Ahad, 24 Mac 2013

Cuaca Panas Dan Hamil

Assalamualaikum.....


Sekarang nie kan cuaca panas. Rata2 orang semuanya mengeluh sebab siang malam panas berdentung. Aish, manusia nie memang tak pernah puas hati. Ada jer komplinnya. Kita agak kurang selesa kalau ada yang bersungguh2 mengutuk cuaca. Lupakah ini adalah antara nikmat Allah untuk kita?

Anyway, adik bongsu kita yang baru bersanding hujung tahun lepas tu, Alhamdulillah dah membawa generasi berikutnya. And bila dia beria2 pujuk kakak2nya beli air cond untuk pasang di rumah mak di kampung, memang kita faham sangat perasaannya. Kat rumah mak memang x ada air cond lah kan. Ayah dan mak dah berusia, so tak tahan sejuk. Bayangkan, kalau malam tu, diorang pasang kipas no. 1 jer. Jenis yang kipas berpusing macam nak berhenti tu. Gedek...gedek, bunyinya. Hehehehehe.

Teringat masa kita hamilkan Adam dulu, duduk di KL sorang2, hubby jauh di Melaka. Nak tidur pun x selesa. Dengan kandungan dah 7 bulan, dengan panasnya, dengan asyik ke toilet jer...haih..jerih. Ada a few malam, solution kita ,asa tu ialah kita ambil ketulan air batu dalam freezer dan tabur atas tilam. Yes...taburrrr! Dan kita golek atas air batu tu. Tapi kejap jer lah sejuknya. Cair, tilam basah sana sini sikit2 dan tak sampai sejam, dah kering semula. Sampai macam tu sekali tahap panasnya.

Tapi, syukurlah, berjaya juga kita harungi segala cabaran. Di pejabat tetap aktif bekerja. Tapi lepas Isya' di rumah, terus hanyut pengsan.

So, mungkin rumah mak ayah tak lama lagi di pasang air cond lah kot. Yang paling seronok dah tentulah Adam kan..?

6 thoughts..:

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ berkata...

Mmg pnas skrg..dila tgh hamil pun duk brpeluh2..huhu

Wak Gelas™ berkata...

wah letak ais atas tilam guling2 dh matcham waterbed fulakks.,ahHKs

TiranaAduka berkata...

salam sis aziela
Ta byakkan minum air masak je.bab malam.ok je duk kg.tak berapa panas .byk pokok besaq2 kt sini.

Aziela berkata...

Kaisara Aiman : Kena full blast air cond jer memanjang kan...

Aziela berkata...

Wak gelas : Water bed tu beralun2 Wak..ini keras kejung jer...hahahahaha

Aziela berkata...

TA : Iyer lah TA. jeles dengan TA

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink