Bila selesai pengajian di matrik, kita melangkah pula ke main campus. Short formnya, main camp jer kan.
Di main camp ni, kita terus cuba mengaktifkan diri dalam persatuan. Persatuan pertama yang kita join ialah Kelab Penyayang ataupun di panggil Caring Club. Banyak aktiviti kemasyarakatan di buat dalam kelab nie. Semua ahli2nya, tanpa mengira status, latar belakang, kursus, senior atau junior, bersama2 fokus untuk masyarakat. Inilah yang sepatutnya berlaku. Kalau ada program apa2, kadang sampai midnite kami semua masih sibuk dan riuh rendah dalam bilik kelab. Ada yang cat banner, ada meeting, ada yang siapkan handouts, ada yang siapkan equipment, malah ada tukang bancuh kopi lagi.
Salah satu aktiviti yang kita join ialah program motivasi untuk anak-anak Felda terpilih dari seluruh Malaysia. Lebih kurang 100 orang peserta dari serata negara. Khas untuk kecemerlangan mereka.
Kita adalah salah seorang barisan fasilitator.
Antara pelajar yang terlibat
Alhamdulillah, anak2 fasi kita semuanya mendengar kata dan langsung tidak memberikan masalah. Yang pasti, kita sangat gembira bila perubahan mereka sangat jelas dan nyata pada hari terakhir, berbanding pada hari pertama.
Hari terakhir, mereka di kehendaki membuat perbentangan mengenai topik yang telah diberikan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Sebelah malamnya pula kami membuat persembahan sketsa yang mana ianya amat meninggalkan kesan dan keinsafan dalam hati ramai penonton. Alhamdulillah.
Feedback yang pengerusi kelab terima dari pihak Felda kemudiannya sangat memberangsangkan. Rata2 ibu bapa dan guru2 mereka gembira dengan semangat dan komitmen pelajar2 tersebut. Perubahan mereka nyata dan ketara.
Alhamdulillah.
Program ini telah menyuntik semangat dalam diri kita untuk memberikan lebih lagi kepada masyarakat. Kepuasan itulah yang berharga. Di samping tu, perasaan rendah diri yang sentiasa dekat bagaikan bayang2 dengan diri kita masa di sekolah menengah, semuanya hapus. Kita mula menghargai diri sendiri dan mula rasa kita perlu berkongsi apa saja ilmu sekelumit yang kita ada dengan mereka2 yang memerlukan agar Melayu dan Islam lebih teguh di masa akan datang.
Insya Allah, banyak lagi yang akan kita kongsikan. Harap tak ada yang bosan dan muntah membaca pengalaman kita.
.
15 thoughts..
Kenapa gambarnya kabur? :)
Eh same la kak.. dekat U sy pun sy masuk caring club. Buat program dengan rumah anak yatim. :-)
old skool :)
aktif betul Ziela di kampus dulu ya, mesti banyak kenangannya..
main camp tempat terbaik cedok sebanyak-banyak ilmu dan pengalaman.
seronokkan bila imbas balik kenangan lama...terasa muda remaja semula...:)
mana gambar sis aziela yang cun..
alamak tak dapat tgok la...
melepas la pulak...hukhukhuk ( jangan marah erk.......gurau je ni..0 napa gambar kabur sis..?
@Kakcik Nur Saya pun x pasti...ada yg terang, ada yg kabur Kakcik. Kamera lama, macam tu lah...hehehehe
@Amirul Ramli Ha, U mana dik?
@:: Mrs.Eady :: Yeaaap...heheheheh
@Seri Kandi Tanah Jauhar Banyaaaakkkk Kak Sari..hihihi
@iRul
Ada yang lain pendapatnya...
@Zurina Terasa bersemangat semula..hihihihi
@TiranaAduka Kamera tu mcm dah 'wenggg' sikit. Maklumlahh...dah lama. Masa tu memang lainlah dari sekarang kan..
mintak yg bru la tu.hehehe
Catat Ulasan