Ahad, 29 Disember 2013

Persembahan Pelajar Yang Kelam Kabut

Assalamualaikum.....

Dah lama sebenarnya ni. Masa hari anugerah pelajar cemerlang bulan lepas. Tercicirlah pula gambar ni.

Perkara yang menarik. Kesungguhan pelajar dan guru untuk mempersembahkan sesuatu dan cabaran2nya.



Ini persembahan dari kawan Adam. Menyanyi duet dengan seorang pelajar perempuan lagi Tegar tu. Gitar hanyalah prop. Kasihan dia sebab dia nak mainkan gitar tu, tapi cikgu tak benarkan katanya. Yang menjadi masalah ialah mikrofon tu kejap berfungsi, tapi lamanya tak berfungsi. Aduhai... Beria2 penonton semua hulur kepala ke arah pentas nak dengar nyanyian mereka. 


Ini pula persembahan dikir barat dari murid2 tahun 1. Aduhai..comel2 jer semua. Masalahnya, semuaaaa tak hafal lirik. Bila tak hafal, diorang diam jer lah. Ada bunyi tepuk2 dengan bunyi gendang jer. Sampaikan ada cikgu yang berdiri balik langsir lantang menyanyikan bersama lirik agar pelajar boleh ingat. Satu, liriknya panjang sangat. Tapi kalau tak boleh dipendekkan, apalah salahnya beri dia pegang kertas kecil. Sekurang2nya takder lah dia jadi patung cendana kat atas tu. Tapi kami semua tepuk tangan dengan gemuruh sebab walaupun jadi patung cendana, dia tetap di situ. Dia tak nangis, dia tak lari nyorok belakang tirai. 

Motivasi, latihan dan komitmen sangat penting dalam acara begini. 



14 ulasan:

  1. hahahaha..part " cikgu belakang langsir nyanyi bersama"tu mmg lawak

    BalasPadam
  2. Kita tak boleh salahkan anak murid tu.. mereka dah cuba buat yang termampu dalam usia mereka.. tahniah buat mereka yang membuat persembahan pada hari tersebut..

    BalasPadam
  3. Dulu masa duduk asrama selalu jugak buat persembahan dikir barat. Masa kami di atas pentas, senior dekat belakang tempat duduk penonton bagi isyarat suruh kuat kan suara. Hehe.

    BalasPadam
  4. teringat dulu-dulu masa sekolah rendah ada buat persembahan dalam bahasa English, terlupa dialog.... langsung bantai cakap jer....haha

    BalasPadam
  5. memang tabah budak yang jadi patung cendana tu kak.. cikgu pun kadang2 tak srmpat nak train diorang utk acara befini.. maklumlah.. dah hujung tahun sibuk pulak nak menanda kertas bagai..

    BalasPadam
  6. bagus budak tuh. bagus jugak cikgu dan penontonnya! :D

    BalasPadam
  7. @aizamia3 tak..tak salahkan anak murid pun...hehehehe

    BalasPadam
  8. @t.a.t.a La...mesti masa tu suara ala2 dalam kelambu kan...

    BalasPadam
  9. @Sukma Haron Janji tak jadi patung cendana kak...hahahahaha

    BalasPadam
  10. @Rai Ourkizuna Budak tu memang tabah betul. Sempoiii jer dia.

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com