Assalamualaikum.....
Sebenarnya minggu ni adalah minggu yang sangat menyesakkan dada. Berbagai2 rasa ada di dalam diri. Namun, demi sebuah kehidupan kita teruskan juga.
Minggu lepas, kita diberitahu secara lisan yang bermula Isnin kita akan dipindahkan ke anak syarikat yang baru. Boss baru beli satu travel agency yang kecil. Tak ada angin, tak ada ribut, secara tiba2 kita kena berpindah.
Dari Bukit Jalil, ke Bangsar bukanlah jauh. Tapi perjalanan merentas kesesakan lalu lintas sangatlah menyakitkan. Perjalanan 20-25 minit menjadi 2-3 jam setiap hari.
Bukan itu saja, sebenarnya hanya 4 orang petugas yang dipindahkan ke syarikat kecil ini yang hanya mempunyai seorang petugas. Itupun kerana petugas yang sedia ada akan bersalin 2 minggu dari sekarang.
Bayangkan, kami yang selama ini bekerja khusus dalam sektor perkhidmatan IT, tiba2 kena kerja di travel agency. Kalau ada staff lain, tak apa lah juga. Bolehlah kami belajar perlahan2. Tapi sorang jer staff yang tahu basic knowledge about ticketing system dan seluruhnya....membuatkan kami kecut perut.
Ingatkan nak booking tiket penerbangan sama macam kita selalu tempah online di website tu. Rupa2nya untuk travel agency, mereka ada sistem khas. Kena hafal step, kena hafal coding dan sebagainya. Kursus dari pengeluar sistem hanyalah sekali sebulan dan tarikh untuk kursus seterusnya adalah selepas tarikh bersalin petugas yang sedia ada.
Dan pihak syarikat enggan mengambil pekerja baru. Kami yang 4 orang ini dipaksa belajar sistem itu dan mengendalikan agency ini seperti biasa.
MISSION IMPOSSIBLE.....
Tapi dek kerana menurut perintah, kami turutkan juga....
Bukan itu saja, asal2nya kami dijanjikan hanya sebulan di sini untuk memastikan syarikat baru ini berjalan lancar. Tapi bila dah jadi macam ni, kita tak tahu berapa lama kami akan ditempatkan di sini. Mungkin selamanya....
Yang paling walang di hati, waktu kerja kami termasuk hari Sabtu sedangkan selama berpuluh tahun kita bekerja, tak pernah lagi waktu kerja kita termasuk hari Sabtu. Bukannya tiada yang tahu bahawa kita hanya bertemu keluarga di hujung minggu sahaja....
Kita dah berbincang dengan hubby......
Buat sementara waktu, hubby kata teruskan saja sekadar yang terdaya.....
Kalau dah terlalu tertekan, duduk rumah saja kata hubby. Ekonomi keluarga akan rasa sedikit ketat, tetapi Insya Allah mungkin lebih bahagia, mana tahu kan....
Jadi, kita cuba bertahan seperti mana saranan hubby. Hubby ada beri semangat dan motivasi. Kita rasa lega sikit. Kalau keadaan semakin menekan, terpaksalah kita teruskan dengan pelan B. Tinggal di rumah. Mana tahu kan, entah2 kita kaya ke sebab jadi peniaga nasi lemak? (masak nasi lemak pun tak pernah berjaya lagi, nak berangan pula...).
Yang penting, hidup harus diteruskan....
.
Semoga terus tabah...maybe boleh cuba dulu...kalau rasa x ok then ikut saranan ur hubby...
BalasPadamaduh kak...ni berita yg agak tak menggembira kan nieh.... mengejut2 haaaaa....ye laa beban dari skop tugas dan masa kerja....
BalasPadambetul kate abg akak tu just tgk dulu sebulan due mcmmane nanti kalo agak2 rase tak okey bikin stress jek leh laa say goodbye kan kak.....
take care kak....
semoga urusan awk dipermudahkan ye.
BalasPadamAdam dah besar. Kalau dulu masa dia kecik boleh ditinggal rasa sayang pula kalau duduk rumah sekarang ni Ziela. Kakak rasa apa salahnya cuba mencari sasaran lain sementar tu duduklah ditempat yg dipindahkan itu macam kata en abe Ziela. Ziela masih muda tak salah melompat sykt lain..
BalasPadambetul kata suami Aziela..cuba dulu..kalau rasa tertekan..boleh mengundurkan diri
BalasPadamsimpati saya mendengarnya
BalasPadammemang susah nak biasakan diri bekerja pada hari yang biasanya tidak bekerja
tapi kalau tanya saya, saya berhenti
tak mampu rasanya
apapun saya doakan semoga semua urusan dipermudahkan
kadang ALLAH datangkan ujian dalam cara yang tak dijangka
alahai kak
BalasPadamstress la lagu tu
cuba yang terbaik ye kak
insyaAllah
just challenge urself first!
semoga dipermudahkan.. bagi akak.. insan berkebolehan macam Ziela.. dicampak ke manapun tak ada masalah.. sayang kalau nak duduk di rumah gitu2 aje.. bosan tauuuu.. tapi kalau memang jadi peniaga nasi lemak yang berjaya apa salahnya kannnn
BalasPadamsemoga dipermudahkan segala urusan...
BalasPadamsemoga dipermudahkan segala urusan
BalasPadamIkut kata suami, jika tak boleh buat duduk rumah aje. Maksud saya di rumah dimana suami bekerja sekarang. Ikut kemana tempat suami berkerja. Jika Suami berkeja di Melaka pindak ke Melaka dan hidup bersama. Wang boleh di cari tetapi masa bersama sekeluraga tak akan dapat diganti. Bagi saya isteri misti sentiasa hidup bersama suami, bukan just weekend saja. TK.
BalasPadamkira mcm bidan terjun la ni kan. sVs pernah alami & amat memahami. Moga tabah
BalasPadammoga dimudahkan segala urusan untuk aziela.insha Allah.moga tenang-tenang selalu yea :)
BalasPadamsaya pun mood menunggu jugak nih
BalasPadammoga yg terbaik utk kami
sy dah pos hadiah GA, harap sampai dgn selamat ke tangan sis
@Amanda Suria True, sedang bertahan sesungguh hati ni...
BalasPadam@lieyalatif Offer jadi suri rumah tu dah nampak menarik dah dalam keadaan akak sekarang ni
BalasPadam@Nurzakiah Hanum tq
BalasPadam@Mila Hilas Amiiin....
BalasPadam@Kakzakie Option yang itu pun saya sedang usahakan... Saya ikutkan arus yang sedia ada dulu, kakak.
BalasPadam@Acik Erna Dapek pencen awal kan Acik...
BalasPadam@yana yani Itulah...kadang2 ini adalah petanda...
BalasPadam@elly nadyra Challenge is a thing...but to downgrade myself is a big thing...
BalasPadam@Seri Kandi Tanah Jauhar Masalahnya, saya tak lah berkebolehan sangat kak.... Tapi itulah, tengok mana arus sungai dan laut nak bawa saya
BalasPadam@abuikhwan Amiin...terima kasih singgah sini.
BalasPadam@Hana Syed Terima kasih, Hana
BalasPadam@Pak Idrus Saya terfikir mungkin dah tiba masa untuk saya berada dirumah sepenuhnya.... Terima kasih Pak Idrus
BalasPadam@sudipVSsenduk Banyaaakkk tabah yang diperlukan kak...huhuhu
BalasPadam@Tihara Amiin, terima kasih yer.
BalasPadam@Irfa Irfa...terima kasih banyak2. Semoga yang terbaik utk kita berdua
BalasPadam