Assalamualaikum.....
Pejam celik, pejam celik... bulan Ogos semakin berakhir. Bulan September tahun ini paling mendebarkan. Satu2nya anak kami bakal menduduki UPSR.
Sedihnya, mama masih terpaksa menjalani rawatan. Kalau ikutkan hati, sentiasa nak berada di samping Adam. Hanya doa yang mampu mama titipkan buat masa ini.
Mana ibu atau bapa tidak inginkan kejayaan annya kan. Semua ibubapa mengharapkan kejayaan anaknya. Namun harapan itu semata2 kerana ingin melindungi anaknya. Tak mahu melihat kesukaran hidup anak menjelang dia dewasa. Waktu itu ibubapanya sudah uzur atau mungkin telah tiada. Siapalah yang mahu membantu.
Anyway, Adam sasarkan 5A. Tapi kita tidak mahu mengharap setinggi itu. Apa saja yang termampu olehnya. Dia masih kecil. Proses menuntut ilmu tidak sepatutnya melalui paksaan sehingga menjadi beban. Ianya sepatutnya terjadi atas.keghairahan kita mengumpul sebanyak mana ilmu yang boleh.
Jadi, di minggu2 terakhir ini, kita tak mahu terlalu memaksa Adam. Dia dah mulakan persediaannya 6 tahun lepas. Dia sepatutnya lebih tahu dimana dia sekarang.
Aih.... bila lah boleh jalan semula macam biasa ni.
Sabar Aziela....sabaaarrrr.
semoga adam berjaya.. insya allah ok.. bagus kalau dia sasarkan 5A kak..maksudnya dia sendiri yg nak berjaya.. bukan kita yg paksa atau suruh2..
BalasPadamsemoga kaki akak cepat sembuh.. saya pun debar nak masuk bulan 9 ni.. due da dekat.. hehe
all the best semua
BalasPadamoh yer, UPSR nak dekat dah...
BalasPadamSaya doakan Adam cemerlang kak..
BalasPadamDan andai tak cemerlang, jgn gusar..saya dulu pun tak cemerlang UPSR, hihihi...perjalanan masih jauh..
ps: tak perli akak la..hahahahaa...segala yg tertulis hanya kebetulan sahaja :P
Insy-Allah.. kuda-kuda sudah siap siaga tiba masanya Adam akan tunjukkan rentaknya. Doakan dia selalu...
BalasPadaminsyaAllah.. Adam boleh!
BalasPadamdan Ziela, insyaAllah cepat sembuh, ya
akak camne? tak okey lagi ke kak..rehat betul2 kak ye...in sha Allah moga akak cepat sihat balik....
BalasPadamAdam budak bijak kak...in sha Allah diterangkan hati tuk jawab soalan nanti....akak jgn putus doa...doa ibu tu mustajab.... moga Adam dpt jawab dgn tenang dan dicerahkan hati...amin
Gud luck Adam...InsyaAllah auntie doakan agar Adam mampu perolehi sprti yg ditargetkn.
BalasPadamBetul tu aziela, masa umo mcm ni kita xboleh terlalu memaksa..cuma tanamkan kesedaran dlm diri ank2....
salam kenal kak ziela..gud luck Adam!
BalasPadam