Jumaat, 11 Julai 2014

Mungkinkah masih berpeluang...?

Assalamualaikum.....


Waktu zaman belajar dulu, kita masuk banyak juga aktiviti persatuan dan kelab. Masa awal2, masa zaman matriks, tak berapa aktif lagi... Setakat aktif di asrama jer lah..AJK itu ini dan juga naqibah usrah.

Bila masuk main camp, kita buka peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perkara baru. Kita beranikan diri untuk membuat keputusan sendiri, mengorak langkah sendiri dan corakkan sendiri 'laluan' kita. Maklumlah, muda lagi. Masa tu kalau nak join apa2 persatuan atau kelab, semuanya kena tanya kawan. Kalau ada kawan2 yang nak join, baru join. Kalau takder, tak join sebab konon takder kawan.

Tapi bila kita buat keputsan sendiri dan beranikan diri sendiri, maka sebenarnya kita bertemu dengan kawan2 baru yang lain.

Antara program2 yang berprofil tinggi waktu di kampus ialah program Baktisiswa. Ini kerana, perancangannya amatlah rumit. Paling sedikit waktu persediaan ialah setahun sebelum tarikh program. Banyak yang perlu dilakukan sebab ianya program kemasyarakatan yang besar. Biasanya seramai 60-80 orang siswa yang terlibat... Program biasanya 5-7 hari dan pelajar akan jadi anak angkat kepada penduduk kampung yang terlibat.

Kita bertuah kerana telah terlibat dalam 4 program baktisiswa. Maknanya kita ada 4 pasang ibu bapa angkat...

Malangnya, bila berkahwin dan sibuk dengan kerja, semua itu bagai hilang di angin lalu. Yang masih boleh dikatakan berhubungan hanyalah ibu bapa angkat di Kedah iaitu yang pertama dan yang terakhir, di Felda Palong 11, Negeri Sembilan.


Ini adalah mak dan ayah di Palong. Ayah nama Aziz dan mak nama Azizah. Mak pegang adik yang bongsu. Yang pakai baju biru adalah anak sulung ayah dan mak. Kali terakhir kita menziarah mereka ialah sewaktu Adam berusia 2 tahun untuk menghadiri perkahwinan anak yang sulung tu. Selepas itu, kami terus terputus hubungan. Mungkin tahun ni kita nak cuba ajak hubby meronda dan cari kembali mereka...itupun kalau kita masih ingat lokasi rumah...sebab perubahan dan terlalu banyak...



Ini pula mak dan ayah yang paling kita sayang. Dari baktisiswa ke dua. Bertempat di Seri Menanti. Kita tiada dalam gambar. Itu adalah kakak senior yang sama2 menjadi anak angkat untuk pasangan ini. Kira antara kami berdua, kita paling muda, so manja sikit. Yang lelaki tu, senior kita juga, antara AJK program yang rapat dengan kami.

Mak dan ayah ni sempat bermain2 dengan Adam. Masa raya kami dapat beraya dengan mereka beberapa tahun sebelum terputus hubungan juga... Baru2 ni kita jumpa Kak Ain di Kuantan...yang memberitahu bahawa kedua2 mak dan ayah telah pulang ke rahmatullah... Allahu Akbar.... Kasih sayang mereka tak mungkin dapat kita lupakan... Punyalah sayangnya mak pada kita, bila bangun pagi dia dah siapkan air panas sebaldi untuk kita mandi. Agar jangan kita kesejukan mandi air kolah subuh2 hening. Kasihnya ayah, kemana saja ada majlis untuk dihadiri, pasti kita diseret bersama. Diperkenalkan kepada sahabat handainya, ini anak dia.... Sehinggalah majlis menyembah Tuanku Yang DiPertuan Besar N.S. di istana pun, dibawa kita bersama...

Yang di Kedah, walau jauh, tapi kita tetap rindukan mereka. Ada juga saling menelefon. Semoga dipermudahkan Allah urusan kita yang berniat untuk menziarahi kesemua mereka nanti.  Rindunya kita pada semuaaa mereka, hanya Allah yang tahu. Cuma tangan tak sampai nak menggapai semuanya.... Masih banyak langkah kita yang terbatas....

Mak2 dan ayah2 sekalian, tunggu kita yer...


Nota : Ironinya, semua mak dan bapa angkat meminta kita panggil mereka mak dan ayah...sama seperti mak dan ayah kandung kita di PD.

.

14 ulasan:

  1. raya nanti bolehlah pergi berkunjung kak...

    BalasPadam
  2. ramainya parents angkat akak.. saya takde peluang sertai aktiviti yg ada bagi keluarga angkat camtu.. kalau ada mesti seronok boleh berhubung dgn diorang camni kan..

    BalasPadam
  3. alahaiii rindu nyer bila baca entry nie..

    BalasPadam
  4. Naluri sebagai mak-ayah walau siapa pun macam kita juga walau bukan anak kita rasa kasih tetap ada kan..

    Moga mak-ayah semua tu masih dipanjangkan usia utk bertemu bila ada kesempatan.

    BalasPadam
  5. singgah jumaat
    hari ini anum mc badan x sehat

    BalasPadam
  6. seronok kan kak.. ada ramai family baru dan moga silaturrahim tu takkan terputus. raya ni boleh plan bebaik ni kak.. ;)

    BalasPadam
  7. untung akak..saya tak pernah berpeluang..duduk dalam course yg tak kenal erti cuti semester mmg la tak berpeluang..

    BalasPadam
  8. salam aziela ..
    syawal dah dekat ..
    boleh guna kesempatan syawal ni utk buat jejak kasih ..
    mana tau dapat jumpa kembali yg dirindui ..

    p/s .. mingggu ke 4 ramadan ni aby akan berada di Bera.. beberapa hari juga la .. hari tu ziela kata ada tempat jual udang galah special ..
    kt belah mana yer

    BalasPadam
  9. saya tk da mak ayah agkat..hanya kawan2 rapat yg brkngsi suka duka..

    BalasPadam
  10. tulah kan, hubungan yg tulus ikhlas akn tetap tersemat disanubari......akak pn ada sebuah keluarga jd mak/bapa angkat..alhamdulillah smpai skrg kami rapat cuma mak/ayah angkat dh meninggal namun hubungan dgn ank2 tetap mesra.

    BalasPadam
  11. Elok kan cari balik eratkan tali persaudaraan...sama nama mcm mak wa , Azizah :-)

    BalasPadam
  12. Beruntunglah punya ramai parents angkat...tak sunyi, raya mesti meriah punya..

    BalasPadam
  13. bila dah ada keluarga sndiri, nak jumpa kawan lama yg dekat2 pun masa terbatas, kannn.. apa lagi yang jauh2..

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com