Wajarkah Saya...?

8 comments
Assalamualaikum.....

Minggu lepas...waktu cuti panjang, kami bawa Adam ke satu shopping complex. Adam nak menonton Avengers. Sampai jer petang tu, kami makan di salah sebuah fast food restoran yang sangat terkenal.

Tapi malangnya, di penghujung sesi makan tu....Adam jumpa rambut yang dah melekat dengan makanan tu. Memang saya terus geli geleman pandang rambut atau bulu yang berketak2 tu.

Hubby terus panggil managernya. Tp yg datangnya orang lain. Peringkat yang akhir, baru managernya tunjuk muka. Kenapa lah susah sangat manager nak datang jumpa  pelanggan yer...

Hubby tunjukkan rambut tu. Hubby tanya apa tindakan dia selanjutnya? Dia diam sebentar dan offer untuk gantikan dengan hidangan yang lebih besar. Dah tentu kami tak nak. Selera untuk makanan tu dah hilang. Tak tergamak nak makan lagi.

Kemudian dia tawarkan baucer untuk hidangan tu yang mana tempoh lupusnya sebulan. Well.... after one month....rasanya belum pulih kot selera kami...

Hubby terus bangun dan keluar dari restoran kerana kecewa fengan kualiti serta kredibiliti pengurusannya. Hubby minta saya yang selesaikan.

Saya slow talk dengannya....

Saya kata, tolak harga makanan yg ada rambut tu daripada jumlah keseluruhan set hidangan kami. Untuk berlaku adil pada kami berdua.

Beliau setuju.

Saya terus membayar walaupun makanan kami belym habis di makan lagi. Saya kecewa, Adam frust, hubby marah.

Bukan itu saja, salah seorang waiter nya melayan pelanggan dengan mengambil order dan menghantar makanan dengan peluh yang lebat mengalir dan menitis.

Malam itu juga, hubby berusaha mencari pengurus kompleks tersebut. Kami buat aduan rasmi dan dipanggil berbincang secara baik dan profesional. Pengurus kompleks telah menjalankan tugas dengan baik. Mereka secara rutin ada menjalankan pemeriksaan teliti dan update checklist auditnya.

Cuma hubby tegaskan bahawa kawalan lebih ketat harus dilakukan.

Dan pagi semalam, kami sekali lagi ditawarkan booklet kupon diskaun yang akan tamat dalam tempoh 2 bulan. Kupon DISKAUN  jer tau...

Seriously, saya sangat kecewa. Pada mereka, isu ini kecil barangkali.

Kami tak terima.

Saya sebenarnya teringiiiinnn sangat nak letakkan gambar makanan berambut tu disini. Saya nak semua orang berhati2. Jangan dipercayai nama yang gah dan cukai GST itu....

Tapi.....

Saya kesian pula....

Apa pendapat anda?
Kalau anda semua ditempat kami, apa tindakan anda selain memaafkan dan lupakan saja...?



.

Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

8 thoughts..

Anum berkata...

ermmmmmmmmmmmm

Sha Mohamed berkata...

Hanya pandangan saya..kalau salah, saya minta maaf..pada saya tindakan yg lebih tegas perlu diambil oleh pengurus kompleks iaitu dgn menyuruh premis makanan tersebut ditutup utk kerja2 pembersihan..kerana melibatkan makanan..bila tiada kebersihan pelanggan xkan datang..dan pada saya akak perlu bubuh gmbr rambut tu..supaya pengguna lain boleh mengelak dari terkena..
Just my 2cent..

Omong Mak Long..... berkata...

Mak Long setuju dengan pendapat Shahidah Dzulkafli. Perkara melibatkan makanan melibatkan kesihatan tubuh. Bila berlaku kejadian seperti itu patut diketengahkan kepada pengurusan dan awam. Masaalah orang di Malaysia ramai yang tidak suka berbincang dengan pihak terlibat, tapi suka heboh sahaja. Di tempat Mak Long tinggal kalau berlaku perkara macam itu sudah lama tuan kedai kena saman dan diarah tutup kedaia.

Unknown berkata...

Memang berat untuk mencari yang barakah. Isu kebersihan jugak tidak ketinggalan. Kita berkongsi bukan atas niat untuk memalukan, sekadar hanya agar yang lain lebih berhati-hati.

Anyways.. terpulang pada Aziela untuk membuat keputusan.

Cho Zila berkata...

kalau saya entahler x tau nak kata apa2... isyh elok disiarkan jer gambartu tapi buat cam clear sangat.. ha. ha... tapi cam taujer..

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

Share la kaka sekali nama tmpt tu
Org blh avoid
Bab kebersihan ni Mmg penting

NzA berkata...

Susah nak ckp. Kita sbnarnya berhak utk komplen sbb kita pelanggan, Kat kantin sk akak ni pn kdg2 mcm2 kami jumpa.. Trpaksa berdiam diri je...emmmmm...serba salah.

aizamia3 berkata...

Kenapa tak diambil tindakan pada pekerja yang bertugas pada hari kejadian? Dan dari penceritaan akak, majikan dorang seolah ada masalah cara nak melayan pelanggan, bagaimana nak solve the problem. Walau bagi orang lain nampak kecik tapi sebelum masalah lebih besar timbul baik dicegah dari awal.