Wah. lama sungguh tak bersiaran yer... Maaf la. Sibuk dengan berbagai2 urusan keluarga di rumah. Baruuu nak jenguk blog kejap, ada2 jer hal yang memerlukan tumpuan kita. Tak apalah, bukan selalu pun kan...
Ok, kita pernah janji nak review sebuah kedai di Kuantan kan? Hari ni kita nak tunaikan janji.
Tapi.....
Kedai ni ada keistimewaannya. Tak kiralah pelanggan baru atau lama, layanannya sama. Penuh sopan dan penuh etika. Efisen. Cepat. Ada sesetengah kedai, kalau pelanggan biasa tu dia jadi over peramah dan dia abaikan pelanggan baru. Ada kedai pula, pelanggan yang biasa datang, dia layan sambil2 lewa. Tapi kedai ni tak langsung.
Ownernya dan isterinya muda lagi. Isterinya seorang wanita lembut yang berpurdah. Bila dia ambil order, walaupun hanya nampak mata saja, tapi kita tetap tahu dia tersenyum di sebalik purdahnya. Subhanallah.... Jadi, tiada keraguan tentang halalan toyyibannya, InsyaAllah. Lagi satu kan, mereka suami isteri kalau makan mesti makan sepinggan. Sweet kan....hihihihi
Mari kita tengok makanannya pula....
Antara pilihan makanan kami. Hubby suka daging masak merahnya. Oh, hidangan daging dalam piring kat atas tu, dah di ngap sebahagiannya yer..... Memang sedap. Dagingnya tak pernah liat dan keras. Lembut dan moist. Bila kunyah daging tu, terasa sosnya dah diserap oleh daging. Maka bila masuk mulut, kita tak kunyah daging yang kering dan kesat semata2. Memang sedap.
Kita pula suka sotong goreng kunyitnya. Biasanya kita suka sotong goreng tepung, tapi di kedai ni, sotong goreng kunyitnya memang meletop! Sayur2nya tak benyek. Masih crunchy lagi. Sotongnya penuh rasa rempah. Kunyitnya, garamnya, mungkin ada taburan serbuk lain lagi yang sangat memberi rasa yang berbeza pada sotong tu sendiri. Paling kita kagum, kekenyalan sotong itu sendiri sangat tepat. Tak liat dan tak hancur. Springy but yet softly chewable. Kalau nak diratah sotong itu jer, memang tak cukuplah sepiring ni.
Ini pula, kami pilih ikan bawal emas masak 3 rasa. Alamak aii...sosnya memang sedap betul. Tak ada rasa yang outstanding, semua rasa balance. Jadi kita rasda nak cedok dan cedok lagi...rasa nak ngap dan ngap lagi. Ikannya pun digoreng sempurna. Tak terlalu garing isinya, tapi cukup garing untuk dikunyah di beberapa bahagian .
Dan kami sejak kebelakangan ni, tak pernah lagi tak order keropok lekornya. Sepiring dua ringgit. Aduhai...sedapnya. Kita tak berapa suka keropok lekor yang terlalu banyak isi ikan atau terlalu banyak tepung. Tapi yang ini memang secukup rasa. Lembuttt jer. Ikannya pun terasa, tapi tak lah sampai hanyir. Dihantar ke meja panas2. Makan tak boleh guna tangan, nanti melecur. Kena cucuk dengan garfu, cicah sos dan tiup2 sampai boleh diterima oleh gigi dan lidah. Nyam..nyam..nyam...., eh dah habis? Cucuuuuk lagi dengan garfu. Sedar2, dah habis sepiring.
Ini ruang dalam kedainya. Kedai biasa. Tak ada yang luar biasa. Ruang dalamnya di cat dengan warna hijau lembut. Sejuk jer mata memandang.
Kita tak ambil gambar luar kedai sebab dah malam. Gelap. No point juga. Tapi kalau nak pergi kedai ni, lokasinya betul2 berdekatan dengan traffic light di Sungai Soi. Traffic light yang nak menuju ke Pantai Sepat.
Kalau dari Kuantan nak menuju ke Pantai Sepat, kedai ni di sebelah kanan. Maknanya kena u-turn di traffic light tu dan terus himpit kiri. Kalau dari Kempadang ke Kuantan, kedai ni di sebelah kiri. Lepas jer traffic light, terus parking di kiri jalan.
Nama kedai ni, Kedai Fendy.
Kalau ke Kuantan, setakat nak makan2 biasa dan sekadar nak mengisi perut, memang terbaiklah pilihan ni. Insya Allah tak mengecewakan....
.
sedapnya kalau dpt sotong goreng kunyit...jaun na kedainya...
BalasPadamEm dah laparrrr :(
BalasPadammenarikss!
BalasPadammemasak dari hati
BalasPadamtu psl sedap kot
Cerita pasal owner nya berpurdah, teringat satu kedai yang kami pergi masa balik beraya. Dah lapar sangat, kami singgah satu kedai makan ni. Owner nya pun perempuan berpurdah.
BalasPadamKami order pelbagai menu nasi paprik, mee bandung dan nasi pelbagai la. Yang kelakar nya walaupun menu itu pelbagai tapi ada satu je yang sama.
RASA nya tetap sama semua! Hahaha. Kalau nasi paprik memang rasa paprik la. Tapi daging masak merah pun rasa paprik jugak.
Nak beritahu tak sampai hati pulak. Hahaha.
Kalau macam ni bukan la kedai biasa2... kalau makchaq dah kira kedai superb ni...
BalasPadamkedai biasa makan rasa biasa2 ja... nak ulang pi pun malas...
Kalau sedap berbaloi nak membayarnya. Tak rugi juga mewar-warkan kepada org lain..
BalasPadamsusah nak jumpa kedai mcm tu kan kak.. kami susah sikit jumpa kedai melayu yg sedap berbaloi baloi.. nak makan masakan melayu, makan di rumah saja..
BalasPadamlawak baca komen si tata..
Tgk gambar ikan bawal masak 3 rasa tu pun dah boleh agak sedap...:)
BalasPadamselalunya, kedai2 makan yg biasa2 ni yg sedapppp
wahhh makan2 lagi :D
BalasPadamadeiiiii...tetiba rasa lapar tgk menu n penerangan aziela yg brjaya buat akak terliur...
BalasPadamhttp://naurahsweet.blogspot.com/
harus singgah bila ke Kuantan.. tapi banyak sangat tempat nak singgah takut terlupa..
BalasPadamakak suka Ziela bab merasa-rasa makanan ni.. hihi
bila dibacatu terasa sedapnyer... kalau tak sedap tentu susah nak ditulis dalam bahasa yang sebaik itukan..
BalasPadamkitapun suka kedai biasa2 sebab selalu terkena ngan kedai yang deko meletup memang kategori kedai yang ada citarasa tapi bila makanan di hidangkan tak terasa nikmatnyer .. bila nak membayornya lagiler hazab ... rasa tak berbaloi dengan bayaran dikenakan...
Hello Aziela, I really love the way you describe about eating the delicious food....And I guess saya tentu lichin kan tiga pinggan nasi.
BalasPadamI have always loved, enjoyed Malay food and on my travels all over will stop at small kampong towns, eat at those Pakcik/Makcik kedai makanan....
I love Kuantan, but da lupa mana tu Pantai Sepat.
But ta'lupa tu Telok Chempedak....
Can see you and family enjoy finding new places to try out the foods.
Ok, bila saya balek kampong, pergi kedai Fendy.
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
ntah bila lagi kami nak pergi ke Kuantan tu kak.. hubby pun dah sibuk kerja susah dapat cuti :(
BalasPadam@msredcheesecake Jauh kan....
BalasPadam@- NA - Gi makan kak...heheheheh
BalasPadam@:: Mrs.Eady :: Sangat...
BalasPadam@Irfa Iyer lah kot kan...
BalasPadam@t.a.t.a Serius? Mee bandung jadi mee paprik la yer? Woww..hebat tu...hehehehehe. Ok..ok..being sarcastic here..
BalasPadam@makchaq Kedai biasa yang luar biasa, boleh dah makchaq?
BalasPadam@Kakzakie Yer betul...hehehehe
BalasPadam@Rai Ourkizuna Betul, susah nak jumpa. Tu sebab bila ada, akak sharekan kat sini.
BalasPadam@Daddy Ziyyad Tak selalu Doc... tu yang jadi kagum tu...
BalasPadam@Zamani Abe Makan la dikk..hehehehe
BalasPadam@NzA Uishhh...sedap kakkkk....hehehehe
BalasPadam@Seri Kandi Tanah Jauhar Ikut tekak saya jer tu kak...
BalasPadam@Cho Zila Bab tak sedap dan harga tak best tu..memang terasa azabnya kan...
BalasPadam@Shane I think I will try to snap a few pics of Telok Chempedak for you la Lee. The stalls are long gone now. Eating Malay food at Telok Chempedak is a big NO now. The only attractions of food is the fast food there...
BalasPadamThank you for being here. Stay gentleman...
@aizamia3 Tak apalah. Sibuk is good.
BalasPadamKalau ke Kuantan boleh singgah kat kedai ini...
BalasPadam