Isnin, 6 Januari 2014

Merindui Murni

Assalamualaikum.....

Murni ni bukannya manusia. Murni yang ini adalah restoran. Cawangan restoran William kat SS2 tu...dia punya kedai2 semua dinamakan Restoran Murni sekarang.

Salah satu cawangannya dekat dengan opis. So, bila hubby ada, atau Adam ada, kami makan2 kat sini jer. Makanan sedap, portion besar dan harga berpatutan la juga... Pilihan pun sangattt banyak. Selain daripada western, ada Japanese, ada Chinese, Mamak food dan even ada nasi campur kat sini.

Kita punya : Arabiatta Spaghetti with Salmon. Gila berasap pedasnya. Giler sedap lah. Tapi, tak habis.. apa lagi. Tapau laa.

Hubby diet malam tu. Dia makan ayam panggang pandan semata2.



Minggu depannya kita makan dengan Adam pula...

Kita hanya minta mee goreng biasa jer. RM5.00. Tapi Masya Allah..sedapnyaaa. 
Tak habis lagi. Makan suku jer. Yang lain tapau. 


Adam minta Spaghetti Seafood Olio. Habisssss....!

Dia memang sukaaaaa makan di Murni sebab spaghetti kat sini memang ngam dengan selera dia.





25 ulasan:

  1. Dalam gambar pun dah nampak portion ia yang besar.


    Kak, pernah kenen tak masa tapaukan yang tak habis tu, minta la tambah sikit side dish ke? Hehehe.

    BalasPadam
  2. mane lagi cawangan dia ek selain PJ sana??

    BalasPadam
  3. besar ke kak portionnya..macam meriah je pinggan.. menarik betul yg salmon tu..

    BalasPadam
  4. sedap kan makanan kat Murni ni...portion pun besar besar..dah lama saya tak gi sana

    BalasPadam
  5. Tgk gambar.. K.Sham pulak yg jadi lapar..

    BalasPadam
  6. Bila dah tahu tempat sedap memang kit akan pergi lagi.

    Family kakak pun suka spaghetti except abang cuma bolognese aje dia suka..

    BalasPadam
  7. ingatkan bakal menantu nama Murni, hiks

    errrrr.. kenapa takde penerangan tentang rasa makanan tuuuuu... ni bukan Aziela ni... huhu

    BalasPadam
  8. kt ss2 yer ..
    biasa dengan kawasan tu ..
    insyaallah boleh carik tempat tu

    BalasPadam
  9. Apa ni asik tak habis jerrr...? ahaa lain kali ajak Kak Azie, gerenti setel! hahaha

    BalasPadam
  10. Hi Aziela, love the foods. And I have always loved ayam panggang. Only had it last Sunday.
    But I'm not much a fan of spaghetti. Or salmon.
    By the way, I'm wondering what is 'murni'?
    You have a nice day,
    Best regards.
    Lee.

    BalasPadam
  11. @t.a.t.a Tak pernah la pula...maybe sebab masa tapu tu...perut dah kenyang kot...hahahahaha

    BalasPadam
  12. @♥ Wina ♥ Wina, dekat jer dengan kita. Kat Bukit Jalil nie ada tau. Yang masuk ikut AFC tu...

    BalasPadam
  13. @Rai Ourkizuna Uishh...besarrrr. Kalau jenis makan sikit, ngam2 share berdua. Salmon dia sedaplah Rai. Consider bukan salmon yang cikai la.

    BalasPadam
  14. @:: Mrs.Eady :: Izwa...Abg Shamin macam mana? Akak ni dok risaukan dia jer...

    BalasPadam
  15. @Daddy Ziyyad Sedap....berbaloi dengan apa yang di bayar...

    BalasPadam
  16. @Shamsiah Abdul Rahman Masalahnya, kalau saya tengok gambar Kak Sham saya jadi kebuluran pula...hahahahaha. Sedap2 jer nampak semuanya.

    BalasPadam
  17. @Kakzakie Betul kak. Kami pula, semuanya suka spaghetti...hehehehe

    BalasPadam
  18. @Seri Kandi Tanah Jauhar Bakal menantu? Wahh...jauh lagi kakk...hahahahha. Owh, saya dah beberapa kali cerita pasal food kat Murni dalam blog nie. Takut ada yang jemu pula... ;)

    BalasPadam
  19. @aby Kat ss2 tu agak kurang selesa sikit. Yang ni, kami pergi di Bukit Jalil.

    BalasPadam
  20. @azieazah Ok kak..set. Len kali kita gi sana yer. (Macamlah pernah makan dengan akak...hahahah)

    BalasPadam
  21. @Shane Hello Lee... Well, Murni is the name of the Restaurant. Could be a name of SYT, right? Hahahahaha

    BalasPadam
  22. mi goreng biasa tu ya Rabbi...terkecur airliur akak..
    mcm rupa mi mamak zaman dulu, lazatnya nauzubillah! skrg tak mungkin boleh jumpa lg sesedap itu...

    BalasPadam
  23. psstt: luar topik.. kak, tu gambar akak tahun bila kak.. nampak lainlah.. ;)

    BalasPadam
  24. @Queenie Tapi mee goreng tu memang sedap kak.... Agaknya macam mana sedaplah mee goreng mamak zaman dulu tu kan...

    BalasPadam
  25. @aizamia3 Gambar beberapa minggu lepas...hahahhaa... Teknik camera dan pencahayaan jer yang lain tu Ina...hahahahaha

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com