Salam Jumaat untuk semua. Apa khabar anda semua hari ni? Bagaimana anda memulakan hari Jumaat anda, penghulu segala hari? Baca surah Al-Kahfi ke, atau baca Yaasin ke, atau baca Al-Mathurat ke? Baca Al Rahman pun bagus juga kan.
Anyway, hari ini pasti jalan2 raya akan menjadi sibuk. Maklumlah, esok dah bermula cuti sekolah kan. Cuti sekolah kali ini pendek saja, seminggu saja. Makanya mungkin ada yang merancang memulakan perjalanan malam ini juga, ada juga yang menunggu esok hari. Mungkin ramai juga yang tidak ke mana2 kerana anak2 yang bersekolah ada kelas tambahan, tuisyen dan sebagainya.
Seperti biasa, bila nak cuti, kita cuba tambah koleksi panduan untuk makan2 kan. Di Kuantan lagi hari ni.
Kalau sebut nak makan sate, di Kuantan nie yang paling femes sekali ialah Terminal Satay Zul. Dulu masa mula2 hubby pindah ke Kuantan, kami pernah baca di blog dan forum2 bahawa Satay Zul ni memang sedap. Tapi, puas ronda bandar Kuantan, tak juga jumpa. Tak ada panduan daripada sesiapa lokasi Satay Zul nie masa tu.
Bila hubby dah mula bekerja, barulah kami jumpa. La hai..tepi jalan jer rupanya.
Kalau anda daripada bandar Kuantan, nak pergi ke Telok Cempedak dan melalui Jalan Telok Sisek, anda pasti nampak Terminal Satay Zul nie di sebelah kiri. Premisnya adalah lot kedai 2 tingkat dan ianya adalah corner lot. Jadi, kalau anda berhenti di traffic light yang ada simpang kiri selepas pass by Hotel Vistana, pasti anda berada di sebelah kedai ini.
Hubby sangattt suka sate kambingnya. Memang sedap sebenarnya. Big chunks of meat dan berbaloilah dengan harganya. Presentation ok lah. Pakai pinggan dan mangkuk kaca.
Sate ayamnya agak biasa2 saja, maybe sebab kami bukan penggemar sate ayam. Tapi daging dan kambingnya memang sedap.
Anda juga akan di hidangkan dengan 'sebongkah' nasi impit bersama timun dan bawang. Tak ramai outlet sate yang beri complete set bersama bawang nie. Biasanya timun jer. So, memang puas hatilah sebab mereka mengekalkan set tradisi sate.
Kuah kacang memang sangatttt berbeza dari Hj Samuri tu. Sedap. Pekat dan tak cair. Rasanya rich!
Kalau tak nak makan sate, boleh juga la nak order menu lain. Owh, mereka ada nasi lemak juga...and ada nasi dagang tau. Kellass kan, malam2 makan nasi dagang. Eh, kita belum bagitau ek, kedai nie buka dari petang ke malam jer tau. Kalau nak makan sate buat lunch, orang N9 kata : Ghontikanlahhh (Hentikanlah). Buek abih borehhh yo (Buat habis beras jer = Sia2 jer).
Ada sesiapa yang plan ke Kuantan ker?
.
17 thoughts..
assalamualaikum , bulan lepas saya ke kuantan, tak tau pulak pasal satay ni , cuma yg di pesan makan mee calong dan sotong sumbat...lain kali nak ke sana makan satay pulak kebetulan kawan ada tinggal di Beserah...
Baca surah al jumaah.
Huhu...
Satay kambing ada tk. Lg best klu rasenya ada bau2 kambing. Wong jowo ngomong, mambu perengus ...
Hehe
sedapnye kak..dah lama x mkn sate..huhu
AJ penah makan kat situ sekali....
Alhamdulillah... kenyang...
Memang satay kat situ sedap..... =D
Terasa nak makan satay la pulak hari ni..
selalu lalu je, tak pernah singgah. Berapa harga sebatang?
ermmmm menarik dan tertarik...bila la agaknya nk g kuantan ek...;)
Lama tak singgah blog akak...
Sedapnya makan sate...dah lama sy tak mkn sate
klik2 twisties
saya dah lama betul tak ke Kuantan, walaupun setahun 2-3 kali gi Terengganu..:) Lalu aja LPT, tak masuk singgah Kuantan pun...Igt nak try tgk2 Kuantan la..dan try sate ni
SATEY!!!!!!....huhuhu...feveret akak tu...tgk gambar pn dh telan air liur....nak jugakkkkk!!!!!
assalamualaikum...
sekang wak kat kuantan terminal satay zul ni yee.., ehhee
alamak satey dah lama tak makan
Seiingat saya, time budak2 dulu dalam umur 7-8 tahun dah ada dah sate Zul ni. Memang disitulah kedainya. La ni dah 30 tahun lebih masih kekal disitu. Satenya memang sedap dan sangat femes sejak dulu.
alahai. berbunyi terus perut saya....
Ok...siapa nak join?
Catat Ulasan