Khamis, 12 September 2013

Maaf dan Terima Kasih. Yang Dibeli, Yang Di Masak Sendiri.

Assalamualaikum.....

Selamat hari Khamis semua....

Pertama sekali, kita nak mohon beribu kemaafan daripada pengunjung My Rainbow yang masuk sini tetapi disajikan dengan entry lama yang tidak bergerak2.

Terlalu banyak yang berlaku yang perlukan tumpuan kita 100% sama ada di rumah, di negeri2 penempatan kita, mahupun di pejabat. Maka update blog kita ini terpaksa di tangguhkan. Namun, kita tetap ada juga mengunjungi blog rakan2 lain untuk mengetahui perkembangan anda. Cuma, tak dapat nak peruntukkan masa untuk tinggalkan komen. Maaf sekali lagi.

Walau bagaimanapun, kita rasa sangat dihargai kerana masih ada yang sudi bertandang ke sini. Tak kiralah apa saja yang anda cari dari sini, kita alu2kannya. Terima kasih sekali lagi.

Hari ini adalah hari cabaran lagi untuk kita di pejabat. Jadi Human Resource syarikat ni, memang banyak cabarannya kan. Tambahan lagi, kita ni wanita, dan syarikat pula dimonopoli oleh lelaki. Sedikit sebanyak, aspek jantina masih mempengaruhi flow kerja kerana kita masih Malaysia yang sedang membangun. Masih banyak yang perlu dipelajari.

Tapi seronok. Apalah sangat kerja kalau tanpa cabaran. Kerja yang rutin akan membuatkan kita semua berada di takuk yang sama. Cabaran yang berlalu di lalui akan menarik kita ke satu tahap lagi.

Begitu juga dengan IMAN.

Kalau tiada dugaan, kita pun tak tahu di mana letaknya iman kita.

Allahu Alam.

Anyway, intro yang panjang lebar. Sebagai halwa mata kalian, kita saja nak letak perbezaan 2 jenis makanan biasa yang dibeli dan di masak.



Mee goreng yang di beli dari Pasar Ramadhan. Lama dah kan. Tapi, orang yang berniaga, apalah salahnya kalau sedekah sedikit fishball, atau fishcake kalaupun tak nak letak udang daging sekalian. Simple macam ni, kalau dia masak sendiri di rumah pun...hmmm..entahlah. Tapi Adam yang request. Kasihan dia dah nampak..belikan juga. Tapi dia pun tak berapa makan. Esoknya nenek terus masakkan mee goreng yang lebihhh sedap. Alhamdulillah.


Dalam masa yang sama, kita goreng keladi nie pula. Simple jer kan. Tapi, ini yang lebih direbutkan daripada mee di atas. Padahal, kosnya lebih murah, resipinya mudah dan goreng pun kosong. Tak ada sambal kicap pun untuk cicah. Mungkin, kerana kasih sayang yang digoreng sekali kot kan....



33 ulasan:

  1. itu la org kate better masak sendiri dari beli kan ....tapi kdg2 nak jugak berjalan ke pasar malam n tak sah le kalo tak membeli...

    BalasPadam
  2. betul tu kak.. kadang2 peniaga ni cas mahal kemain.. mungkin niat mereka berniaga sebab duit semata mata..sbb tu duk kira untung dia je.. kalau lah peniaga melayu mcm kebanyakan peniaga cina yang pandai ambil hati pelanggan dan tak berkira.. tentu lebih berkat..

    bab masak di rumah saya setuju.. kadang2 saya masak benda simple pun anak2 makan berebut.. masa masak lagi dah puji2.. anak.. anak.. kecik lagi da pandai ambik hati ibu.. T_T

    BalasPadam
  3. salam..

    wina pun bru sempat aktif blog balik..harap² berlanjutan la hehehee

    BalasPadam
  4. sedap2! dah makan pun terasa lapar balik :)

    BalasPadam
  5. Memang betul, masakkan rumah ni sentiasa lebih sedap dari yg dibelikan..emmmm, betul ke?,kalau yg kat rumah tak pandai masak, cmana pulak tu!!

    BalasPadam
  6. Sekarang lagi bila minyak naik harga kuih dah mengecil, mee goreng betul-betul mee goreng tak ada benda lain dah Ziela... baik goreng sendiri kalau nak makan...

    BalasPadam
  7. masak sendiri mmg terbaikkann...walaupun nnpk ringkas tapi menyelerakann...

    BalasPadam
  8. masakan sendri jugak yg mengikot selera anak tekak kan..tp kalo dah malas x kira dah.. beli jugak..hahaha..

    BalasPadam
  9. susah nak jumpa masakan luar yg menepati citarasa... biasa rasanya so so je.

    BalasPadam
  10. true enough dear, yg dimasak sndiri simple tapi slera nak mkn, yg dibeli walau nmpak sdap, tapi di cuit sikit ja...kan?

    BalasPadam
  11. mee goreng kosong bebenor tu eh.

    semalam petang makan keladi goreng, cicah dengan sambal cucur udang.

    BalasPadam
  12. 2 yg akak xselera nk beli mknan kt bazar. Depa 2 brniaga brmusim....

    BalasPadam
  13. The food does not interest me in the least but your Human Resource part does beecause once upon a time I was deeply involved in this area with a multinational.

    BalasPadam
  14. The food does not interest me in the least but your Human Resource part does beecause once upon a time I was deeply involved in this area with a multinational.

    BalasPadam
  15. tu memang biasa kalau g pasar malam atau gerai2.. ;)
    masak sendiri lagi puas hati.. macam-macam bahan boleh campur.. ;)

    BalasPadam
  16. Hello Aziela, looks a very simple but delicious dish.
    Chepat di masak, chepat di makan.
    I don't cook, but sometimes will make magee me..
    I add tiger prawns, meatballs, lots of tau gay...begitu la.
    And sliced green chilies in soy sauce.
    Sedap juga. Bila perut bunyi macham volcano nak meletup....apa pun sedap, kan. Ha ha.
    Have a nice day....
    Lee.

    BalasPadam
  17. @lieyalatif Especially anak2 kita kan. Terpengaruh dengan penjual. Tapi bila balik, makanan kat rumah juga yang sedapnya.

    BalasPadam
  18. @Rai Ourkizuna Anak akak tak pandai bodek. Kalau tak sedap, dia kata booo lehhh laaaa. Hahahahahaha. Atau, paling kejam, dia kata : Mama...mazu'i. Hahahahahha

    BalasPadam
  19. @Abil Fikri Ahmad Kalau pun x pandai masak, tapi dia ikhlas...pasti kita tetap rasa sedapnya. Itupun kalau kita menghargai...hehehehe

    BalasPadam
  20. @Kakzakie Betul tu kak. Goreng sendiri puas hati. 3.00 dah dapat macam2 bahan berlambak. Dapat goreng sekuali dah.

    BalasPadam
  21. @sudipVSsenduk Kalaupun menepati citarasa, the price is wayyyy too high.

    BalasPadam
  22. @IndaMarya Betul tu IM. Tu yang malas nak beli2 kat pasar malam nie.

    BalasPadam
  23. @NzA Betul sangat2 tu kak. Tapi anak2 tengok, diorang kecur la pula.

    BalasPadam
  24. @Al-Manar Pak Hassan, I feel so relieve that at least one of my reader did 'read' about my HR part. The HR matters are really suffocating me currently. I need air. Thank you for your concern, Pak Hassan.

    BalasPadam
  25. @aizamia3 Betullll.... tapi Cik Lan buat CKT tak macam orang nie kan. Power seh...

    BalasPadam
  26. @Uncle Lee Lee darling, you cook maggie mee with tiger prawn? Mak oii. That must be an extravaganza maggie mee dish. But hey, you didn't blow up Mrs Lee's kitchen, right?

    Thank you for dropping by, Lee.

    BalasPadam
  27. ye la kak, walau simple, tapi penuh kasih sayang, makan pun sedap, alhamdulillah, kena lak panas2 makan, layan ngan air kopi wahhhhh saya pun nak la kak

    BalasPadam
  28. betul tu akak....makanan yang dimasak dengan kasih sayang lagi bernilai rasanya.....

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com