Assalamualaikum.....
Terkejut kami menerima berita tentang musibah yang melanda jiran sepagar blog kita iaitu Intan Akma.
Beliau menerima panggilan daripada suaminya pada petang hari Isnin sewaktu dalam perjalanan menuju ke keretanya di kawasan parking pejabat. Rumahnya di rompak. Allah... Terus beliau bergegas pulang. Semalam, beliau terpaksa bercuti untuk menyelesaikan urusan laporan polis dan sebagainya. Namun, syukurlah rumahnya kosong ketika itu. Tiada kecederaan dan nyawa yang terlibat.
Entry beliau tentang dugaan itu DI SINI.
Sama2lah kita mendoakan agar beliau sekeluarga bersabar dan tabah menempuhinya. Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama mereka. Amiin.
Dan semalam pagi juga, kita menerima berita tentang pemergian ayahanda seorang rakan pejabat juga ke Rahmatullah. Ceritanya, beberapa minggu sebelum ini, bapanya sakit2 dan dihantar ke hospital. Secara tiba2, doktor kata bapanya menghidap kanser buah pinggang yang telah tiba di peringkat ke-4. Peringkat terakhir dan tak boleh diselamatkan lagi. Maka benarlah, selang beberapa minggu, bapa beliau di jemput Ilahi.
Al-Fatihah.
.
moga mereka tabah dalam menghadapi dugaan itu.
BalasPadamkakain pun pernah terima dugaan rumah masuk pencuri..bersepah2 rumah dikerjakanye...nak carik barang berharga la tuu...
BalasPadamsabar je laa...
alfatihah buat aruah...semoga ditempatkana golongan org yg beriman..
Alfatihah....semoga mereka tabah dan sabar melalui dugaan Allah ini.
BalasPadamInnalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. uhhuU
BalasPadaminnalillah.. semoga mereka tabah..
BalasPadamsalam kz ..
BalasPadamdalam melalui perjalanan hidup ni memang kita tk lari dari ujian nya ..
semoga banyak sabar utk yg ditimpa musibah tu ..
alfathihah utk arwah yg kembali kpdNya .. semoga rohnya ditempatkan bersama roh2 yg soleh
Terima kasih semua....
BalasPadamEh, Kang aby. KZ tu siapa? hihihihihihi
Allah menurunkan dugaan kepada hambanya kerana dia tahu kita mampu menerimanya dengan redha dan dengan hati terbuka..insyaallah ada hikmah disebalik kejadian. Yang penting banyakkan sabar dan bertawakal padanya (peringatan untuk diri saya sendiri juga)...
BalasPadamAl-Fatihah....semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman...
BalasPadamDan semoga kawan akak yang telah mengalami rompakan tabah menghadapi dugaan. Yang penting tak ada kehilangan nyawa atau membawa kecederaan...