia hehe....

    BalasPadam
  16. @Seri Kandi Tanah Jauhar Nanti boleh masuk senarai yer kak. Adam memang seronok masa nie.

    BalasPadam
  17. @ainnoraini Lepas nie akak boleh travel ke KB pula yer kak.

    BalasPadam
  18. @Cho Zila Kalau sambil2 ronda dengan anak2, tak terasa jauhnya kot...hehehehe

    BalasPadam
  19. @Kakzakie Kadang2 cuba2 juga terjah tempat lain..untuk meluaskan pengalaman.

    BalasPadam
  20. @Rai Ourkizuna Kalau ikutkan, kat sini pun dah ramai yang buat Rai. Kalau pergi Sungai Buluh, ada a few restoran yang buat macam nie, tapi chim chum nie tetap sedap lagi.

    BalasPadam
  21. @Queenie Ala...setakat Q, mesti pejam mata jer Q buat sendiri kan... Sekali sekala cuti masak, bolehlah terjah sini yer Q.

    BalasPadam
  22. @aby Basically sebab masakan Kelantan nie dah merantau ke seluruh negara. Mudah nak diterima kan.

    BalasPadam
  23. @lieyalatif Lieya, nanti bawak family jalan2 sini yer...

    BalasPadam
  24. @NzA Biasanya macam tu kak. Bila balik kg, kita mesti nak makan masakan rumah puas2 kan.

    BalasPadam
  25. @elly nadyra Yer...betul kan Elly. Selesa. Next time, terjah chim chum tau.

    BalasPadam
  26. @Lynda Che Lah Search dalam blog akak nie. Insya Allah ada lagi kot..hehehehe.

    BalasPadam
  27. @zouldahan Notekan dalam smartfon Doc jer. Tak yah hafal, Doc. Pening nanti..hehehehe

    BalasPadam
  28. @aizamia3 Kann....seronok pulak tengok diorang berselera.

    BalasPadam
  29. @Azham Vsvc Yang dia seronoknya sebab spent time dengan kami.

    BalasPadam
  30. Terima kasih Puan Aziela kerana mengunjungi restaurant kami dan memberi maklum balas yang baik.Kami warga food village sentiasa memastikan kepuasan pelanggan kami dan sebarang maklum balas amat kami hargai.Terima Kasih

    BalasPadam
  31. @Food Village Restaurant Sama2. Tak sangka sudi singgah blog saya. Saya hanya kongsikan kebenaran sahaja dan ini bukan kali pertama saya ke Chim Chum.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com