Jumaat, 27 Disember 2013

Masakan Udang Galah Untuk Santapan Honeymoon

Assalamualaikum.....

Ok...ok... kita sambung...

Hubby fetch kita dari opis malam tu (yer, orang HR memang balik lambat), terus menuju ke rumah. Singgah kedai jap, beli bahan masak. By that time sebenarnya tak decide pun lagi nak masak apa. Balik rumah baru pikir. Ikut hubby, dia tak nak susah2kan kita. Dia kata goreng kunyit jer pun tak per. Eh, takkan nak goreng kunyit jer kan? Sayangnya. Sebab bila goreng kunyit, udang tu rasa kering sikit. Kalau ada kuah2, udang tu boleh disedut2. Slurrrp gitew...




Keluarkan dari plastik, adalah sepinggan udang ni. Dalam 400gm lebih kurang


Sambil membersihkan udang, sambil otak berputar. Nak masak apa yer? Yang simple2 jer dan ringkas. Kesian hubby datang dari jauh. Mesti penat, sejuk dan lapar (hujan okeh masa tu...). Dulu kan ke kita masak lemak kan. Boleh jer nak masak lagi, tapi masalahnya daun kunyit pula takder. Tak best lah nanti. So, kita nak cuba2 masak bercili. Petang tu dah cuba intai2 resipi udang galah.... nak cuba juga la macam tu. Cuma, tak salin resipi dan tak hafal lah. Siapa punya entah. Tengok sekali lalu jer. So, guna common sense jer lah yer.



Ini lah hasilnya... Gambar edit dalam phone jer ni. Resepi? Orait....!



Udang Galah Bercili Harum

Bahan-bahan :

400gm udang galah yang telah dibersihkan
1 biji bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar (boleh tambah kalau nak pedas)
3 sudu sos cili
1 batang serai di ketuk
1 cawan air / 300ml air
Setengah kiub pati ayam
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1. Tumbuk dengan lesung setengah biji bawang besar yang dihiris tadi dengan 2 ulas bawang putih.
2. Panaskan minyak masak dan tumis serai sehingga wangi.
3. Bila serai dah naik bau, masukkan bahan tumbuk dan tumis lagi sehingga wangi. Pastikan api dalam keadaan sederhana besar.
4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
5. Masukkan air, kiub ayam dan sos cili. Gaul rata dan besarkan api.
6. Didihkan kuah selama 2-3 minit dengan api sederhana.
7. Masukkan udang dan gaul rata. Biarkan udang masak, tetapi jangan terlalu lama. Gaulkan dalam 2-3 minit sahaja.
8. Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata dan boleh dihidangkan.



Tara...! Dah siap. Udang Galah Bercili Harum

Syukur Alhamdulillah. Rasanya memang sedap. Perghh! Puji diri sendiri. Masalahnya, hubby pun tak habis2 memuji. Sampaikan dia sebarkan gambar udang ni ke seluruh ahli keluarga dan kawan2 dia. Ha... amacam? 

Kita namakan udang bercili harum sebab memang baunya wangi. Elemen wangi tu semata2 daripada serai tu jer. Tapi serai yang sebatang ini pun boleh memberikan kelainan yang memikat selera. Ada antara resipi yang masukkan halian, tapi kita tak masukkan. Cili kisar pun satu senduk jer. Hubby tak berapa makan pedas lately ni. Resepi tak sama dengan sambal tumis kan. Sambal tumis ada banyak bawang hiris, ada rasa masam2 dari air asam jawa dan ada belacan. Tetapi resepi ni hanyalah masak cili biasa sahaja. Nothing fancy.

Believe it or not, masakan ni memang sangattt sedap bila di masukkan udang galah. Udang galah tu terasa lemak, sedikit manis dan cili yang tidak keterlaluan tu memberikan rasa seronok bila di makan. Kuah cili nie tidak menjemukan kalau kita nak makan udang banyak. 

Udang yang segar... beberapa jam di keluarkan dari sungai dan terus masuk ke kuali..memang lain rasanya. Sangat berbeza rasanya dengan masakan di kedai...hatta di Leban Chondong sekali pun tidak sesedap ini. Pergh...statement riak sungguh. Astaghfirullah al-Azim. Isi udang yang fresh ni memang manis, juicy dan kenyal. Lebih kenyal dari daging ayam. Bila makan, kita akan appreciate kesegaran udang tu. Itulah pentingnya cara masakan. Tak boleh di masak dengan lama. Masa mesti tepat agar udang tak keras dan tawar, atau mentah.



Takkan nak makan udang jer kan. Sempat masak nasi sikit, kacang buncis goreng ringkas dan scramble egg permintaan dari hubby. Kami makan suami isteri berdua, dah hampir pukul 11.00 malam. Yer lah, sampai di rumah pun dah pukul 10 malam kan.

Alhamdulillah, menu yang ringkas, udang yang segar, dan great company. It's our honeymoon moment. Makan dengan puas. Hubby sangat gembira malam tu. Esoknya bangun pagi pun dia bercakap lagi pasal udang nie. Hujung minggu pun, kami terkenang2 lagi udang nie. Angau udang galah namanya. Hahahahaha.

Ha, ada yang nak suami angaukan masakan anda? Cubalah resipi ni


.

35 ulasan:

  1. uish sedapnya. Udang galah masak apa pon sedap kan.......tapi kalau masak best-best lagi bertambah sedap makan dengan nasi panas! Hehehehe

    BalasPadam
  2. sobs sobss, kami hubby wifey tak makan udang .uhukk . gatal :p

    BalasPadam
  3. Papa udang, papa udang, mama udang, mama udang, kakak udang, abang udang, adik-adik udang. Mereka menjadi korban pada tahun 2013. Majlis peringatan untuk mereka akan diadakan di tepi laut. Jamuan juga disediakan.

    Menu: Udang Bakar!

    BalasPadam
  4. aduh kak.. akak punya description tu memang buat jiwa kacau..mana nak cari udang galah segar ni kak.. terseksa jiwa raga.. hahaha..

    BalasPadam
  5. a wonderful honeymoon moment instead...:) Kadangkala tak pergi dinner kat hotel 7bintang....makan hasil air tangan isteri...lebih best :)

    BalasPadam
  6. jadi ini lah hasil masakan udang itu...rasa lemak manis tulah yang sedap :)

    BalasPadam
  7. lebih kurang sama resipi MIL wat ayam masak merah..
    air pun tak letak banyak..halia pakai sbb masak ayam..
    mmg sedap sbb pakai cili sos :)

    BalasPadam
  8. hehehe.. saya terbalik pulak kak.. angaukan masakan ciklan.. ;)

    BalasPadam
  9. Oaaa..patutlah akak dengar bunyi orang tumbuk dgn lesung semalam he he.. asek cite udang galah dia je, mana boleh jadik nii...

    BalasPadam
  10. Menarik betul tu. Sebab tengok blog ini jugak saya beli udang besar2 hari tu haha.

    BalasPadam
  11. salam azila ..
    dah namanya udang galah ..
    masak apa pun gernti sedap ..
    kena pula dengan tangan yg pandai masak mcm ziela ...
    betambah2 sodapnya la

    BalasPadam
  12. Hello Aziela, I have always loved udangs in whatever, curry, lemak, goreng, or steamed. And yours here looks so delicious! Wow, ada scrambled eggs too.
    Ada sambal belachan?
    Can see you a very good cook.
    Have fun and best regards.
    Lee.

    BalasPadam
  13. alaaaaaaaaaaaa... larilah tekaan akak nampaknya... Ziela, udang galah kat Leban Condong tu semuanya frozen.. mana sama dgn yg baru keluar sungai tu, hihi

    BalasPadam
  14. cam biasa sis
    Tapau 1 buat ta.hehehe

    BalasPadam
  15. memang jarang dapat makan udang galah nie...

    BalasPadam
  16. @Qashmere Betulllllll. Nasi panas...hujan..udang galah. Perfect!

    BalasPadam
  17. @fizafantagirO Alaa...sedihnya. Apa kata, makan ubat cepat2 lepas makan udang. Insya Allah.

    BalasPadam
  18. @t.a.t.a Pandai yer bagi nama2. Eh...udang galah bakar sedap ker, dik?

    BalasPadam
  19. @Rai Ourkizuna Akak nak cari lagi pun susah nie ha....hahahahaha

    BalasPadam
  20. @Daddy Ziyyad Baiklah Doc..sob..sob. Lepas nie saya akan lebih kerap memasak. Saya insaf...sob..sob...

    BalasPadam
  21. @harnidahussin Saya pun perasan. Bila pakai cili sos, dia jadi sedap kan...

    BalasPadam
  22. @aizamia3 Masalahnya, ciklan tu memang power memasak...hehehehe. Untunglah awak.

    BalasPadam
  23. @che mid Kak...Leban Chondong kak...Leban Chondong...hehehehehe

    BalasPadam
  24. @aby Aduh kang... tak pandai pun sebenarnya. Cuba2 jer tu...hehehehehe

    BalasPadam
  25. @Shane Not really good cook, but I can cook a lil bit. Just to survive from the death of hunger. Hahahaha. No sambal belacan that night...but that udang is just nice to add up the spice.

    I think I need to try to steam the udang next time....hahahahha

    Thank you for dropping by.

    BalasPadam
  26. @Seri Kandi Tanah Jauhar Kannn... Saya pun tak sangka saya nak masak lain kak...hahahaha.

    BalasPadam
  27. @TiranaAduka Satu hari nanti yer... sekiranya di izinkan Allah.

    BalasPadam
  28. @Sukma Haron Kat melaka, saya tak pernah jumpa lagi kak.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com