Belum pun dua bulan berlalu sejak Ba meninggalkan kami semua. Buat masa ini, setiap hujung minggu, kami tetap ziarah beliau di persemadiannya. Bukannya apa, kena tengok selalu sebab takut tanah tu mendap. Bila tanah mendap, kami kenalah top up kan sikit2. Sementara menunggu nak buat batu nisan. Biasanya lepas 3 bulan, tanah dah betul2 kuat, barulah buat nisan dan kepuk kubur.
Bila pergi, Mommy selalu bawak hirisan daun pandan dan bunga2 untuk tabur. Bukan untuk apa2, sekadar melepaskan rindu dalam hatinya selain kiriman doa dan ayat suci.
Hubby rajin petikkan bunga. Di rumah kami, ada 2 jenis bunga yang harum. Bunga melur dan bunga kenanga. Hubby yang tanam. Kat laluan depan rumah pula, ada pokok cempaka yang selalu berbunga. Selalunya memang ada jer bunganya. Pokok ini di tanam oleh Majlis Daerah Alor Gajah.
Yang kuning, bungan cempaka.. Yang putih dan hijau ialah bunga kenanga.
Letak dalam kereta sementara sampai rumah Mommy, harum semerbak wanginya.
Adam selalu kena pegang plastik sementara papa petik bunganya.
Nampak tak atas kepala Adam...banyak bunganya kan.
rimbunan harum...
BalasPadamDulu masa arwah atuk saya baru meninggal, memang kubur dia kena tunggu smp 7 malam. Sebab dia meninggal Jumaat Keliwon dan masa tu orang kampung yang masih percaya kuat benda² kurafat tu ramai. jadi langkah berjaga² kena tunggu jugak.
BalasPadamsaya suka bau bunga kenanga.. selalu ambik bunga tu selit celah telinga..hehehe..
BalasPadammmg wangi bau bunga kenanga tu..lebat pulak tu..menjadi betul.
BalasPadammemang banyak kan kak pokok tu kat Alor Gajah.. tinggal nak petik je.. bunganya pun cantik2.. ;)
BalasPadam