Hari ni kita agak sibuk sebab adik2 nak datang rumah dan beraya. Tidur rumah kita 1 malam. Mesti happening. Sementara tu kita nak bercerita sedikit tentang destinasi perkelahan penduduk sekitar di Kuantan. Kami suami isteri memang tak tahu pasal tempat nie. Tapi kilang hubby ada organize family day kat sini. Family day sempoi dan santai. Bukan acara formal tapi sekadar gathering dan company beri sedikit sumbangan untuk memeriahkan suasana. Disamping tu diorang buat juga collection untuk beli bahan2 BBQ. Hubby bayar untuk kami berdua sebab Adam tak ada.
Sungai Lembing ni, bolehlah search tentang sejarahnya.
Disebabkan Adam tak ada, maka kami pun tak adalah bersiap bagai. Mereka yang lain, bawa makanan sendiri dari rumah. Macam perkelahan keluarga, tapi secara berjemaah dengan rakan2 sekerja. Adalah sedikit BBQ. Orang lain, siap bawa khemah, tikar, bantal, persalinan mandi manda semua ada. Mula2 kita segan nak pergi sebab tak kenal sesiapa. Tapi hubby kata pergi kejap jer sebab hubby dah bayar. Ermm..bolehlah kalau nak kenal2 kan.
Kami tiba awal pagi. AJK baru nak pasang khemah.
Rupa2nya, kita boleh parking sampai ke gigi air. Sebenarnya, kami parking di dasar sungai, tapi sebab air tak banyak, sebahagian sungai jer yang ber air.
Syarikat tempah khemah dari orang kampung. So, meja dan khemah dan tempat membakar disediakan.
Khemah kecil didirikan khas untuk golongan wanita salin pakaian. Maklumlah, mana ada tandas kat sini.
Yeap...dah mula ramai
Semua orang parking kereta berderet
Bawa bekalan banyak2. Ini semuanya dasar sungai. Betapa besar dan lebarnya Sg. Lembing nie kan. Disebelah kiri ialah aliran air sungai. Tak dalam sangat. Ada sesetengah lubuk jer yang dalam.
Sesi membakar dah dimulakan.
All in all, bolehlah nak mandi manda kat sini. Tapi tak ada pokok..so panas melenting. Kena ada khemah macam ni kalau nak berkelah. Lagi satu, batunya besar2. Kalau bentang tikar bawah khemah nie, mesti sakit badan nak baring kan. Kena bawak tilam toto kot rasanya...hehehehehehe.
Kami berangan, kalau family datang ramai2, terus order khemah dan makanan katering sekali. Tinggal mandi manda dan makan2 jer dengan family. Tapi, entah bilalah gamaknya tu. Sebab bila fikir2 semula, lebih baik berkelah di kawasan peranginan Panching seperti yang pernah kita cerita di SINI dulu.
.
Aziela, Sg Lembing is always in my mind.becos that was the place where the love of my life lived dulu...We went separate ways akhirnya..I guess these photos bring sad memories..sob sob.
BalasPadamTengok macam sejuuukkkk je tempatnya... bukit2, batu2, sungai....
BalasPadammenariknya kwasan nie.....
BalasPadamTengahari panas, ketiak masam. Heheheee
BalasPadam@IndaMarya Allahu Akbar. Betul ke IM? Sorry to know that... Alhamdulillah, you went through it nicely. You survived and maintain beautiful. It's an experience that deserved to be treasured. Owh, sorry I bring sad memories to you.
BalasPadam@makchaq Sebab masa tu hujan renyai2 dan cuaca mendung. Kalau takkkk...berdenting ting ting lah panasnya Makchaq..hahahahahaha
BalasPadam@NzA Boleh tahanlah kak....
BalasPadam@Anonymous Ooo..nak main sembunyi2 yer? Cuba komen tu guna ID personal... baru glemer..kan sayang kan..?
BalasPadam