Assalamualaikum.....
Aduhai, lamanya nak tunggu hari Sabtu. Tak sabar nak jumpa Adam. Kerja di tempat baru ni pun memang sangat meletihkan. Cabaran besar untuk saya. Menguji skill dan ilmu yang saya ada. Saya harap saya mampu menggalas tugas ini dengan cemerlang. Seronok juga sebab saya masuk industri baru. Kena belajar tentang tangki minyak, pelantar minyak..lori minyak. Ha...menarik kan? Sebelum ni..berita...IT.
Anyway, dah hari Jumaat ni. Meh la cerita pasal makan2. Dah lama rasanya saya tak tulis tentang makanan.
Kedai lempeng ni untuk sarapan. Di war2kan oleh adik saya yg selalu lepak disini dengan kawan2nya. Kedai ni kalau dari Air Hitam ke Bt Pahat, sebelah kiri..berdekatan dgn balai polis pekan Parit Raja.
Produk utamanya dah tentulah lempeng. Macam2 jenis lempeng yg ada. Lempeng biasa, lempeng pisang dan lempeng kelapa confirm ada.
Inilah kedainya. Tepi jalan jer di pekan tu.
Yg buat lagi best, lauk utk cicah lempeng tu dah mcm lauk makan tengah hari dah. Bergedel, asam pedas, kari..rendanggg pun ada.
Kita makan lempeng kelapa dgn rendang dan bergedel. Rendangnya sedap betul. Bergedel pun sedap...sampai kami semua bungkus berketul2 bawa balik.
Tapi, lempeng kelapa tu so and so jer. Mungkin sebab saya pernah makan lempeng kelapa yg lebih sedap kot. Lempeng kat sini nipis sikit. Mungkin sebab tu kurang berasa sikit.
Anyway, mungkin next time kena datang awal sikit. Katanya, kalau awal, menu lebih meriah.
Lagi seminggu bermulalah cuti sekolahkan...
.
adui...sedapnya lempeng kelapa n pisang. kegemaran saya tu. ...
BalasPadamalaaa terliur lempeng la pulak kak!
BalasPadamEsok nak pi batu pahat ni Aziela..nak cuba2 cari..nama kedainya apa ziela.mesti acik lalu situ kan
BalasPadamSalam aziela,
BalasPadamWlupun nama nya lempeng,
Tp klu kuah cicah nye sedap,
Roti canai pun kalah.
Sesekali aby mkn lempeng juga..
Kam panganan wong jowo kuwi
wei Aziela...nmpak mcm sedap giler.tambah2 ptg2 mcm ni.perut asyik nyanyi mcm2 lagu..haha
BalasPadamK.Sham suka cicah lempeng ngan sambal sardin.. buat pedas2..
BalasPadamHello Aziela, wow! I have totally forgotten this dish. Ya la, your posting of Malaysian foods brings back memories....
BalasPadamI guess you and family suka try out new places ada makanan....
Long ago I too would do that...but more small village towns, like Lenggong, Grik, Marang, Dungun, Kuala Krai, Gua Musang....
Aziela, I miss eating kerang! If bila you makan kerang, send me telegram, ya!
Have a great week, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
memang tak merasalah tempat ni sbb en hsbnd bkn peminat lempeng.. :(((
BalasPadamaziela dh bertukar tempat kerja ke?..punya la lama akak xjejalan sini...adeh kesibukan melanda .
BalasPadamtetiba perut berkeroncong.....lapar la pulok.
teringat pernah makan lempeng cicah sambal bilis tauchu..
BalasPadamtq for sharing
BalasPadamnext time balik johor
nak pi makan lempeng ni
pastu nak request tebal sket
hahahahhahahah
wow... der yerk.. ehm kat sini takder ker .. cam bestjer...
BalasPadamDah lama saya tak makan lempeng.
BalasPadamBoleh try.
Mungkin ketinggalan kereta api.
Tapi nak ucapkan,
Selamat Bertugas di tempat baru!
Semoga lebih berkat rezekinya.
lempeng saya suka
BalasPadamlempang tak suka.
ha..
sengal.
hahhahaaa..
selamat bertugas tempat baru awak..