Rabu, 17 September 2014

Makan Sedap Masa Berkursus

Assalamualaikum.....

Bila pergi berkursus, biasanya kita rasa seronok sebab tak perlu keluarkan duit untuk makan. Dah lah tu, kejap2 makan, kejap2 makan kan? Tapi tak semua tempat berkursus disediakan makanan yang sedap. Ada  juga yang ala kadar jer.

Masa kami berkursus beberapa bulan lepas, kami rasa seronok sikit sebab syarikat bermurah hati nak booking Royale Chulan untuk kursus. Wah, seronok betul sebab yang uruskan semua tu kita sendiri. Sebelum kursus bermula, berkali2 kita ingatkan mereka untuk serve yang baik2 sebab CEO kita cerewet sikit.


 Hari pertama punya breakfast. Breakfast tau, bukan coffee break. Bukan main sedap lagi samosa dia..dengan mini popia otak2 tu.


 Ini adalah petugas2 yang terpilih untuk kursus pengurusan yang khas ni. Trainernya memang superb. Sangat profesional. Time hentam, dia hentam betul2. Time bagi solution, dia betul2 tak kedekut punya.

Ini adalah tea break. petang lah, sebelum balik. Banyak lagi gambar2 yang kita tak dapat snap sebab kebanyakan waktu makan tu kita terpaksa duduk semeja dengan CEO dan juga trainer. Adoiii....memang tertahan2 betul lah makannya. Bos2 ni dah selalu makan luar, so diorang makan pun sikittt jer. Yang kita ni dah kebuluran. Dah ler tu, waktu makan kena bincang lagi isu2 serius....aduhaiii.


Untuk lunch, memang ikut buffet hotel. Perghh...sangattttt banyak pilihan menunya. Macam2 ada. Yang pelik2 pulak tu. Ini, kalau ada bajet lebih, bawak family datang makan mesti best nie...

 Ini pasta apa tah...dish yang kita ambik masa second day. Sajer makan lambat2....so bila boss2 dah habis makan, baru kami tarik nafas dan makan dengan seronoknya.

 Sashimi yang fresh dan sedap. Japanese section agak tersorok sikit kat belakang. Sajer jer dia nak sorok kan...sebab dia tau guest mesti ramai yang suka Japanese food.

Nasi beriyani hari pertama. Tengoklah, ciputtt jer kita makan kan. Sedih..sedih... Bosses ada. 

Ini second day, aka the last day. So haruslah pulun kan... Uishh..kerabu tauge yang simple tu pun rasa sedap bangat. Memang sedap2. 

Ok....puas hati bab makan. Air panas semua free flow sepanjang training. Memang luxurious betul.

Sayangnya, susah nak dapat pergi training2 macam ni. So, bila ada peluang, selain menuntu ilmu tu, explorelah makanannya yer....



.

9 ulasan:

  1. Kite tgok pon dah rasa sedap inikan akak yg makannye hehehe

    BalasPadam
  2. Tempat mewah, mesti makanannya pun mewah... :)

    BalasPadam
  3. adoi.meleleh ayaq liuq kita tengok makanan...memang nmpak sdap walau pu tk rasa.thats why plating is so important when serving food kan?

    BalasPadam
  4. Kalau kakak jenis tak kisah Ziela. Kalau rasa nak makan kakak makan aje tak kisah depan CEO ke bosses ke sebab dah kita asyik kena duduk dgn dia nak macamana. Rugi kalau teringat bila dah balik hihi..

    BalasPadam
  5. Kami la ni sebab langkah2 penjimatan, kursus kebanyakkannya inhouse & di pusqt latihan jabatan je.. makan pasti la ala kadar.. tapi sebab lain dari lauk kantin.. layan jugak la setakat 2 3 hari...

    BalasPadam
  6. ialah, kalau makan kat meja vip memang kena makan sikit2 jer.. sedeyyy, hehehehe

    BalasPadam
  7. royal chulan kat KL tu ek? memang makanan dia sedap-sedap.

    BalasPadam
  8. Salam Kenal... ;-)

    Best kan kursus kat tempat2 gini..The Royale Chulan food dia memang sedap..kari ayam dgn roti jala dia pun mantap...tapi kalau semeja ngan boss..memang tak bestla kan..jenuh menahan selera, ye tak... ;-)

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com