Rabu, 6 Ogos 2014

Hari Raya Ke-2

Assalamualaikum.....

Macam biasa, pagi2 kena gerak ke Kuala Pilah, kampung ayah. Ziarah kubur arwah wan dan atok. Kemudian kami teruskan ke rumah adik beradik ayah. Masa ni lah dapat jumpa sepupu2 dan anak2 buah yang ramai2 tu.

Tahun ni kita rasa happy. Alhamdulillah, nampaknya semua dah mula berjaga2. Sepupu...pakcik..2 pupu semuanya menjaga aurat. Yang bukan muhrim kami saling tersenyum dan memberi ucapan. Tiada salam-salaman. Kalau tidak dulu2, jenuh jugalah kita nak menjaga. Yer lah...masing2 konon ingat saudara, macam adik beradik, so hulur jer tangan bersalaman. Serba salah dibuatnya...

The ladies in the family

Rumah Mak Ngah ialah rumah pertama. Apa lagi, kami pulun makan habis2an kat sini. Merangkap breakfast la sekali. Selain juadah raya, ada juga nasi goreng kampung dengan cekodok cicah sambal sardin. Mak oii, terbaikkkk pagi2 raya sarapan macam tu.

Habis 5 rumah pada jam 12.00 tengah hari. Memang pantas betul la...ala2 touch n go jer. Kita pula nak segera gerak ke rumah nenek saudara hubby di Sg Buluh....

Kami bertolak dari Kuala Pilah pukul 12.30 tengah hari dan tiba di Sg Buluh ngam2 azan Asar sedang berkumandang. Ya Allah...jem teruk highway.

Tapi selesai juga..... Alhamdulillah....

.


6 ulasan:

  1. betul la, saya pun perasan yg thn ni takde lg yg bkn mahram hulur tgn kat saya (kecuali org tua). Mybe sbb hasil viral psl mahram kat WA & FB.

    BalasPadam
  2. Betul kak...raya...raya juga...hukum hakam juga perlu diambil kira kan....

    BalasPadam
  3. acik raya pertama memang habis sampai petang..macam tu TnG jugak..sejak awrah mak dan rumah kampung tak buka..raya kedua tu acik dah mula menerima kunjungan tetamu..sedara mara..adik beradik sepupu sepapat..kali ni sampai raya ke empat..sebab raya ke 5 acik tak de dirumah hantar hero bongsu..ada juga yang telefon dah sampai depan pagar tapi acik tiada dirumah

    BalasPadam
  4. betul Ziela, akak pun dah tak salam sebarang sekarang. Dgn sepupu2 lelaki dan ipar duai lelaki. Tapi ada jugaklah yg terbabas bila depa duk hulur tangan, segan pulak kalau tak menyambut.. takut depa yg segan nanti..

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya kak Aziela..
    tahun ni tak sempat nak jumpa kat kampung..

    BalasPadam
  6. 5 rumah..huhuhuh..saya kalau convoy beraya..masuk rumah ke 3 dah jenuh..perut sendat makan...hahahahhaa...

    jem kat hway tu mmg takleh elak dah...

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com