Ok, nak tambah kesesakan nafas pembaca sekalian selepas menjamu mata dengan gambar2 semalam. Jadinya, perjalanan Birthday Adam terpaksalah di tunda sekejap yer...
Sabtu yang lepas, 17hb Ogos 2013, sementelah ada di Kuantan, kita dengan hubby bercadang untuk terjah open house Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak. Majlis tu kan di adakan di Pekan, Pahang. Tak jauh dari rumah kami pun.
Tujuan utama kita pergi bukanlah nak makan2 sangat, tapi nak cuba merasa kemeriahan tu. Memang tak pernah seumur hidup pergi open house menteri nie, kecuali MB N9 masa kita kecik2 dulu. Itupun sebab di ajak oleh pakcik makcik yang aktif masa tu dan rumah MB tu pun selang beberapa lorong jer dari rumah kami.
Tujuan sebenar ialah nak cari bahan berita untuk pembaca My Rainbow. Hahahahha. Dah jadi macam reporter bergaji pula yer. Lagipun, memang nak cari pengalaman sendiri dan mentelaah perangai masyarakat Malaysia.
Majlis sepatutnya bermula jam 10.00 pagi. Tapi, disebabkan tak nak ambil gambar dalam keadaan sesak dan huru hara, kami terjah awal. Awal setengah jam jer pun. Syukur dapat parking kereta dekat dengan pintu masuk.
Tapi, masa kami tiba, rupa2nya dah penuh dengan tetamu. Dah sesak dah. Wah, diorang nie datang pukul berapa?
Banner rasmi. Di sini adalah pusat pembahagian air mineral secara percuma. Penuh berkhemah2 dengan kotak2 menggunung. Kalau ada yang jenis 'kaki sapu' tu memang puaslah 'borong' air free nie.
Khemas khas untuk rakyat jelata yang tiada kad jemputan rasmi. Ada 2 khemah macam nie. Masa nie masih banyak kerusi kosong. Tapi kita dengan hubby round2 melawat kawasan dulu.
Tepat jam 10 pagi, dah tak ada sebiji pun kerusi yang kosong, sehinggakan sangat ramai yang terpaksa berdiri saja sambil menunggu jamuan di mulakan. Giler punya menyesal sebab tak secure kerusi siap2.
Anyway, antara hidangannya :
ABC yang kami tak sentuh pun
Nasi minyak yang boleh tahan sedap mengikut kata hubby
Ini, kita yang ambil. Boleh tahan sedap, tapi sedap Akob Ikan Patin lagi.
Pulut panggang dan bihun goreng yang kami tak sentuh juga pun.
Roti boom yang nampak menarik, tapi tak ambil juga.
Air yang belum dibancuh, pun kami tak ambil. So, tak tahu mereka bancuh air apa.
Kambing panggang yang jadi tumpuan.
Mula menghiris dagingnya untuk diagihkan.
Abang nie mencincang kambing dengan cekap sekali.
Adik2 sporting kuay tiaw goreng yang kita ajak berposing.
Mee gorenglah stok paling banyak
"Chef, dari mana?" kita tanya
"Dari Shah Alam" kata chef tu.
Mee goreng, kuay tiaw goreng, nasi goreng.
Masih menunggu kaunter makanan beroperasi
Hubby di sebelah stall kambing. Kambing masih di panggang.
Dan akhirnya, kita dengan hubby membuka selera dengan kuay tiaw goreng adik sporting dan kambing serta sosnya.
Di stall kambing nie, kami lihat dengan terperanjatnya rakyat Malaysia yang SANGAT GELOJOH! Bertolak2...berhimpit2, rampas merampas. Hanya kerana kambing panggang. Astaghfirullah! Hubby memang dari awal dah beratur mengikut barisan, tapi sebaik sahaja mula beroperasi, entah dari mana datangnya orang yang menyerbu, tak kira barisan. Hinggakan abang yang sedang mencincang daging kambing tu naik seram. Sebab, sedang dia cincang, boleh pula selamba ada orang2 nie yang cekup daging yang baru terlerai dari mata pisau tu. Sampaikan dia terpaksa berhenti mencincang sebab takut tercincang tangan manusia. Allah hai...macam tu punya gelojoh. Kami pula dah terperangkap sebab dah beratur kan. Tapi sebab beratur, hubby dapat juga bahagiannya. Ada yang main cekup tu, ambil sampai 2 pinggan membumbung tinggi... aduhaiii. ada yang muka tak malu, nak ambil seketul besar paha kambing, tapi di arahkan letak semula. Ya Allah...sungguh memalukan sikap sebegini.
Sebenarnya kami dah biasa makan kambing nie, sebab ini adalah tokey yang sama di Taman Sepakat Kuantan tu. So, kami sekadar ambil merasa jer. Memang rasanya constant. Ternyata mereka bukan buat sambil lewa walaupun dihidang pada rakyat jelata.
Cumanya, next time mereka kena ada sistem yang lebih bagus. Jangan cincang depan orang ramai. Kena ada a few pembantu yang dah siapkan macam kuay tiaw tu dan hulurkan portion tu satu untuk setiap orang saja. Mungkin ini pengalaman pertama mereka.
Ramai yang terpaksa makan dan minum sambil berdiri jer.
Untuk keluarga besar, mereka bersila atas jalan tar sahaja.
Lihatlah khemah yang penuh dengan perkelahan ini.
Ini tak tahulah round ke berapa chef tu masak.
Kaunter Nasi Beriyani
All in all, food memang sedap2 semuanya. Kita hanya makan kuay tiaw, kambing sehiris sebab yang lain tu hubby yang makan dan sedikit nasi putih saja. Hubby makan kuay tiaw, kambing, nasi minyak dan nasi beriyani. Nasi beriyani memang sedap sangattt. Daging masak hitamnya sangat lembut dan sedap. Nasinya pun super sedap. Setnya siap buah tembikai dan air sirap. Sangat kemas, teratur dan sistematik. Sangat patut di contohi... Tengok gambar kat atas nie pun dah tahu kan. Siap pakai head cover tau server diorang.
Walaubagaimanapun, tidak bertepatanlah dengan slogan yang selalu dilaung2kan oleh pemimpin Malaysia nie. Pemimpin berjiwa rakyat. Berjiwa rakyat apa nya lah kan kalau tempat makan di asingkan, di kawal agar rakyat melarat tak mendekati pun. Menu pun berbeza... Rakyat hanya pandang sambil terkilan. Bukanlah hadapkan makanan dan menu tu, tapi kenapalah ada double standard? Sepatutnya apa yang rakyat makan, itu yang diorang kena makan sama. Apa yang masuk perut diorang patut sama masuk ke perut rakyat. Itu belum ungkit yang lain2 lagi kan. Bab tu, biar politik yang berbicara.
Antara yang sempat kita capture, menu tambahan ialah putu piring. Yeap, pasar malam pun banyak, bhai. Tapi, apa motif tayang kat sini khas untuk VVIP saja?
Kebab...panggang, bakar kat situ, tapi untuk orang atasan. Siapa yang wujudkan sempadan dan jurang? Tak heran kan... Jalan TAR punya lagi sedap kan... Tapi, double standard tu tak der kat Jalan TAR yer.
Ada sate yang di bakar terang2an, tapi rupanya untuk orang besar2 jer.
Apa pun, seronok giler bergambar dengan motor cip yang baru nie. Honda. Sangattttttt hensem dan gagah perkasa motor nie. Haip...kita minta permission tau. Adik polis tu senyum lebar sambil mempersilakan kita bergambar dengan motor dia. Siap bagi suggestion nak bergambar posisi apa. Seganlah nak tunjuk gambar lain tu..hahahahhaah.
Ketibaan tuan rumah yang di tunggu. Kita sambut kat pintu depan jer lah. Dia dah sampai, kami pun bergerak dari situ. Tak sempat tunggu agihan cenderahati pun. Tak sanggup berpanas dah.
Dalam perjalanan menuju ke kereta, rupa2nya ramaiii lagi keluarga yang berkelah. Ada yang baru sampai, sambil membawa gulungan tikar. Ooooo.... ini mesti dah ada pengalaman nie. Seronok agaknya santai berkelah, bawa tikar sendiri dan makan minum di sini ekk...
Belum sempat kita capai pintu kereta, tiba2......
pssst : macam biasa, sambung esok.....
fuhhh mmg seratus markah 10 bintang lieya bagi kak!!! sampai ke dapur2 org menggoreng mee akak amik gambar...serius mmg terbaik!!
BalasPadamlieya takpenah pegi majlis open house besar2 gini...so bile tgk pic akak yglengkap ni baru nampak gambaran sebenarnye....
kak malu bace tang berebut2 tu...mcm kebulur sgt plak kan kak...kalo ade pelancong luar mesti dieorg bagi pandangan negatif tgk sikap mcm tu.....
wahh syok la dpt pegi.. deqla hari tu pegi ke jamuan hari raya mof je.. ada nmpk PM kite ni dtg..jelas nmpk muka dia.. putih plak tgk kulitnya.. hihi..
BalasPadamKesiankan orang yang reti beratur tu? Nampaknya lama lagilah nak nampak semua orang Malaysia ni bertamadun.
BalasPadamkami awal2 memang surrender bab2 pegi open house orang besar besar ni.. dah boleh agak senarionya.. lagi pun kami anak kecik kecik..
BalasPadambagus akak jadi reporter cerita pasal suasana kat sana. kalau kat berita tunjuk yg manis manis. komen yang sedap sedap je kan.. hehe..
setuju ngan akak.. sepatutnya kalau nama majlis beramah mesra dengan rakyat patutnya inilah masa nak makan sama2.. agaknya pak menteri takut makanan tak cukup utk diorang kot. sbb ramai berebut2.. sebab tu buat separate booth utk depa..
tak pernah try lagi hadir open house cenggini.. jangan kata anak2, saya sendiri pun rimas bersesak2 mcm tu..
BalasPadamDi mana hilangnya sopan santun tu hanya kerana makanan yang dihidang..?
Malu rasanya.. :(
Lepas tu sepatutnya apa yang RAKYAT JELATA makan itulah sepatutnya GOLONGAN ATASAN MAKAN. Memang rasa dianaktirikan macam tu :(
psstt: emelkan je entry ni kat pengurusan atasan dorang, biar dorang buat post mortem tengok apa kata dorang.. ;)
Saya ni pun tak pernah hadir majlis openhouse menteri2 ni..emmm empunya blog ni dah buat openhouse ke??..
BalasPadamwah ni dh boleh jadi wartawan amatur....mmg detail laporan dr sana...kat paper pn tak de tau aziela......seronok pulak tgk pic n baca sbb lebih senang nk faham......
BalasPadamBoleh tahan jugak menu2 dia. Semua menyelerakan!!!
BalasPadamBoleh tahan jugak menu2 dia. Semua menyelerakan!!!
BalasPadamseronok kakain bacanya tau...sebab tak ada pengalaman pergi open house rmh menteri2 nii kann...
BalasPadamCepat sikit buat n3 sambungannya tu..,
salam aziela ..
BalasPadamkt masjid pun klu ada jamuan makan..
nazir, ajk dan penceramah jemputan, tempat asing, tk campur dgn jamaah ..
tu blm parking lot nya lg ..utk nazir ada parking lot nya sendiri ..
gitu juga dalam kita berdoa ..
ada khas utk anbiyak, muqorobbin, syuhadah, solihin dan sebagainya ..
jdnya ..
tk janggal la klu ada tempat khas utk depa tu ..
dikhuwatiri .. klu tk de tempat utk VIP ni .. mcm koman plak depa tu ..
apapun entri yg bagus ..
pasti seronok PM tengok hadirin yg ramai tu
salam Aziela, mcm2 hidangan na? saya skali pun tk prnah ada pengalaman makan di rumah trbuka org besaq2 ni.maklum dh berumuq ni tk larat nak pi.
BalasPadampasai double standard tu.geram juga saya baca.kalau nk buat sgt panggil la geng atasan tu mai malam.ni bagi rkyat tengok..kesian kan? eleh kita pun mampu kan ? setakat nk makan kat hotel sekali sekala .
Yes I hate to see bnda mcm ni berlaku.you know wat Aziela, ada satu family org besaq2 kat rumah saya dulu, (dulu2 mana catering semua)dia buat mjlis kawin anak dia dua bahagian mcm tu la.yg utk org atas siap ada arak lagi. makan bbq lagi.org kampung n jiran mkan biasa saja.last2 org kampung boikot.periuk besaq2 sapa pun tk mau basuh.busuk berulat.last2 trpaksa upah Indians mana tah basuh.serve him right.
@lieyalatif Cuba2 jer Lieya. Mood tengah ada. Bukan setakat malu Lieya, menyeramkan. Macam zombie berebut otak manusia dah kekdahnya.
BalasPadam@Deqla Manjew Seronoklah juga. Tapi tak berapa enjoy sebab kejutan budaya. next year akak pulang usung tikar..baru boleh ambik gambar lebih banyak..hahahaha
BalasPadam@Pizli Mat Wazip Akak memang betul2 terperanjat. Memang lama lagi nak tunggu rakyat Malaysia bertamadun
BalasPadam@Rai Ourkizuna Bukan setakat separate both, Rai. Menu pun siap berbeza. Mereka punya makanan lebih banyak options dan lebih special lagi. Kot yer pun, coverlah sikit dari pandangan rakyat kan...
BalasPadam@aizamia3 Agak2nya kalau akak e-mailkan nie dengan sengaja, diorang akan cari hal tak dengan akak? Senang2 jer akak kena cantas nanti Ina...hahahahahha
BalasPadam@Abil Fikri Ahmad Aduhai abang...saya memang open rumah bila ada tetamu. Tak mampu masa nak buat sekali harung. Lagipun, kami baru lagi disini. Belum ramai kawan. Takut buat nanti, tak ada yang sudi datang.
BalasPadam@NzA Terima kasih kak. Itupun saya rasa tak detail lagi. Ada lagi yang saya abaikan.
BalasPadamApa yg buat kakak tak pernah merasa rumah terbuka org besar inilah Aziela, tak tahan sesak macam itu..
BalasPadam@Qashmere Menu memang best dik....hehehehehhe
BalasPadam@ainnoraini Sambungannya, tak semeriah yang nie, Kak Ain..hehehehehe
BalasPadam@aby Tempat duduk asing tu, saya boleh faham kang.. Ini makanan lebih special dan ditayangkan depan rakyat yang tak dapat menu macam tu. Saya sedih.
BalasPadamDouble standard kat mana pun ada... kat opis pun ada..
BalasPadammacam kat opis kami ni... lif pun ada lif khas untuk VIP.. kita tak boleh naik..
boleh nak hidang makanan berlainan, tapi kena berlainan masa dan tempat la kan....
terliur ngan kambing golek jer... nasi beriyani?? ceritanya membuat saya teraju, tak sabar tunggu smbungan esok..
BalasPadambegitulah keadaan setiap kali open house pm... sy ni mmg bertugas kt situ..penyambut tetamu..thn ni vip... tp beserlah..rakyat jealta akan berhimpit dan berebut2 tau,,mcm budak2kan
BalasPadambegitu melimpah makanan
BalasPadamsemua tampak sedap dimakan
@makchaq Sangattt setuju dengan makchaq
BalasPadam@Seri Kandi Tanah Jauhar Kambing tu memang bergolek sakan kak...hahahaha
BalasPadam@Lin Azlina Macam berperang pun ada.
BalasPadam@Pantun Cinta Wah, dalam komen pun berpantun 2 kerat yer... nice..
BalasPadam