Sabtu, 23 Ogos 2014

Berbagai Kisah di Bilik Fisioterapi

Assalamualaikum.....

Semalam kita masuk wad semula. Disebabkan sakit yang masih belum berkurangan, maka rawatan intensive terpaksa doktor beri. Intensif disini bermaksud fisioterapi. 2 kali sehari dan lebih detail lagi.

Maka kita pun dah mula berumahtangga dengan bilik fisio ni. Jadinya, berbagai2 kisah yang ada.

Contohnya pagi ini kita berjiran dengan seorang remaja yang kemalangan motor pada cuti sekolah untuk raya yang lepas. Kakinya tak patah, tapi ligamennya putus. Berjahit la melalui pembedahan. Pagi tadi selain rawatan ais dan senaman, beliau mula di ajar menggunakan tongkat.

Semalam, seorang pemuda yang berbungkus kakinya dan semua jari kakinya seperti dipagar oleh alat khas menjalankan sesi senaman ringkas. Katanya tulang jari kakinya patah kerana berhempas pulas nak menang dalam acara tarik tali. Tapi kalah juga.. Kalah dan
dirinya pula ditimpa kemalangan itu.

Seminggu sebelumnya kita jumpa seorang pensyarah yang juga ketua kampus, putus tendonnya kerana bermain badminton.

Itu antaranya.... Kadang2 sampai melopong kita mendengar kisah mereka.

Kemalangan tidak berbau......





7 ulasan:

  1. pelbagai ragam boleh ditemui kat unit physio kan kak...kat hospital mana akak f/up ni?

    BalasPadam
  2. kita pun terlopong gak ni.. hehehe

    semoga cepat pulih Aziela

    BalasPadam
  3. Semoga cepat sembuh Aziela..tak sanggup rasa dengar macam2 kejadian tu jan

    BalasPadam
  4. itulah yg dilalui oleh para doc saban harikan..pelbagai kecederaan...

    BalasPadam
  5. dear aziela..

    rasanya penah join GA saya dulu

    http://happyirfa.blogspot.com/2014/07/cuba-teka-ga-by-happyirfa.html

    belum bagi alamat lagi
    nt bagi alamat kat ruangan komen ye
    sy tak publish

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com