Rabu, 5 Mac 2014

Orang Johor Baharu Sekalian, Saya Perlukan Cadangan Anda

Assalamualaikum.....

Tak kiralah kampung di JB, menetap di JB, berdekatan dengan JB, selalu ke JB, atau apa2 saja, janji anda semua boleh membantu kita...hehehehehe

Sabtu minggu ni, Insya Allah kita akan ke JB dengan hubby. Hubby ada kerja hari Isnin minggu depan di Pasir Gudang, tapi kami nak bertolak awal sikit sebab nak pusing2 dan menikmati JB. Jadi, perlukan bantuan kawan2 sekalian untuk mencadangkan tempat2 menarik dan makan2 yang best di area JB. Nak geledah blog kawan2, kita takut kita ketinggalan zaman. So, untuk latest update and news, sila lah tinggalkan komen anda di bawah ni yer.

Tempat yang dalam perancangan ialah :

1. Restoran Singgah Selalu, Danga Bay.
2. Pasar Karat
3. Kacang Phol di bomba Larkin

Setakat ni, baru itu yang terfikir. Ada tempat lain tak? Masa tak panjang, tapi yang mana sempat, kami nak cuba. Oh, jangan lupa tolong berikan direction lokasi dengan terperinci sikit yer. Maklumlah, kami ni memanggg sangat tak pandai area JB tu.

Psst, pasar karat tu kat mana yer? Macam mana nak perginya...?

Oh, kami tak bercadang ke Legoland. Tak larat mak nak menapak dik.... Lagipun Adam tak ikut.

Ok..sila..sila. Mari..mari. Sila tinggalkan cadangan anda.....

.

28 ulasan:

  1. paling top sekarang nie legoland la..
    untuk beriadah di tepi pantai boleh pergi ke Desaru..

    BalasPadam
  2. 1. Johor Premium Outlet.
    2. Restoran Senibong.
    3. Stadium Larkin.
    4. Holiday Plaza.
    5. Plaza Angsana.

    BalasPadam
  3. sori kak..saya ni nama je lahir besar kat johor..tapi besar dengan air tangan mak je..sampai sekarang kalau tanya tempat makan sedap kat johor..yg saya tau.. rumah mak saya.. hehe..

    BalasPadam
  4. http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2011/07/mee-rebus-tulang-zz.html

    http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2013/04/luton-van.html

    BalasPadam
  5. Alang-alang dah sampai Pasir Gudang terjah dululah Senibong Ziela.. Kalau ke Nusajaya nak ke Hello Kitty dan Legoland singgah makan di Restoran Saujana.

    Bazar karat tu betul-betul tangah bandar JB yg sesak padat. Kalau dari utara jgn terus drive tegak bimbang sampai Woodland pulak hihi... nampak bangunan MBJB susur ke tepi. Ikut aje sebelah kiri sampai jalan segget. Nampak banyak kemah dan lampu itulah tempatnya. Tapi kalau nak pusing ikut Puteri Pan pun boleh sebab parking memang sesak teramat sangat.

    BalasPadam
  6. yess saya baru nak bagi link blog dr daddy ziyyad!

    BalasPadam
  7. hiiiiiiiiiiiiii.. nak gi JB ke???? Wawawawa.. sempat ke nak jumpa ye.. akk ni hari sabtu adalah ahri paling sibuk.. tapi takpe.. tapi takpe..

    1. Kalau nak makan Seafood Mahal.. masakan melayu, gi Senibong..

    2.Seafood Mahal jugak masakan Cina Muslim gi Restoran Yeo Gelang Patah.

    3. Asam Pedas Tanjung Nelayan - Gelang Patah

    4. Restoran Terapung Gelang Patah

    * yang kat Gelang Patah tu bleh set gps, mesti jumpa

    5. Masakan Tomyam harga berpatutan - Azlan Seafood (keluar Tol Kulaijaya... jalan sikit akan nmpk Azlan Food di sebelah kanan)

    lagi apa ek... bleh juga ke Sayam Seafood.. dekat dgn The Zon Stulang Laut (berdepan ada gerai2)

    kalau nak pergi Bazar Karat, set gps City Square atau Pejabat Pos Besar JB.

    Singgah Selalu??? Mesti ada dlm GPS.

    Kacang Pool.. pun ada rasanya, takpun set gps balai bomba larkin

    Nt roger2 eh

    BalasPadam
  8. http://zouldahanblog.blogspot.com/2014/01/aku-ke-senibong-seafood-village.html
    View menarik makanan sedap. Sedikittttt mahal.. Tp ok la...

    BalasPadam
  9. kalau dh pegi Plaza Angsaan tuh , boleh jugak makan mee rebus hj wahid, dekat situ ade jugak kacang pol (sama je dgn yg kt larkin tu cuma ni cwgn baru)..

    BalasPadam
  10. Saya sokong semua cadangan di atas.

    BalasPadam
  11. kalau akak stay di pasir gudang..
    cuba restoran rahmat di kampung pasir putih...bukak waktu siang je...

    BalasPadam
  12. Hi Aziela, wah....coming down to JB this weekend.
    You can refer to PapaNtiQ blog for makan mania. He got blog about certain makan place in Pasir Gudang too. You can get lots of makan information in his blog.
    http://blogmakanbest.blogspot.com/

    1/ Singgal Selalu the food mahal sikit and not really nice.

    2/ Dann's Cafe Taman Daya. All the menu are excellent especially Laksa Johor, Mee Siam berkuah, Nasi briyani and nasi lemak.

    3/ Kacang Phol bomba Larkin is good.

    4/ Breakfast at Warung Saga di Jalan Mahmodiah is excellent.

    5/ Restaurant Dayang di Jalan Kolam air ( Behind RTM )

    6/ Restoran LC Catering - Jalan Tebrau. After Crystal Crown Hotel traffic light.

    Too many to name, you can blog walking at Papa NtiQ blog for more details.

    This Saturday is a school replacement for JB. I might be at City Square in the afternoon, mau pergi ambil gambar of my good friend Master Chef Shahriah Abdullah, ada event. Nak pergi kay poh sikit. LOL

    Have a nice week ahead,regards.

    BalasPadam
  13. entry ni boleh dijadikan panduan kalau ai nak ke JB.. hehehe.. ;)

    BalasPadam
  14. @zouldahan Saya dah pergi salah satu dari senarai itu...hehehe

    BalasPadam
  15. @Rai Ourkizuna Er, akak pergi rumah mak Rai jer la...hehehehehe

    BalasPadam
  16. @Kakzakie Kakakkkkk....saya sangat sedih sebab semua tu tak kesampaian....huhuuhuhu

    BalasPadam
  17. @Seri Kandi Tanah Jauhar Sepanjang di sana yang sekejap tu, tangan ni asyikkk pegang hp. Nak call akak ke tak..nak wassap ke tak...isshhh...takper ke kaco orang... sudahnya...keciwaa...huwaaaa!!

    BalasPadam
  18. @luddin rupa2nya bukan stay di Pasir Gudang. Keciwaa....

    BalasPadam
  19. @Amelia Ameliaaaa!!!!!! Uwaaa...crying out loud. I didn't manage to catch any of the places... So frust la...

    BalasPadam
  20. @aizamia3 Ai, bukan ada sedara mara kat JB ke? Hehehehehehe

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com