Khamis, 28 Mac 2013

Kerja Part Time Masa Belajar : Minah Fast Food pula

Assalamualaikum.....

Lupa pula nak selitkan satu lagi kerja part-time yang kita pernah buat masa study dulu. Ini semua waktu2 kat Matriks la nie.

Masa kat matriks dulu, kita ada sorang kakak angkat. Nama dia Linda and she's Sabahan. Dia sangat independent orangnya. Dan dia adalah seorang saudara baru. Mak kita sayang betul dengan dia. Kita pun sayang dengan dia sebab kita tak pernah ada kakak. So, sangat rapatlah dengan dia. Dia kerja part time kat McD. So, bila dah selalu tengok dia ulang alik, terasa macam nak try juga lah.

Lagipun masa tu, kita cuba nak busykan diri. Konon nak lupakan masalah peribadi yang tak sepatutnya jadi kudis dalam hidup kita. Hahahahhahaha. Jiwa remaja kan. So, ikutlah dia gie outlet dia keje. And diterima dengan senang hatinya oleh pengurusan kat situ.






Tengok uniform nie, dah tau dah kita kerja kat mana kan?

Gilalah gedoboshhh uniform nie. Tudung pun ala2 jer. Kat dalam tu pakai baju lain tu, sebab uniform tak berapa nak tutup sangat.

Kita kerja pun kejap jer. Masa kerja tu, dah nak start bulan puasa. So, sepanjang bulan puasa tu kita memang bekerja. Penat.

Habis kelas, pukul 4.00 petang, lepas tu terus naik bas ke outlet. Sempat solat dan tukar baju, terus duduk kat kaunter.

First stage, kena masak fries. Sesiapa yang baru masuk kerja, kena jadi budak fries dulu. Kalau dah pandai buat fries, ikut order dan tak masin atau tawar, baru boleh pindah ke tempat lain. Kakak angkat kita dapat kitchen. So, dia jadi tukang masak burger. Kita pula, dapat counter. Jadilah front liner. Kalau kerja petang, bulan puasa pulak, makanya pukul 8.30 malam baru habis kerja.

Waktu nak buka, orang beratur panjanggg kat kaunter. Memang macam lipas kudung la kerja. Sampai ke tahap, bila masuk azan untuk buka puasa, kami just mencangkung kat bawah kaunter dan teguk air sejuk segelas untuk buka puasa. Dah habis kerja, baru dapat makan proper.

Tapi, bila habis kerja pukul 8.30 tu, kena rushing kejar bas pula sebab curfew untuk hostel matriks ialah pukul 9.00 malam. Selaluu terlajak. Tapi, nasib baik pakcik guard semua kamceng. Pak guard yang paling student menyampah sebab garang pula dah macam bapak angkat kita. Katanya kalau ada anak lelaki, dia buat kita jadi menantu dia...hahahahahhaha. So, nama cleann jer.

Bila dah selesai solat dan mandi, nak makan memang tak lalu sebab penat sangat. Segala gurger dan fries kita dikendurikan oleh kawan2 kat bilik. Kita cuma makan nasi waktu sahur dan study waktu pagi.

Gambar kat atas tu, di candid oleh kawan2 baik kita di hostel. Ada juga kenangan.....

Tapi, x lama pun kerja sebab dah nak cuti raya. And ayah warning x kasi kerja lagi. Hahahahahaha.

So, dapat kerja sebulan jer. Alhamdulillah, ada juga pengalaman. And, sampai sekarang, kita memang prefer McD daripada fast food yang lain. Dah kerja situ, kita memang hafal procedure dan polisinya. Jangan x tahu, setiap burger yang dah expire (after a few hours di masak) akan di buang dalam bakul sampah.

BUANG!

Ianya untuk mengekalkan kesegaran produk. So, the man behind the counter yang bersusun burger tu bertanggungjawab untuk predict product apa yang akan di beli customer untuk jam ebrikutnya dan sediakan mengikut keperluan. Setiap burger yang dibuang akan men'jahanam'kan prestasi dan KPI beliau.

Kenapa buang?

Sebab kalau tak buang, staff bawa balik rumah, maka nanti senang2 jer buat banyak2 supaya tak laku dan supaya staff boleh bawa balik sewenang2nya. Kalau buang, tak ada siapa yang untung, kan? So, kepastian untuk kesegaran tu memang meyakinkan.


So, untuk sebulan kerja di McD, rasanya berat kita turun mendadak beberapa kg. Kiranya raya tahun tu, kita selim melim laaa...hahahahhaha. Tapi, pahala bulan Ramadhan pun selim melim juga... Maklumlah, bila dah penat, terawih tu macam berattt jer.

Anyway, siapa suka McD? Angkat tangan. Hehehehehhe.







.

15 thoughts..:

Cheetah berkata...

wahh simpan lagi gmbar lama.hehe.keje part time ni kdg2 best n bole gain experience. sypun penah keje part time gak. slpas spm. keje kt kedai bakery.hehe

Pizli Mat Wazip berkata...

Saya suka McD hehe. Tapi tak selalu lah.

Cho Zila berkata...

suka baca pengalaman orang keje part time dengan jayanya... kekuatan yang ada tu memang hebat sessangatler...

Cik Kamoo berkata...

dulu masa study pernah juga part time...tp kena marah ngan ayah, terus benti.,,,ggaggaga

lizz berkata...

saya pun penah kejer kat mcd seminggu jer bertahan...penat...

ummiross berkata...

Waa bestnya ada pengalaman keje masa belajar,pasti seronok bila dikenang2 kembali pengalaman tu kan Aziela.

Zamani Abe berkata...

bestnye pengalamn tu.. hehe

TiranaAduka berkata...

walaupun beruniform sis aziela tetap ayu !

Aziela berkata...

Cheetah : Experience tu yang berharga kan.

Aziela berkata...

Pizli : heheheh..akak suka McD

Aziela berkata...

Cho Zila : Ini namanya redahhh jer kak. hahahahaha

Aziela berkata...

Cik Kamoo : Sama kes la kita nie kan...

Aziela berkata...

lizz : Akak sebulan...hahahahahah.

Aziela berkata...

Zamani : memang best...

Aziela berkata...

TA : TA selalu puji akak...hahahahaha. Walaupun akak tahu tak betul, tapi thank you so much.

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink