Selasa, 27 Ogos 2013

Tok Aman Bali Resort : Kami Akan Kembali

Assalamualaikum.....


Lepas makan megi ketam, kami menyusur lagi jalan. Tiba2.......



kami nampak satu resort yang nampak cantik dan tenang di tepi laut. Mak oii...cantiknya scenery dia especially pada waktu petang yang redup tu. Hubby ajak masuk dan round. Bila masuk, hubby  mula tertarik. Kebetulan, Adam pun memang tak sihat. So, kami cuba2 nasib tanya reception ada kosong tak. Alhamdulillah, ada rezeki kami. Antara bilik2 kosong terakhir lah kiranya.

Nama resort nie rupa2nya ialah Tok Aman Bali Resort.




Ada satu king size bed dan sofa cleopatra tu. Sangat selesa.

Toilet di pisahkan dengan sekeping cermin. Nasib baik boleh tutup...hahahaha

Paling menarik, ada balkoni luar. Terus nampak air laut...aduhaii. Melting away through the beautiful scenery. 

Hubby dah teruja nampak air laut tu

Tembok dinding tinggi. Jangan risau...orang sebelah tak kacau punya.

Lepas berehat, kami nak cari dinner. Kebetulan la pula hujan selebat2nya. Tak larat dah nak merayau lagi. Lagipun, takut Adam lebih teruk demamnya. So, kami pilih untuk dinner di situ jer.


Join buffet dinner. Ada satu group besar dinner juga. Tapi entah kenapa tengah2 makan, datang sorang staff nie kata kita bukan included dalam group tu, so kena bayar. Ishhh...gila merah padam kita menahan marah. Sebab sebelum tu dah tanya di kaunter, nak bayar terus, atau diorang charge dalam bilik. Kaunter kata charge dalam bilik. Masuk jer makan kata budak tu. Spoil betul bila staff yang nie tak siasat..dah buat kami macam curi2 makan kat situ pulak. Grrrrrrr.... Kita komplin kat Supervisornya. The rest, kami tak nak tahu apa jadi pada staff yang tak ada manner tu!

Tapi, hati kami terubat dengan butter prawn nie. Aduhai...freshhh sangat. Sedapp sangat rasanya. Bukan tu jer, hidangan lauk pauk yang lain pun semuanya sedap2 belaka. Berbaloilah rasanya dok lepak kat situ jer malam tu.

Paling tak boleh tahan ialah bubur jagungnya. Manis jagung segar tu memang sedapppp sangat. Banyak kali repeat juga, sampai kering belanga bubur tu kami kerjakan.


Esoknya, kami gerak awal sebab risau Adam akan lebih teruk demam. Lebih baik balik Kuantan terus. Kalau ada apa2, senang sebab dah ada di rumah.

Tapi, Alhamdulillah. Lepas papanya bawa masuk berendam dalam swimming pool, Adam tidur nyenyak dalam kereta. Lamaaaa... Berjam2 lamanya. Kami kejutkan dia bangun untuk lunch. Dia bangunlah juga... makan dan makan ubat.

Tapi, Tok Bali Resort ni, hubby promised nak datang lagi. Sekejap sangat lepak situ. Tak sempat cycling, tak sempat fishing. Next time akan utilize sepenuhnya.

.

24 ulasan:

  1. Wah... macam best je tempat ni.

    Berbaloi dengan harga agaknya, kan? :)

    BalasPadam
  2. menarik...kalau ada pergi area sana boleh la bermalam kat situ...

    BalasPadam
  3. dah dekat sangat ni ngan rumah mak mertua saya.. tapi tah bila kami nak pegi..hahaha..

    BalasPadam
  4. salam... maaf tak sempat nk email. Bz sangat minggu lepas. dengan kenduri kendara bagai. sedara mara datang ke rumah nye. hehehe..

    BalasPadam
  5. ish siot jek kan kak...mmg patut akak komplen...takde manner betul...jatuh air muke customer kalo gitu....ye la dah mcm kite seludup makan sekali plak....

    BalasPadam
  6. Aziela, bestnya...and you describe pulak in such a way buat I rasa macam nk pi sana la ni juga...

    BalasPadam
  7. Ya Allah...seronoknya bercuti! Tak pernah singgah resort tu tapi selalu nampak kalau jalan-jalan area Tok Bali hehe....

    Kesian Adam seronok sampai demam ye? hehe....alhamdulillah seronok tengok akak dapat spend time dgn family...

    BalasPadam
  8. mmmm...saya macam tertarik nak pegi sebab makannya sedap. hahaha!!!

    BalasPadam
  9. assalam aziela..cantiknya resort tu..dimana tu ziela..

    BalasPadam
  10. @Kakcik Harga macam standard kak...tapi ada banyak additional value. So, berbaloilah saya rasa.

    BalasPadam
  11. @:: Mrs.Eady :: Sepatutnya best, tapi sekejap sangat.

    BalasPadam
  12. @Rai Ourkizuna Kalau dah dekat tu, memang takkan stay hotellah kan. macam akak ler. Rumah mak kat PD, takkan nak jelajah hotel2 situ pulak. Hahahahah

    BalasPadam
  13. @Qashmere Jarang dapat bersama, tu yang kami selalu jalan2 tu.

    BalasPadam
  14. @nea lopah Takper...akak dah agak. Awak mesti sibuk..heeheheh

    BalasPadam
  15. @lieyalatif Akak basuh supervisor dia cukup2. Kalau staff tak boleh kerja, tak cukup pergi training, jangan bagi handle customer. Hahahahahha. Garang kan.

    BalasPadam
  16. @IndaMarya IM, I describe in a very simple way due to time limitation. So, sebenarnya, lebih best la especially for relaxation.

    BalasPadam
  17. @Azham Vsvc Seronok dik.... Nanti dah jadi cikgu, boleh holiday kat sini yer...

    BalasPadam
  18. @gadisBunga™ Makanan sedapp..hahahahahha. Nak tembak2 pun cantik tau kat sini...hehehehhe

    BalasPadam
  19. @Acik Erna As salam Acik. Kat Tok Bali, Kelantan. Dekat2 dengan Besut dah Acik...

    BalasPadam
  20. wah.. nampak menarik tempatnya kak.. tetiba rasa nak join bawak dak Nuha.. hehehe..

    BalasPadam
  21. As salam..nak tanya itu bilik deluxe ke..family ye.. cadang nak ke sana buat family day

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com