Sabah masih bergelodak. Anasir luar yang tak tahu malu memang rakus bertindak. Apatah lagi Malaysia memang terkenal dengan sopan santun dan budi bahasa. Dalam politik pun bersopan, hatta dalam perang pun masih bersopan. Biarlah orang tak berbudi, asalkan kita berbahasa sehingga terkorban nyawa perwira kita.
Maaflah. Bila melibatkan nyawa anggota keselamatan, kita agak sensitif. Kita membesar di Port Dickson. Bandar Tentera Darat Malaysia. Saudara mara pula ramai polis. Hidup penuh dengan perwira. Maka bila mereka2 itu gugur satu demi satu, kita memang rasa sangat marah! MEMBAZIR! Mereka yang gugur ini semuanya aset negara. Tak bolehkah rancang apa2 sahaja untuk menangani masalah ini dengan bijak dan bermaruah tanpa mengorbankan nyawa aset negara?
Apa sebenarnya yang berlaku di sana sekarang memang belum jelas lagi pada kita semua. Kalau ikutkan nafsu amarah, nak jer join sama pasukan di sana (statement tak sedar diri). Tapi mana mungkin kan.
Apa yang boleh, berdoa dengan setulus hati.
Kebelakangan ini, banyak betul berita2 sedih yang tiba pada kita. Semoga segala kesedihan ini akan segera pergi.
19 thoughts..
Yelah Aziela, terasa geram betul dengan penceroboh tu. Tumpang sedih dengan pemergian perwira negara.
moga mereka semua selamat hendakNYA..
tulah....sedih...;( mg hal sbegini dpt dselesaikan dgn sberapa segera dgn cara damai!
moga semuanya pulih secepat mungkin ye..amin
@Nao Mei Bila nyawa perwira melayang, sabar semakin tipis rasanya.
@ummiross Gerammm sangat dan sedihhh sangat kan kak.
@aizamia3 Amiin...
@Zurina Penceroboh tak lut dengan damai lagi, Zurina.
@♥ Wina ♥ Amiin.
Rasanya tak lama lagi selesai lah tu. Sebab dah berduyun2 tentera pergi. Cuma harap lepas ni takde lagi yang terkorban. Oh kak dah sy baru je letak follower. Kalau sudi follow la blog sy tu. :-)
Ini ujianNya..
Kena muhasabah diri kita semua...
Ada 'mesej' yg allah nak kita faham
kita hanya mampu mendoakan mereka disana...sedih + sebak + sayu + sakit hati bila dapat prkhabaran..lebih sakit hati bila ianya dijadikan bahan politik, saling tuduh menuduh n menunding jari sedangkan nyawa sana melayang begitu saja....huhuhu....
tak sanggup nak tengok berita dan baca newspaper dah....sebak dan marah jadinya..huhuhu
sis...alhamdulillah semua anak ta dah sembuh..tq sis aziela atas doa sis
Amirul : Insya Allah. Nanti akak masuk sana yer.
Daddy Ziyyad : Malaysia secara am, diri sendiri secara khusus yer Doc?
NzA : Memang tak patut sungguh kan kak...
RamRamCute : Makin sedih, makin marah kan...
TiranaAduka : Syukurlah....
Catat Ulasan