Selamat Ulang Tahun Ke-80 Tentera Darat : Perang Di Tanah Port Dickson

19 comments
Assalamualaikum.....

Ok, mari kita sambung.


Acara seterusnya ialah anggota komando menyelamatkan tebusan yang dikurung di dalam bangunan. Kebetulan, bangunan yang didirikan secara 'mock' berada si hadapan posisi kami lepak tu. So, dapatlah lihat dengan jelas sikit.





 Di atas ini adalah 'pentas persembahan' komando. Di sekelilingnya dah di pagar dengan kawad duri untuk mengelakkan dari orang awam termasuk ke kawasan itu. Bahaya sebab ada bom di tanam dalam pasir2 tu.




Ini pula adalah bangunan 'hotel' yang di jadikan prop persembahan. Maka komando bergerak senyap dan pantas dalam menyelamatkan tebusan walaupun tentera pengganas berkawal ketat dan menyerang dari dalam 'hotel'.



Antara kubu buatan yang menempatkan anggota tentera kita. Tak nampak macam ada orang pun dalam tu. Tapi bila riffle mula melepaskan tembakan, baru kami tahu ada tentera kat dalam tu. Siap ada percikan api dari muncung senapang tau. FIRE!



 Helikopter tiba untuk membawa tebusan keluar dari zon bahaya tersebut. Kami semua dihujani dengan pasir pantai yang berterbangan dek kerana kipas helikopter yang hampir dengan kami. Kita dengan hubby berselubung dengan kain alas meja, hehehehehe. Bunyinya? Masya Allah... Betul2 terasa seperti di dalam peperangan.






Helikopeter lalu di atas kepala kami untuk membawa tebusan ke tempat yang selamat. Feeling betul2 rasa macam berada dalam situasi sebenar.

Tak lama kemudian, mereka betul2 memulakan pertempuran yang hebat. Tembakan dilepaskan tidak berhenti2. Baru first time kita dapat dengar bunyi tembakan daripada senapang2 M16, rifle segala jenis. Secara tiba2, datang tembakan dari arah belakang kami. Kira2 2 meter dari tempat duduk kami. Rupa2nya ada sniper dah standby atas pokok di belakang kami untuk menyerang pengganas. Betul2 peluru melayang2 di atas kepala kami. Ngeriiii!

Kemudian, bom meletup merata2 di kawasan pantai. Percikan pasir terhambur ke segenap arah dek kerana letupan-letupan bom tersebut.




Akhir sekali, bangunan hotel itu musnah di bom oleh tentera. Tinggal rangka seperti gambar di atas. Dalam gambar di atas, tentera sedang mengumpulkan tawanan yang dijumpai.

Tak lama kemudian, kami dengar bunyi ambulan bersahut-sahutan. Rupanya2 ada kanak2 yang terkena serpihan. Bukan serpihan bomlah agaknya, tapi mungkin dari papan yang berkecai tu. MUNGKIN...!
Salah bapanya juga. Khabarnya bapanya dukung anak dia terlalu hampir dengan 'pentas persembahan' sehingga melangkaui jauh dari tali penghadang. Degil kan! Konon nak tengok dengan jelas dari jarak dekat, sampai sanggup melanggar arahan keselamatan. Tapi dengarnya hanya setakat cedera ringan. Jadi pengajaran untuk semua kan. Syukurlah nyawa tak melayang.


Selesai pertunjukan itu, kami semua memandang antara satu sama lain sambil ketawa dan tersengih dan tangan menepuk2 dada dek kerana berdebar2 yang amat. Syukurlah itu adalah lakonan. Kalaulah perang yang betul, emosi memang tergolek bawah kaki agaknya.

Barulah tahu betapa kuatnya tentera. Bukan sahaja fizikal, tapi emosi, mental. Semuanya harus berfungsi dengan kuat serentak di medan perang. Bertambah kekaguman kita dengan tentera Malaysia.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

19 thoughts..

Unknown berkata...

wow....... seperti ituka keadaanya ^_^ .

Izwa Kamaruddin berkata...

best nyer kalo dpt tgk sendiri nie...

Kakzakie Purvit berkata...

Baru melihat pertunjukan macam itu masing-masing dah berdebar takut, bayangkan Ziela tentera kita di Lahad Datu...

Tanpa Nama berkata...

seronoknya kalau ada di sana juga, rasa nak merasai jugak pengalaman tu. ^^

Temuk berkata...

Assalam
Lakonan pun menakutkan. Perang kecil di Sabah sekarang ni pun menakutkan. Kalau kita berperang besar dengan mana-mana negara, entah macam manalah perasaan + kehidupan kita. Semoga dijauhkan oleh Allah!

Aziela berkata...

Miz Tia : Menarik kan..?

Aziela berkata...

Mrs Eady : Terasa bertuah juga, Izwa.

Aziela berkata...

Kakzakie : Itulah yang bermain di fikiran kak...

Aziela berkata...

Izudean : Seronok dikkkk

Aziela berkata...

Temuk : Terima kasih sudi bertandang ke sini Pak Temuk. Memang itulah yang difikirkan. Moga kita semua selamat dilindungi Allah.

che mid berkata...

Fuh.. real punya story... terbayang lahad datu!

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela
Menarik..erm.. Paman ta pun comandr..hehehe

zoul dahan™ berkata...

Cerita Aziela teliti betul.
boleh ingat semua sekali.
Hebat2.

Boleh jadi wartawan ni...

Unknown berkata...

bestnye..

Aziela berkata...

che mid : Masa meletop tu memang terbayang Lahad Datu, kak.

Aziela berkata...

Tirana Aduka : Wah, pasti hebat orangnya kan TA...

Aziela berkata...

zouldahan : Doc kata teliti, hubby saya kata meleret. Hehehehehehe. Tapi wartawan tak boleh tulis macam nie Doc. Consider meleret. Tapi kalau tak cerita detail, saya tak puas hati sebab nak pembaca dapat gambaran yang tepat.

Aziela berkata...

nea lopah : Berdebar2.

Unknown berkata...

My God....takutnya kalau kita betul2 dlm situasi peperangan kan?