Isnin, 22 Disember 2014

Laksa Medan Laksa Kuala Kangsar

Assalamualaikum.....

Banyaknya perkataan laksa dalam tajuk tu yer... Macam bergema pulak kan. Laksa..laksa...laksa.....hehehehe.

Anyway, since kita tak buat persediaan awal, maka google tempat laksa pun kelam kabut jer. Dah ler Waze masa tu tak membantu langsung...cisss. Dalam pada kehulu ke hilir tu, kami jumpa juga akhirnya Medan Laksa dan Cendol. Walaupun tau tak ramai orang yang datang ke sini, tapi tempat yang sedap tu kami tak jumpa....uwaaa! Habis dah berputar dalam bandar KK tu...

Jadi, marilah kita rasa laksa disitu. Nak merasa laksa Kuala Kangsar, katanya kan.

Kita dengan Mommy dan hero 2 orang tu merayap cari toilet dulu sebelum tu. Punyalaaaaa jauhnya dari Medan Laksa tu. Jenuh susup sasap. So, bila tiba di Medan Laksa, hubby dah makan laksa. Tinggal itulah, dalam mangkuk tu. Kita dengan Mommy rasa sorang sesudu. Kalau sedap, bolehlah order. Tapi, yang kami order tu, agak kurang menepati kehendak. Cair bair. Rasa pun kurang kick. So, tak jadi order. Sementara tu, order cendol.

Nampak tak cendol kat atas tu? Ha, ini cendol, fully recommended. Giler sedap. Kalah cendol Melaka okeh....! Cendol di gerai No. 8. Jangan lupa, ok!

Since paginya tu kami hanya makan mee kicap dan mee kari je, perut memang lapar. Nasi campur semua, takder kat situ. So, terpaksa makan semua yang berunsurkan mee saja lah.


Kita order char kuay tiaw. Walaweiii.....sedap bangaatttt. Kalau nak kata tengah lapar, laksa tadi tak pula rasa sedap. So, betullah char kuay tiaw ni sedap. Nampak jer hitam, tapi rasa dia sedap. Lemak, dan wangi. Kuay tiaw yang disimbah kuah tu licin jer masuk tekak. Tauge tu segar dan juicy. Telur tu tiga suku masak...perfect! Rasa macam tak puas jer makan sepiring sepinggan ni. Nasib baiklah mak mentuaku ada...so, terkawal lah sikit nafsu tu.


Dalam pada tu, kami order sepinggan pasembor yang basic. Sajer nak rasa. Kat Penang tak dapat juga puas JJCM, so Perak pun Perak lah.... Eh, not bad rupanya pasembor dia...memang sedap. Ke, sebab kami makan berlima sepinggan ni, tak tau lah... Memang sedap.

Tapi hati kecil masih tak berpuas hati. Lain kali kena datang lagi, cari laksa yang lebih sedap. Nak cari kedai makan yang sedap di Tasik Raban tu sebab nak makan ikan2 eksotik. Nak juga pergi Penang lagi untuk JJCM. Tunggulah bila sampai rezeki kami nanti, Insya Allah....

Kami bungkuskan SIL mee goreng mamak. Sedap juga....Memang puas makan.

Tapi malam tu kami dinner di satu kedai yang popular di Ipoh. Next entry lah cerita....




Nota : Semoga berjaya untuk semua calon yang mengambil keputusan PT3 tahun ni yer.....



.


11 ulasan:

  1. selalunya laksa belah utara sedap Azie.
    laksa feveret KY..baru buat hari sabtu lepas..rasa mcm nak makan lagi..hi

    BalasPadam
  2. Cair bair tu perkataan apa agaknya ye Ziela:)

    Kakak tahu cayer mewer (bahasa keluarga kakaklah tu)haha..

    BalasPadam
  3. Kampung halaman kakcik tu.

    Rasanya Medan Laksa dan Cendol tu tak jauh dari tandas awam yang tepi sungai tu.... Atau Aziela pergi tandas lain?

    :)

    BalasPadam
  4. Kampung halaman kakcik tu.

    Rasanya Medan Laksa dan Cendol tu tak jauh dari tandas awam yang tepi sungai tu.... Atau Aziela pergi tandas lain?

    :)

    BalasPadam
  5. emm..sedap nampak..
    ..telan air liur dah ni..

    BalasPadam
  6. Part mak mentua kena control makan tu lawak hahaha.

    BalasPadam
  7. laksa kuala kangsar beza sikit dengan laksa utara kan..depa guna tepung gandum rupanya. yg specialnya tu dimakan dgn telur goreng; lain negeri lain cara..

    p/s restoran tasik raban di station 18 tu dekat je ngan rumah saya di ipoh

    BalasPadam
  8. laksa!!!

    sedapnya.. is suka sungguh laksa (^____^)

    is folo sini na di #737 (^____^)

    salam ukhwah

    BalasPadam
  9. tq na mai jenguk teratak is~

    cantiknya labu sayong (^____^)

    BalasPadam
  10. lama tak ke kuala kangsar.. laksa dia yang pemestu lain sikit rasanya.. tapi sedapler jugak.. ehm rindu ngan makanan di kualaler pulak..

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com