Wah, asyik cerita pasal makan jer kan. Okeh..okeh. Hari nie kita semua diet dalam blog My Rainbow nie. Kita cerita tentang aktiviti riadah pula yer.
Bila berdua dengan hubby di Kuantan, kami suka meredah jalan2 kampung dan explore Malaysia. So, pada suatu hari, dengan niat untuk cari lokasi memancing, kami tiba2 terpesong untuk meninjau pusat rekreasi yang kami selalu nampak signboardnya dari jalan besar Gambang tu.
Taman Rekreasi Hutan Lipur Panching.
Ianya terletak di daerah Sungai Lembing. Sebagai permulaan, Sungai Lembing adalah daerah yang terkenal suatu masa dahulu dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Kalau anda berpeluang ke Kuantan, bawalah anak2 yang telah bersekolah ke Muzium Sungai Lembing. Kami pun belum pergi lagi, tapi memang ada perancangan untuk ke situ bersama Adam. Di situ ada pameran tentang proses perlombongan bijih timah dan maklumat2 lain. Selalunya kita baca dalam buku teks jer kan? Mari kita kembali ke zaman itu dan merasakan suasananya.
Kembali ke Panching.....
Kami mulakan perjalanan semata2 berpandukan papan tanda. Alhamdulillah, jelas papan tandanya. Daripada jalan raya, memang anda tak akan nampak kawasan ini kerana ianya jauh ke dalam. Kena lalu kawasan industri batu konkrit juga, kena rentas jambatan dan melalui kawasan hutan simpan kerajaan.
Ada kawasan tempat letak kereta yang luas. Tapi, macam biasa, ada bayaran masuk. Tapi murah. Cuma RM3.00 untuk satu kereta. Daripada kawasan letak kereta ke kawasan rekreasi ni tak jauh nak jalan. Kita membandingkan dengan kawsan air terjun Gunung Ledang di Johor. Kalau di Ledang tu, punyalah jauh nak berjalan kaki masuk ke kawasan air terjunnya. Maklumlah, kalau nak berkelah, semua barang nak kena angkut. Tikarlah, periuk nasilah, bakul ayam daging lah, air minum lagi berbotol2 besar. Pergh...memang membakar kalori sungguhlah.
Tapi di Panching nie, dekat jer kalau berjalan. Lagipun jalannya mendatar, tak macam di Ledang tu yang kena turun naik tangga. Kiranya kalau nak angkut barang banyak, bawak troli yang tarik ke pasar tu memang mudahlah.
Bila sampai jer ke kawasan air terjunnya, Masya Allah...cantiknya.
Ini kawasan jeramnya. Nampak tak slider yang berwarna biru nun di sana tu? Itu slider untuk kanak2 yer. jangan ada pula bapak orang yang ikut slide sekali. Mak2 biasanya tak buat kerja2 sliding nie..hehehehehe. Dan di kawasan slider tu macam ada kepungan sedikit. Maknanya selamat untuk kanak2. Senang cerita, ala2 children pool la kan. Dan kawasan dia pun tak dalam. Setakat tinggi lutut kanak2 jer.
Kawasan tebing sana dan tebing sini. Berpasir, so kalau mandi mesti tak rasa sakit kaki pijak batu kan...
Lagi pemandangannya. Bersihhh sangat kan. Airnya nampak macam keruh, tapi bersih sebenarnya. Itu adalah warna pasir dasar sungai tu. Tak dalam juga. Masa nie dah lama tak hujan, so airnya macam tenaang jer mengalir. Adalah a few families yang dok berkelah di bawah2 pokok yang redup di sepanjang tebing sungai ni. Siap membakar2 lagi. Dan, paling best, kawasan nie tak lah sesak macam kawasan air terjun yang lain. Di ledang tu, nak bentang tikar pun pening nak cari tempat.
Kemudahan asas yang disediakan pun lengkap. Dalam gambar di atas ialah suraunya yang bersih dan terjaga. Memang selesa. Selain dariapda tu, ada satu gerai kecil yang jual kuih muih dan air2. Nyaman jer kami minum2 kat situ. Tandasnya pun bersih. Tak perlu bayar sebab dah termasuk harga tiket masuk. Tandasnya bersihhhh, air pun sejuk. Segar sungguh.
Selain daripada tu, ada satu padang yang luas. Kadang2 ada pihak yang nak buat family day, sukaneka dan juga camping. Ada juga macam kawasan pondok2 yang berbumbung. Jadi kalau tiba2 hujan, tak perlu berhimpit2 dalam satu pondok. Pilih jer pondok yang mana.
Kalau nak camping, kena dapatkanlah kebenaran daripada Jabatan Hutan di situ.
Next time kalau ada masa, Insya Allah kami akan bawa Adam berkelah di sini.
Anda semua tak nak datang sini ke?
.
14 thoughts..
assalm. best pulak mandi cmni..oo..inila sg.lembing ye..1st time tgok
seronok2. lama tak mandi sungai, ni terasa nak balik kampung cepat2 ni ^^
besttu untuk merehatkan minda... dah lama tak pergi tempat cam gini.. damai...
macam best aje tempat ni awak??....
wah menariknya..bestni kalau dpaat pegi
Pen Biru : Banyak lagi yang menariknya di sini tau.
Izudean : Balik kampung cepat...hehehehhe
Cho Zila : Kan kak...
RamRamCute : Much much more better dari Ledang..hehehehe
MV : Alahai. Di Sabah lagiiii cantik kan MV.
nama jer duk kuantan..tk pernah smpai ke sini lagi.
Ledang dah pernah sampai ..
tp sini blm lg ... mana tau satu hari nanti boleh sampai juga ..
nea lopah : Nanti boleh skodeng sini yer
aby : Alahai kang.. Setakat rempit atas ZZR tu, sekejap dah sampai dah.
Catat Ulasan