Ini adalah kejadian minggu lepas. Hari terakhir saya di pejabat itu. Secara dasarnya, ini pekerjaan tetap saya yang kedua. Lama saya bertahan. Genap 14 tahun bulan Februari tahun ini.
Saya bermula sebagai petugas biasa. Kemudian saya dilatih dan membina diri sendiri sehingga ke tahap sekarang. Belum lah tiba ke puncak pun, tapi saya berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri. Alhamdulillah....
Pagi hari terakhir, saya melawat pejabat2 cawangan di sekitar KL. Beritakan pemergian saya dan bersalaman serta berpelukan dengan semua yang sudi. Sempat juga menyelesaikan beberapa tugas yang tiba tanpa dijangka. Petangnya saya pulang ke pejabat dan mengosongkan meja.
Keputusan saya adalah drastik. Saya terima tawaran dari syarikat baru yang mana mereka perlukan saya segera. Maka saya hanya sempat memberi 5 hari notis saja. Selebihnya, bayaran ganti notis saya akan diuruskan oleh majikan baru.
Maka rakan2 yang ada, telah berpakat memberikan saya cenderamata terakhir dalam satu majlis ringkas. Aduhai...semakin berat rasa hati. Belasan tahun kami bersama. Susah dan senang..kongsi segala kenangan.
Perpisahan yang mengundang air mata dari semua.
Saya ingin cuba untuk keluar dari zon selesa saya. Saya telah terlalu selesa disitu. Mungkin cabaran baru boleh mengembangkan potensi saya. Atau mungkin juga saya akan tewas dengan cabaran baru. Tiada siapa tahu. Yg penting saya harus mencuba.
Belum seminggu saya di tempat baru, maka normal lah agaknya kalau saya asyik terkenang tempat lama dan rindukan comfort zone saya kan?
.
Mudah2an perjalanan seterusnya adalah perjalanan yang benar2 menggembirakan... InsyaAllah... :)
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi
all the best
tempat jatuh lagi dikenang.. kan kak
BalasPadamselamat bertugas di tempat baru..
semoga terus maju jaya
Terpandang nama blog ni..the rainbow journey..tu la yang berlaku sekarang kan.
BalasPadamSemoga cepat membiasakan diri dgn tempat baru, kawan baru dan tugasan baru. Good luck dear..
tahniah kak...yg pasti lagi better salary di tempat baru kan....takpe kak, akak mesti cepat blend dgn suasana baru ....all the best buat akak...
BalasPadamdah dapat sesuaikan diri Aziela.
BalasPadammudah2an dipermudahkan olehNya
BalasPadamselamat bekerja di tempat baru kak
lama2 nanti biasalah ngan suasana baru