Jumaat, 8 November 2013

Ba Menghidapi Ulcerative Colitis (Radang Usus Besar) - Bahagian 2

Assalamualaikum.....

Sambungan dari entry sebelum ini.

Pada 27hb September 2013, Ba kemudiannya di masukkan pula ke hospital. Sepatutnya, 2hb Oktober Ba kena masuk wad semula untuk dos kedua ubat yang mahal tu, tapi disebabkan Ba demam berlarutan, on and off, maka ubat tu tak boleh di masukkan.

Discharge again on 2nd October. By this time, Ba hanya mampu telan bubur nasi yang sangat cair dan kosong. Hatta carrot dan sayur lain yang Mami sagat halus dan rebus lembut2 pun Ba kata keras. Pedih hati kami bila tengok Ba makan.




Oktober 2013

- Sebelum kita ke Kuching pada hari Ahad, 6hb kita salam dia. Sedihnya dia nak lepaskan kita hingga mengalir air mata Ba, walhal untuk beberapa hari saja.

- 8hb Oktober, kita pula baru tiba dari Kuching. Menerima khabar dari Mami melalui telefon saja. Kesian Mami, dia handle semua sorang2 bila weekdays. Weekends, kami adalah. Nak bantu pun, cuti tahunan sampai habis langsung. Siap ambil advance leave lagi. Kalau cuti lagi, terpaksa unpaid. So, Mami kata boleh handle, kami dengan berat hati teruskan kerja.

- 10hb, Khamis, kita balik PD dari KL sebab nak bantu Adam dengan kerja sekolahnya. Malam tu hubby call dan kena sengat sembilang. Tiba di Kuantan, esoknya jam 4 pagi. Dan sepanjang kami di hospital Kuantan, hati asyik memikirkan Ba di Melaka. Dah mula bercuti tanpa gaji.

- Beberapa hari di rumah, Ba dah tak boleh jalan. Hari Raya Haji disambut hambar. Kami di hospital Kuantan, Yang lain2 disamping Ba yang semakin lemah di Melaka.

- Khamis 17hb Ba ada follow up di hospital dan di tahan semula. Kali ini, di wad depan kaunter nurse tu. Wad observation jugalah katanya. Apa2 hal, doktor dan nurses akan concentrate pada patient dalam wad nie dulu.

- Since Ba dah jadi lemah, maka dia di arahkan untuk bed ridden. Tak boleh turun katil langsung. Memang Ba lemah sangat masa tu. Tukar pampers semua pun, atas katil jer, nurses yang tolong. Diarheanya non stop. In fact, no more najis. Yang keluar hanyalah asid dari usus dalam bentuk mulkus.

- Hubby discharged dari hospital pada hari Sabtu, 19hb dan kami terus ke Melaka. Memang menyedihkan sangat2 melihat Ba. Kedua belah tangannya seolah2 hancur. Lebam kebiruan, and very dark purple dah mewarnai kulit Ba. Lebam2 sebab nak buat saliran IV dan masukkan berbagai2 tiub lagi untuk Ba.

- 24hb, doktor membuat satu lubang di dada kanan Ba dan masukkan satu tiub kecil. Katanya untuk memantau paras air dalam badan Ba. Disebabkan usus yang dipenuhi ulcer, maka penyerapan air dan makanan tak dapat berfungsi lagi. Bila kurang air dan darah, Ba dehydrate dan sakit dada. Bila terlebih air, habis semua kaki dan muka bengkak2 dan sembab.

-Malamnya, sewaktu ke klinik untuk ambil ubat kita (disebabkan stress dan tak cukup rehat, kita pula ada masalah lain.), sempatlah berbual dengan doktor tu. Doctor locum, beliau bertugas di Hospital Tentera. Cerita tentang keadaan Ba. Mengikut pengalamannya dan dia sendiri ada beberapa patient bawah jagaannya, biasanya patient tak dapat bertahan lama. Ada seorang patientnya bertahan selama 7 bulan saja. Dan kondisi Ba pula dah berlarutan selama 4 bulan. Tambahan lagi, usia Ba dan komplikasi jantungnya. Namun, beliau menegaskan, doktor bukan Tuhan. Mohonlah pada Allah. Bertambah walang lagi rasa dalam hati.

- Bila melawat Ba di hospital, Ba dah tiada daya untuk bercakap. Hanya beberapa patah yang keluar. Itupun sangat perlahan dan lambat. Kita berpeluang suapkan Ba makan bubur. Tak habis, tapi dapatlah setengah portion.

- 27hb malam, kita dan hubby hampir tiba di Kuantan. Esoknya Isnin, hubby mula bekerja setelah sihat dari sengat sembilang. Dan macam biasa, Isnin pagi kita akan bergerak ke KL dari Kuantan. Tiba di jalan Gambang, Mami called. Ba dapat heart attack!!

- Kami dah kelam kabut, nak patah balik ke Melaka ke? 10 minit kemudian, Mami call kata tak perlu. Doktor2 dah stabilkan semula. Dah beri ubat bawah lidah. Nampak macam ok. Kalau tak ok, Mami call suruh balik. Buat masa ni, pergi kerja dulu kata Mami. Kami tidur2 ayam jer. Sentiasa memegang telefon sepanjang malam.

- 28hb pagi, kita baru sampai di R&R Temerloh dalam perjalanan ke KL. Mami telefon. Balik Melaka. Doktor Hanizam (doktor pakar) nak jumpa seluruh ahli keluarga petang tu. Ada sesuatu yang ingin di sampaikan.

- Hati dah berdetak2. Call hubby. Hubby yang baru masuk kerja satu jam, bergegas keluar semula. Hubby terus mohon cuti seminggu. Kita teruskan memandu ke KL. Adam ada di KL. Ada rombongan sekolah. Kita tinggalkan kereta di rumah KL, loncat masuk kereta hubby dan fetch Adam dari cikgunya di Menara KL. Terus kami berdesup ke hospital. Dalam hati tak putus2 berdoa. Tolonglah Ya Allah. Bukan kata2 putus semangat dari doktor.

- Appointment pukul 2.30 petang, tapi doktor datang pukul 5.30 petang. Ada emergency kes yang lain sebelum tu, katanya. Kata Doktor Hanizam :

1. Mereka dah berikan segala ubat. Hatta ubat yang terbaik sekali. Tapi, tidak mendapat respon dari UC Ba.
2. Perancangan seterusnya ialah memantau kesihatan Ba agar stabil dan jantungnya stabil. Kalau stabil, mereka akan pindahkan Ba ke Hospital Besar Seremban kerana katanya doktor pakar pembedahan usus hanya seorang dan beliau bertugas di Seremban.
3. Malangnya, jantung Ba dah tak kuat. Malam tadinya, Ba dapat heart attack sebanyak 2 kali. Sekali jam 11.00 malam dan satu lagi jam 4.00 pagi.
4. Buat masa ini, hanya pantau, dan beri morfin untuk kurangkan sakit Ba.

- Baiklah, ada harapan. Kena usaha lagi. Kami bersama dengan Ba sehingga malam. Mami dah tak tinggalkan Ba. Sentiasa bersama Ba. Firdaus pun tidur di hospital. Pagi2, Mami hantar Firdaus ke sekolah dan datang semula ke hospital waktu tengah hari.

- Esok paginya, kita dah tiba di Nilai dalam perjalanan ke pejabat, tapi hati kuat untuk patah semula. Macam ada lagi persoalan yang belum terjawab. Kena tanya detail lagi dengan doktor. So, kita patah semula ke Melaka.

- Hantar hubby balik rumah dulu sebab hubby baru lepas makan ubat saraf kesan sengatan sembilangnya dan perlukan rehat. Kita terus ke hospital. Tiba di hospital, dah pukul 11.00 pagi.

- Masa tiba, Mami tengah tukarkan pampers Ba. Tak lama kemudian, datang 2 orang doktor, housemen rasanya yang diarahkan oleh Doktor Hanizam untuk menukar tiub saluran kencing Ba. Tak tahan kami mendengar Ba mengerang dan menjerit kesakitan dari sebalik langsir. Hanya kita dan Mami di situ.

- Ba dah dipakaikan tiub oxygen yang paling mild iaitu yang masuk tiub halus ke hidung tu. Kita bantu Mami tukarkan pampers Ba. Sedih sangat bila Ba mengerang sakit. Dah tak larat keluarkan suara, so mengerang dengan volume itu memang melambangkan sakit sangat. Kenapa sakit? Perutnya memang sakit dan punggungnya dah melecur dengan teruk. Menitis air mata kita melihatnya. Kulit seperti tersiat. Daging merah menyala jer. Hospital dan kami sendiri dan cuba bermacam2 krim, namun tidak berhasil. Asid dari usus lebih berbisa.

- Pada jam 2.00 petang, Ba asyik mengerang kata perutnya sakit sangat. Kami terperanjat bila tiba2 perut Ba jadi membuncit sedangkan sebelum2 tu, perutnya sangat kempis hinggakan tulang rusuk tu timbul tinggi disebabkan Ba yang tak makan. Kelam kabut panggil doktor, tapi doktor ketuk2 dan tekan2 perut Ba katanya tak ada apa2. Tingkatkan dos morfin sahaja katanya.

- Kami tak puas hati. Nampak kelibat Doktor Hanizam, terus Mami tarik dia. Dia pun kelam kabut visit Ba. Tak lama kemudian, katil Ba dah dipenuhi dengan segala jenis doktor dan kami di minta tunggu di luar. Kita dan Mami dah dup dap dalam hati.

Semua doktor dah mengerumuni katil Ba

Doktor yang tinggi tu lah Doktor Hanizam.

- Tak lama kemudian, Doktor Hanizam keluar dan beritahu kami, katanya dia terpaksa hand over kes ni kepada surgeon. Surgeon akan explainkan yang lain2 nanti.

- Kami menunggu dalam 15 minit, tak lama kemudian Doktor Zoran datang. Beliau adalah salah seorang dalam team surgeon dan explain bahawa Ba terpaksa melalui High Risk Emergency Operation. High Risk kerana jantungnya sangat lemah.

- 10 minit kemudian, head surgeon iaitu Doktor Linda pula datang tergesa2 dan arahkan kami keluar. Beberapa orang doktor lagi dipanggil untuk bantu beliau. Perut Ba di tebuk di situ juga untuk mereka mengeluarkan cecair dari dalam perut Ba.

Ba selepas ditebuk. Sangat penat dan tidak berdaya.

 - Doktor Linda kemudiannya menjelaskan kepada kami :

1. UC terbahagi kepada 3 kategori. Kategori A.) Boleh di rawat dengan antibiotik dan pulih semula tanpa komplikasi. Kategori B.) Tidak responsive dengan segala ubat dan menghadapi komplikasi lain antaranya lemah jantung, paru2 dijangkiti kuman dan buah pinggang yang tidak stabil. Kategori C.) Tidak responsive dengan ubat, tetapi tiada komplikasi. Maka mereka akan dibedah untuk dikeluarkan usus yang ada ulcer.

2. Ba berada di dalam kategori B. Biasanya kalau nak buat operation pun, kena tunggu 6 bulan selepas heart attack supaya jantung stabil. Tetapi, keadaan Ba dah tak boleh tunggu. Bahaya. Ada cecair yang dah bertakung dalam perut. Operation adalah merbahaya kerana jantung Ba lemah. Ba boleh 'pergi' di atas meja pembedahan, selepas pembedahan, atau bila2 masa sahaja. Waktu paling kritikal adalah waktu operation dan 30 hari berikutnya.

3. Risiko lain selain maut ialah koma selepas pembedahan sehingga nafas terakhir, komplikasi paru2 dan buah pinggang atau lumpuh selama2nya kerana stroke.

- Doktor Linda meminta CD colonoscopy dari Hospital Pantai. Beliau minta hispatology report dari lab Hospital Pantai, tapi kita jelaskan bahawa colonoscopy dijalankan oleh Dr. Leong sendiri di klinik beliau sendiri. So, report solely from Dr. Leong. Ok, Dr. Linda pulangkan cd semula. Beliau hanya mahu report sahaja.

- Walau bagaimanapun, Ba terpaksa melalui proses itu. Pembedahan itu namanya colectomy.  Tak lama kemudian, Ba terus di tolak ke bilik ICU. Kami menurut sehingga ke ICU. Hubby dan abang serta kakak ipar kita tiba tak lama kemudian.

- Mami pesan, kalau nak cakap apa2, cakap sekarang. Takut risiko2 tu berlaku pada Ba.


Semasa dalam ICU malam tu. Hubby dan abangnya disamping, mendoakan dan kami semua bergilir2 memohon ampun dan maaf serta halalkan makan minum kami. Ba hanya mengangguk dan memandang kami tanpa suara.


- Malam itu, kita dan hubby bergegas ke PD untuk ambil Adam. Kami kemudiannya terus tinggal dan menunggu Ba di luar bilik ICU. Kita bentang jer tikar tepi koridor dan tidur bersama Adam di situ.

- Esok paginya 30hb, kami mandi, solat semua di hospital jer. Syukurlah dalam kereta sentiasa ada satu beg pakaian untuk waktu2 kecemasan. Sepanjang pagi, kami berada di samping Ba di dalam ICU. Sempatlah kami bersama2 membaca doa sebelum Ba ditolak keluar ke bilik pembedahan.

- Air mata sudah tiada harga untuk kami semua masa nie. Adam sendiri sehingga tersedu2 tak boleh berkata. Jam 12.30 tengah hari kami mengiringi Ba ke dewan bedah.

- Selepas Ba di tolak masuk ke dewan bedah, abang ipar kita bawa Mami balik rumah dulu untuk mandi dan berehat. Pembedahan memakan masa 7-8 jam. Tapi kita dan hubby dan Adam tunggu di situ. Syukurlah kita dah minta dari Mami semua dokumen kesihatan Ba.

- 3 jam selepas Ba di tolak masuk, pihak hospital call hp kita. Doktor minta semula cd2 colonoscopy dari Hospital Pantai dengan segera. Ba on the operation table, and they need the cd there and then. Allahu Akbar. Syukurlah kita dan hubby menunggu dengan setia. Kelam kabut kita berlari ke bilik bedah. Doktor dah menunggu di pintu bilik bedah dengan mask, dengan operation cover dengan glove....

- Jam 8.00 malam, baru Ba di tolak semula ke ICU. Ba masih tidak sedarkan diri. Doktor Linda datang jumpa kita dan terangkan :

1. Dah ada rupture. Usus Ba dah bocor. Oleh itu, semua cecair dan asid usus dah merebak ke organ lain dalam badan Ba.

2. Paru2 Ba dah dijangkiti kuman dengan teruk.

3. Usus Ba tak dapat diselamatkan. Terpaksa remove totally. They did proctocolectomy. Removal of entirely of the large bowel.

4. Dr Linda hanya tinggalkan beberapa inci usus di bahagian yang bersambung dengan rektum sahaja. Itupun usus itu dah reput. Sentuh jer dah berderai. Tapi, harapan mereka agar usus yang sedikit itu boleh sihat semula dan mungkin boleh dilakukan pembedahan untuk menyambung usus kecil terus ke rektum.

5. Ba memakai beg di perutnya melalui stoma sehingga bila2.


Kita jumpa satu infor dalam salah satu website kesihatan mengatakan :

Fulminant Colitis : Rare, life threatening form of colitis affects the entire colon and causes severe pain, profuse diarrhea and dehydration and shock. Serious complications includings :
a.) Colon rupture
b.) Toxic mega colon (colon to rapidly expand)


Dan Ba memang mempunyai semuaaaaa tanda2 itu.
1. Seluruh ususnya telah dibuka oleh surgeon dan memang seluruh dinding usus itu telah dipenuhi ulcer.
2. Sakit sangat sehingga dia tidak berdaya bergerak dan berkata2.
3. Cirit biritnya......
4. Dehydration sangat obvious
5. Shock sampai kena heart attack
6. Ususnya memang bocor
7. Ususnya juga expand dan sangat besar. Besar buluh lemang yang harga RM16 sebatang. Maknanya buluh saiz besar.

Ada lakaran dari Dr. Linda atas kertas conteng. Tapi dah banyak tangan yang memegang, kita tak jumpa lagi. Kalau ada rezeki untuk jumpa, kita akan tepekkan di sini.



Inilah Ba sebelum kita meninggalkan beliau pada hari Selasa lepas.

- Ba langsung tak sedarkan diri dan tidak memberi respond langsung selama 4 hari. Alhamdulillah. Bersyukur sangat bila Ba dah boleh bergerak dan membuka mata selepas 4 hari itu.

- Hari ke -4 itu, Ba minta kita dengan hubby angkatkan tangannya tinggi2 dan beliau berusaha menggerakkan jari2 dan kakinya. Alhamdulillah walau hati masih sedih. Bila angkat tangannya tinggi, daripada bawah kulit2 tangannya mengalir darah dan air. Kulit Ba dah pecah2. Sedihnya. Bila kita lap darah2 tu, rasa macam hati sendiri terhiris2.

- Esoknya, Ba tiba2 dah tak mampu bercakap dan tak mampu gerakkan apa2 anggota badan sekali pun. Paru2nya masih ada jangkitan yang serius. Kata doktor yang bertugas di ICU, Ba mungkin penat sampai hilang tenaga untuk bergerak dan bercakap. Oksigen level rendah, dan paru2 pun masih lemah.

- Nak atau tidak, kami terpaksa tinggalkan Ba pada hari Selasa kerana Rabu telah mula bekerja. Dah terlalu lama kami bercuti. Apakan daya, hidup harus diseimbangkan.


Keadaan masih seperti itu. Ba belum boleh bercakap dan bergerak kata Mami.

Semoga Ba akan terus kuat dan tabah. Namun sekiranya sebaliknya, kami redha. Berikanlah yang terbaik untuk Ba, Ya Allah.


.




.

20 ulasan:

  1. akak.......*nangis*

    semoga Allah SWT meringankan beban kesakitan Ba kak, semoga Ba kuat dalam hadapi dugaan ini dan semoga akak sekluarga bertabah diatas dugaan ini..

    *hugs*

    BalasPadam
  2. salam sis aziela
    Semoga Ba lekas sembuh..detail penerangan sis.

    Ta dan bonda ok ok je.bgitu juga cinta ta..
    Terima kasih sis

    BalasPadam
  3. sedihnya baca..hmpir mgalir air mata ni..tp tahan jgk sb d opis skrtg ni...sy doakan abah kak sihat..kembali bertenaga..smga abah akak kuat melawan sakit dia..yg penting skongn ahli kelurga..jgn menangis depan dia klo boleh...nt dia lg sedih tgk kitaa..

    BalasPadam
  4. ya allah kak.. kagum dengan ketabahan Ba bertahan dalam keadaan begitu.. saya doakan yang terbaik buat Ba..

    detail betul penerangan akak..

    BalasPadam
  5. Seriuosly menitis air mata baca n3 ni..teringat arwah ayah masa sakit that day dan masih terasa kehilangan arwah walaupun dh masuk 8 bulan :'(..apapun semoga akak n family terus tabah dan saya doakan Ba akak cepat sembuh.

    BalasPadam
  6. @norfaezah mad idris Terima kasih. Kami pun cuba bertahan agar dapat terus berjuang

    BalasPadam
  7. @Rai Ourkizuna Terima kasih. Dia memang tabah. Akak cerita detail agar dapt dijadikan panduan orang lain, Rai. Tak sama penyakit, tapi pengalaman jaga orang sakit, semua akan merasa juga.

    BalasPadam
  8. @Norma NML Saya harap kami tak akan tiba ke penghujungnya dengan cepat. Tapi betul lah, apa2 pun...usaha dan doa. Itu yang penting.

    BalasPadam
  9. berjuraian airmata akak, Ziela.. bertabahlah, Ziela tentu sedia maklum bahawa penyakit itu adalah penghapus dosa2 kecil, tentunya Allah SWT telah menjanjikan syurga utk ba, semoga urusanmu sekeluarga dipermudahkan.. aamiiinnn.

    BalasPadam
  10. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. wlaaupun akak tak kenal ba ziela tapi doa dari jauh akak mohonkan semoga Allah menyembuhkannya...

    BalasPadam
  11. salam ziela ..
    ujian Allah utk hamba2nya ..
    Ba diuji dengan sakitnya ..
    ziela pula diuji dengan kesabaran dalam menjaga Ba ..
    semoga Ba segera semboh dan ziela pun dan kembali tenang dengan kehidupan seharian ..
    moga kisah nabi ayub dapat dijadikan
    sumber kekuatan pada saat2 begini

    BalasPadam
  12. salam di pg sabtu
    Apakah perkhabaran Ba sekarang?

    BalasPadam
  13. Aziela,

    Saya tak boleh nak komen apa2.
    Penyakit ini dah bukan level saya.
    Doktor2 dah mencuba yg terbaik.
    Jadi saya tolong doakan yg terbaik untuknya.
    Kita boleh mencuba sedaya upaya.
    Allah penentu segalanya.

    You dah boleh jadi houseman.
    Sangat detail you punya case presentation.

    BalasPadam
  14. @Seri Kandi Tanah Jauhar Terima kasih Kak Zari. Dalam pada tegak kuat dan tabah, tiba2 sendu..tiba2 nangis tak pasal. Lap air mata, pujuk diri semula. Itulah kitaran saya sejak dua menjak nie.

    BalasPadam
  15. @TiranaAduka Semakin lemah TA. Langsung tak sedarkan diri. Tiada respon langsung dah... Sedihnya.

    BalasPadam
  16. @zouldahan Benar Doc. Saya sangat kagum dengan kesungguhan semua doktor2 di sini. Mereka tetap berusaha. Tetap mencuba.

    Jauh sungguh nak jadi houseman pun Doc. AN pun takkan lepas, hihihihi. Saya cuma cuba ambil tahu, tanya sana sini, google sana sini. Itupun tak dapat detail explanation sebab jarang dapat interview doktor2 dengan detail. Kalau saya boleh dapat senarai ubat2 yang Ba terima, could be beneficial for all of us kan.

    BalasPadam
  17. Saya sependapat dengan Doc Zoul

    BalasPadam
  18. Semuga ba cepat sembuh jgn lupa sambungan cerita.Allah jua kesudahan segala perkara.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com