Jarang2 kita bercerita tentang tempat2 makan di Port Dickson kan. Pertamanya, sebab kita jarang nak berlama-lamaan di PD. Keduanya, kalau kat PD, dah tentu lah makan kat rumah, atau sekadar beli lauk sikit2 atau lepak2 kedai tomyam malam2. Kalau ada pun kedai, semuanya biasa2 jer. Nothing to share. Tak ada yang beyond expectation.
Tetapi.....
Baru2 ni, ada satu kedai mamak baru di PD yang dah mula mendapat perhatian kami. Baru jer mula beroperasi beberapa bulan yang lepas.
Restoran Mannusalwa
Sebelah kanan yang signage hijau tu ialah pusat tuisyen Adam.
Restoran ni adalah anak syarikat Restoran Haji Tapah. Siapa pernah dengar? Dulu, masa kita study, kita dengan kawan2...dan kemudian dengan tunang (hubby ler..) selalu lepak di Haji Tapah dekat Ong Tai Kim Gombak tu. Rupa2nya, Mannusalwa ni adalah cawangannya, anak syarikatnya. Yang bestnya, owner Mannusalwa ni rupa2nya pernah serve kitorang masa kitorang bercintan cintun dulu..... Dia lepak borak2 dengan kami, kata macam pernah nampak...story punya story...maka sampailah ke zaman 14-15 tahun lepas. Dan dia pula masa tu masih belasan tahun dan masih belajar menguruskan perniagaan dengan bapa dia...sehinggalah sekarang, dia dah berjaya ada restorannya sendiri. Hahahahha...
Oh, ownernya ni, permastautin tetap Malaysia. India mari...jenis yang macam hindustan tu. Yang tu selatan ke utara ekk? Lepas tu, kahwin dengan perempuan Melayu...beranak pinak semua kat sini lah.... Siaplah adik beradik dia pun ada yang kahwin India Muslim Malaysia, ada yang kahwin Melayu juga.... dan semua pun ada restoran sendiri juga. Kaya betul lahhhh....
Apa yang istimewanya kedai nie...?
Masa minggu ke-2 dia baru di buka, kita dengan hubby cuba lunch di sini. Nasi beriyani dan lauk pauknya. Something different. Karinya tak pekat melekat macam kebanyakan mamak, tapi lebih ringan sedikit rempah2nya. Nasi beriyani pun tak kuning atau cekelat macam biasa. Tapi colourful..macam nasi hujan panas pula. Tapi bila makan, memang terasa beriyaninya... Tapi, nope, nasi beriyaninya tak outstanding sangat. Sedap2 biasa jer... Mommy punya nasi beriyani lagiii sedap... heheehehhe.
Then, kami datang malam pula... First time datang, kami suka. Suasana mesra...lapang, dan paling penting, bersih. Kerusi, meja lantai semua berkilat. Ke, sebab baru ke..tak tau lah kan....
Bila datang malam, kami order roti naan. Adam sangat suka dengan naan. Paling feveret ialah naan cheese. So, kami order sorang sekeping. Lepas dari malam tu, boleh kata selalu sangat lah kami repeat kat situ semata2 sebab nak makan naan cheese nya... Berhantu okehh...
Naan Cheese
Kat atas ni, contoh naan cheese. Cheesenya kat dalam ler...mana nampak. Cheese kat naan restoran ni, tak ada leleh punya. Cheesenya sedang2 elok ada rasa cheese. Tapi entah kenapa, cheese dalam naan ni macam menambahkan perisa pada naan dan juga melembutkan naan ni. Perisanya tak strong....tapi kita akan rasa nak makan lagi dan lagi sebab nak determine rasa yang ada. Sort of food trap. Trap kita untuk makan lebih..hahahahaha.
Bila borak2 dengan ownernya, cerita pasal kesedapan naan dia...owner dia mengaku naan dia memang sedap. Dia memang cari tukang masak naan nie. Tukang masak naan ni ialah orang Pakistan. Pernah kerja dengan bapak dia dulu...lepas tu balik negeri. Datang semula, kerja kat kedai lain di Jalan TAR, tapi owner Mannusalwa berjaya jejak dia dan offer baeeeekkkk punya, bawak datang PD.
Set Roti Naan Cheese
Kadang2, kami tak dinner kat rumah dan makan nasi. Kami purposely datang sini untuk dinner roti naan cheese ni. Bila dinner, kenalah ada tandoorinya sekali.
Nampak tak kuah kari tu? Kuah tu adalah kari dhal campur kacang kuda. Aduhai, the right amount of spices, the softly cooked of chick peas in lentil curry..wallah! Oh, bear in mind. This curry is a little bit spicy and fiery. Which is sangat disukai ramai di PD tu. Maklumlah, orang nogori semuo eh nak podeh. Tapi, no worries, kalau tak nak pedas, minta jer lah kuah dhal yang biasa.
Chicken Tandoori
Chicken tandoori...kalau kami makan 3 beranak, selalunya ambil dua jer ayam tandoori. Oh, Adam kan ke makan portion orang dewasa kan... Anyway, 2 tandoori pun selalu bertolak2 untuk nak dihabiskan. Ayamnya memang garing..crunchy tapi isinya lembut dan moist. Boleh terasa rempah perapnya sampai ke isi ayam. Tak lah sampai overspiced, tapi just nice. And paling best, boleh rasa kemanisan daging ayam tu menandakan mereka menggunakan ayam segar. Kuah tu adalah special mixture antara mint (pudina) dan rempah2 lain. Kita belum dapat detect lagi apa bendanya, tapi tak lah menyengat dan masam macam pure mint sauce tu kan.
Adam pula, dia sangat suka dengan kuah tosei yang sambal tu. Kuah cicah tosei kan ada 2 jenis sambal selain dhal kan? Ada yang putih (kelapa) dan satu lagi yang merah. Adam suka yang merah tu. So, makan naan ni, dia memang minta sambal merah tu....
Bila makan sorang sekeping naan ni, dengan tandoori yang di kongsi, dah cukup mengenyangkan untuk dinner kami.
Mula2 ayah yang inform pasal kedai nie masa dia baru2 dibuka. Tapi ayah tak pernah try naan dia lagi. Sekali, bila kami bawa balik naan ni....ayah rasa sedap. Dah, dia pun suka. Everytime ambik Adam balik dari tuition, atau hantar Adam tuition, kadang2 ayah lepak sini dulu...hehehehehe
Tapi, harus di ingat. Naan nie, pukul 5.00 petang ke atas jer tau.
Kalau agak2 nak lepak2....pekena naan cheese kat PD...bolehlah singgah kedai nie yer...
Kalau ada lagi tempat2 best di PD untuk makan, kita akan kongsikan yer.. Insya Allah.
.
kitapun suka nan.. tapi tak lagi dapat yang menawan hati... PDtu jauh sangatler pulak...
BalasPadammungkin owner dia tu baik so kitapun rasa cam seronok nak datang lagi.. kadang kitapun gitu kalau owner dia baik nak layan suka gak datang sebab rasa dekat dihati..
Kak, dalam pinggan tosei tu ape ke mendanya yang warna putih tu?
BalasPadamtelan ayaq lioq ... glup glup ni
BalasPadamterliur
BalasPadamterbaiklah review akak.. memang buat orang rasa macam la la ni jugak nak lari pegi PD cari kedai tu.. adess.. jauh pulak tu..
BalasPadamAduhh nampak sedappp
BalasPadamnanti balik kg atok suami, boleh la singgah sini. Mmg ngidam naan cheese ni. Hubby janji nak bawak pi RSMY yg kt jalan tar tu. Tapi tak peginye lagi.
mmg susah nak cari makanan sedap kat PD..kalau gi cuti dah pening kepala nak makan kat mane hehe
BalasPadambolehlah try restoran nie kalau gi PD nanti insyallah
@Cho Zila Iyalah kak kan. Kat area kita di Puchong ni, tak berapa ada nan yang best lah kan. Yang boleh tahan sikit, kat Murni Bukit Jalil yang belakang AEC tu...
BalasPadam@t.a.t.a Eh Ta... Awak tak pernah makan tosei dengan kuah putih tu yer. Itu sambal dia juga...tapi sambal bersusu dan ada kelapa parut yang kasar2 sikit...so sedap la juga. Pekat.
BalasPadam@Chik Att Suka naan yer... :)
BalasPadam@Nurzakiah Hanum Ngencess...
BalasPadam@Rai Ourkizuna PD dengan S. Alam...ala...dua jam jer Rai..wink..wink... Hehehehehe
BalasPadam@Cik Puan Eka Yang kat Jln TAR tu...akak belum try lagi...
BalasPadamKakak suka tosei cecah dgn kuah putihnya yg ada masam tu Ziela.
BalasPadamKalau roti naan kakak suka dgn kuah daging cincang+kentang. Sedap kan..
pergh kak...telan2 ailiyo lieya yg puase ni tgk kak...lieya mmg hantu mamak kak tapi sejak diragui kebersihan mamak kat putrjaya ni terus tak pergi dah...
BalasPadamnanti sampai kat pd ni lieya nak try le kak....bulan 3 ni nak pi bercuti sekolah kat pd...lieya nak try pergi sini la ...thanks kak sebab rekomen...
Kan kan..
BalasPadamNi yg suka ziarah rumah adik yg sorang ni. Ada jer tmpt mkn baru.
Mana la tau.. sesat2.. blh gak try nnt..
Ada masa time balik kg harap2nya akak ada kat rumahlah.. bolehlah kita jalan2 ke sana.. ;)
BalasPadamsis! ni baru betul2 cheese na!
BalasPadamakak punya tu temberang jer gaknya! LOL
tosei tu amboiii...lebor dulang you!
sambal merah tu yg takleh tahan kan? akak kalau tapau tosei, mesti mintak sambal lebih! hehehe
Saya tak pernah makan chicken tandoori tu. cmne lah rasanya eh. Roti naan tu pun pernah makan sekali jer...
BalasPadammakan sebijik roti nan tu pun dah sama mcm makan nasi, apaptah lg klu kuah nya sedap ..
BalasPadamapapun nampak sedap2 yg disajikan tu
@Kakzakie Wah...jarang ada yang kuah cicahnya ialah daging cincang.
BalasPadam@lieyalatif Ooo...bercuti di PD yer...? Laa... apa jer yang ada dik... Pantai jer yang best. Makan2 kureng sikit. Nak melawat2 pun...ala2 kadar jer... Tapi yer lah..as long as ada family...enjoy jer kan..hehehehe
BalasPadam@Shamsiah Abdul Rahman Kak Syam, akak kalau balik sini, confirm tak leh gerak dari rumah. Ramai yang rindu tu..hehehehehe
BalasPadam@aizamia3 Alor Gajah ke, PD Ai? Hehehehehe
BalasPadam@Queenie Kak Q, cheese nie tak nampak pun. Akak punya cheese, double..tebal..leleh..perghh!!! Tengkiu resepi sambal merah tu yer kak..I lap you...
BalasPadam@Teena Tna Tak pernah...? Err, nanti dtg sini cuba yer...
BalasPadam@aby Tapi disebabkan ada cheese, maka kalorinya berlipat kali ganda lebih dari nasi...hahahahaha
BalasPadamYang tu bukan sambal putih..nama.sebenarnya ialah chutney kelapa..yang warna tu chutney tomato
BalasPadamLATEST UPDATE !!!!
BalasPadamKedai ni dah tak wujud. Dah tukar owner lain, dah tukar nama lain.
Harap maklum…
Kedai ni tukar nama sahaja jadikan ss maju tapi owner tukang masa semus sama saja lepas renovation kedai ni lagi bersih makanan lagi sedap especially cheese nan..
Padam