Khamis, 14 Mei 2015

Rambut Dalam Pizza di Pizza Hut...

Assalamualaikum.....

Seperti mana yang telah saya ceritakan dalam entry sebelum ini di SINI, dan mendapatkan feedback dari ramai orang termasuk pembaca blog ini, maka inilah dia, saya kongsikan gambar itu.


Kasihan Adam. Dia dah gigit pun pizza tu sebab memang tak nampak rambut/bulu tu dari atas, bawah tepi atau tengah. Rambut/bulu itu tertanam dan dibakar bersama2 dengan pizza dan cheese tu. Maka sah lah maka ianya dibakar sekali dengan kepingan pizza tersebut.

Macam yang saya ceritakan, mereka tawarkan 2 option sebagai 'pampasan' untuk kejadian itu. Tapi, kami tak boleh terima. Last sekali, saya yang berikan option untuk dia tolak harga pizza yang ada rambut itu saja. Itu bukannya pampasan. Itu adalah cuma tolak harga untuk makanan yang direject. Maka, tiada pampasan pun sebenarnya. Kami expect, sekurang2nya kami tak perlu bayar meal tu semua sebagai tanda minta maaf dan menunjukkan yang mereka benar2 kesal, tapi nope...tak ada. Bukannya mahal, tak sampai seratus pun, tapi sekurang2nya, kami akan rasa sejuk hati sikit kalau mereka memberikan tanda yang mereka benar2 kesal. Dahlah tu, food tu kami tak habis makan sebab dah tawar hati. Dengan garlic bread..dengan ais krim...semua kami tak makan.

Sebab tu lah kami buat laporan ke pihak AEON Mall di Melaka Bandaraya tu. Beberapa hari kemudian, kami dihubungi oleh Pengurus AEON Mall bagi pihak Pizza Hut di situ menawarkan baucer diskaun sahaja. Pertama, ianya hanyalah baucer diskaun. Saya tak berminat. Kedua, baucer tu akan tamat dalam tempoh masa yang singkat. Saya rasa tertipu. Ketiga, kenapa bukan pihak Pizza Hut sendiri yang menghubungi kami? Saya rasa sangat terhina.

Semalam, Pengurus Pizza Hut untuk negeri Melaka menghubungi saya. Memohon maaf lagi, menyatakan kekesalan lagi, dan sekali lagi menawarkan kepingan pizza percuma yang lebih besar saiznya. Saya beritahu dengan baik, saya tak berminat. Tak apa lah, kalau ada apa2, saya akan bincang dengan suami dulu. Saya nak habiskan perbualan itu. Saya sedang memandu dan keletihan kerana baru pulang kerja. Saya tak nak pening kepala drag out lagi isu tu.

Tapi pengurus tu tetap lagi menyambung perbualannya yang trigger saya untuk focus dan kembali back on track. Soalan pertama saya :
Selepas beliau terima aduan tu, apakah tindakan mereka untuk menghalang perkara itu dari terus berlaku?
Jawapannya : Mereka dah memang sedia kala menjalankan audit rutin agar petugas mematuhi prosedur. Dan Pizza Hut AEON Mall tu katanya memang mengikut prosedur.

Saya naik angin sebab ada bayangan bahawa mereka tidak bersalah dan seolah2 kami yang mengada2. Saya kata, terbukti end resultnya, ada rambut dalam pizza kami, maka prosedur itu dah sah2lah tak menepati piawaian. Oleh sebab itu, apakah tindakan lanjut untuk menghalang perkara itu dari berlaku lagi? Beliau diam. Keep on apologizing. Maknanya, mereka tak upgrade prosedur mereka, tiada tindakan lanjut, tiada siasatan dan tindakan disiplin yang dijalankan...maka apakah jaminan mereka bahawa perkara ini tak akan berlaku lagi?

Sekurang2nya, kalau tak nak buat prosedur baru, sila ambil tindakan disiplin bagi petugas yang bertanggungjawab. Tiada kompromi dalam penyediaan makanan. Sekiranya ada tindakan disiplin, ia akan membawa petugas kepada focus yang lebih tinggi in future.

Tapi, yup...tiada apa2 tindakan.


Dan dari perbualan terakhir itulah, kami suami isteri berpendapat, kami harus kongsikan perkara ini dengan telus agar dapat memberikan sedikit kesedaran kepada masyarakat walaupun x berapa kerat orang yang baca blog saya.

Friends...please be careful.

9 ulasan:

  1. Malam tadi, saya baru makan Pizza Hut, setelah lamaaaaaaaaaa tak makan.
    Saya rasa ( tak tahu lah kalau saya silap), pizza hut makin mahal harga nya, dan makin kurang kualitinya.

    Penyudahnya, utyk nilai RM65 yg kami makan mlm tadi, wife saya kata, next time beri dia RM60,dia akan beli the best cheese, dan dia akan uli & buat sendiri pizza..haha

    BalasPadam
  2. kalau saya dapat voucher tu pun sy tak terima sbb mmg x lalu nak makan piza lagi lepas tu, sepatutnya bagi saya kalau tak payah bayar masa kejadian lagi sejuk ati dr dpt vchr, sian budak2

    BalasPadam
  3. Memang patut akk publish cerita utk pengajaran. Bukan nak api2kan...tp bisnes makanan peniaga kena ambil berat ttg kebersihan.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Sangat mengeciwakan tindakan yang diambil dari pihak penjual pizza itu. Mungkin boleh buat aduan kepada merinyu kesihatan negeri, kerana tugas mereka menjaga qualiti dan kebersihan restauran dan sebagainya. Tapi hendak berurus dengan orang gomen satu lagi masaalah.

    Jom buat sendiri jer la pizza. Mak Long guna totillas (itu jer mudah dapat di tempat Mak Long tinggal) sebagai roti asas. Lepas tu tarok je apa jenis intinya. Boleh guna roti nun, roti capati dll.

    BalasPadam
  5. Kakak baru dua hari lepas makan pizza. Anak-anak kakak pulak memang suka pizza.

    BalasPadam
  6. huh..saya pun penah terkena lebih kurang gini. ada kaki lipas tau kat tepi mknn. Tapi bila kita bgtau, dia rileks je.

    BalasPadam
  7. Salam, Ziela.. sbenarnyakan.. dlm entry2 yg lepas dah brp kali akk tak dpt tinggalkan komen kat blog. Hari ni cuba nasib, eh.. boleh pulak tu.. just nak kongsi...

    http://zulfikarhazri.blogspot.com/2011/07/kahak-dalam-pizza-customer-always-right.html

    Ziela.. amek no fon baru akk & pls whatsapp sbb akk hilang no Ziela.. 0127844524

    BalasPadam
  8. euwww.. pengotor la pekerja pizza ni tau.. sebelum ni ada kes kan..sebarkan je kak.. biar orang boikot..tak jaga pekerja.. tak jaga kebersihan.. biar diorang tanggung akibatnya..

    BalasPadam
  9. Dah lama tak makan pizza sebab mahal, dari makan pizza kenyangnya sekejap baik chef hubby masak nasi dan lauk sedap2, boleh makan kenyang sampai ke malam.. huhuhu..

    BalasPadam

http://therainbowjourney.blogspot.com